Salam Maulidur Rasul..selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad saw, keluarga serta para sahabat..
Sambung travelogue ke Xi'an..hari baru, hari ke-lima - Jumaat, 11 November 2016
Pagi ni nak ke Yongnimen @ South Gate di ancient City Wall, juga merupakan tapak warisan dunia UNESCO.
Kota lama Xi'an dikelilingi oleh tembok batu yang dibina pada zaman Dinasti Ming, bermula dari tahun 1370. Tembok batu yang panjangnya 14kilometres ni, merupakan city wall yang tertua, terbesar dan paling baik pemuliharaannya di negara China.
Dibina bagi tujuan pertahanan, city wall dilengkapi dengan moat, drawbridges, gate tower, watch tower, corner tower and parapet walls.
--------------------------
Nak pi sini, jalan kaki dari hotel. Naik metro pun boleh, turun di Yongnimen Zhan, cuma satu stesen je dari Zhonglou. Berjalan arah ke selatan, sampai di Fenxiang Alley, corner kanan..nak pi lalu cobblestoned De Fu Xiang..
cutenya..kung fu panda
pintu gerbang ke De Fu Xiang
saja nak tengok bangunan di sini
bangunan hotel
OK, dah sampai jalan besar dekat Yongnimen, melintas ikut bawah tanah.
menuju ke Yongnimen
Bell Tower selari dgn Yongnimen
tiket masuk - 54 yuan
jom masuk
saja menyibukkan diri dengar penerangan, tak faham pung
Kita gi sebelah timur dulu..
sayup nak gi ke hujung sana
Di sini boleh sewa basikal - 45 yuan utk sejam, deposit 200 yuan. Ada juga buggy, depa panggil electric car. Takdelah berhasrat nak mengelilingi keseluruhan city wall ni, cuma jalan je mana yang termampu..
ada tulisan atas batu
moat dan taman
Bergerak ke sebelah barat pula
Dah puas posing-posing, snap-snap gambar..jomlah turun..
ada wedding photoshoot
ikut arah signboard ni
pintu gerbang ke Shuyuanmen
tempat menarik di Shuyuanmen
Shuyuanmen ialah 'cultural street' yang ada banyak kedai-kedai jual berus-berus kaligrafi
former residence of Yu Youren - kaligrafer dan ahli politik
orang kuat Dr Sun Yat Sen
Masa kami di sini, terserempak dengan satu kumpulan, macam orang besar-besar, VIP..siap ada polis pengiring..gaya macam ahli majlis Xi'an Municipal Council..bersama town planner..
melawat kawasan
diskus-diskus, buat catitan, utk penambahbaikan rasanya
ingatkan Proton..rupanya Foton..hihihi..
Dah habis lawatan di sekitar Yongnimen, kita bergerak ke selatan lagi, kali ni naik metro pula...jom cari Yongnimen Zhan..
Bersambung..
Salam maulidur rasul nohas..ronda selagi xhabis n ada daya tempat bersejarah bukan nk kunjung selalu
ReplyDeleteSalam maulidur rasul...ya, betul..bukan selalu nak gi Xi'an..hihi..
DeleteSalam Maulidur rasul Sis
ReplyDeleteStruktur bangunan dia orang memang unik...suka tengok
Salam Maulidur Rasul..senibina yg menarik..
DeleteSalam Rabu. Menyinggah bila ada kesempatan hari ini. Seronok jalan2 tgk tempat orang, tambah ilmu juga kan !
ReplyDeleteSalam KA..menambah pengalaman & ilmu..mengimbau sejarah China..
Deletebest jugak kalau berbasikal di xian ni...bndar dia nmpak luas,tenang n nyaman je
ReplyDeleteitulah deposit mahal bebenor, takut org bawa lari basikal..hihi..betul tu, mmg nampak luas & lapang..
DeleteJuga baca yg ini
ReplyDeleteKalau buat photo shoot memang cantik kan tempat dia:)
city wall tu mmg cantik kalau buat photoshoot..ada aura cina..
Deletepenulisan akak berjaya menarik hati saya untuk ke Xi'an
ReplyDeletehighly recommended..enjoy both Chinese & Muslim culture..
Deletebest jugak kalau pusing town naik basikal mesti lg byk benda2 baru boleh tgk.
ReplyDeletekalau naik basikal boleh cover keseluruhan city wall ni, 14km je...ya, betul, mesti byk benda2 baru boleh tengok..
Delete