Lai, lai..meh nak start story Beijing. Catatan perjalanan untuk kenangan masa depan. Mengabadikan pengalaman pahit manis mengembara di ibukota negara China.
Beijing (northern capital) atau dulunya Peking, kota tua yg penuh sejarah dan budaya, senibina moden dan tradisional. Pertama kali dijadikan ibunegara oleh Kublai Khan semasa Yuan Dynasty, dengan nama Dadu (Grand Capital) atau Khanbaliq, dalam bahasa Mongol.
Beli tiket bulan Julai 2016, visa dah ada. Hari dinanti sudah tiba. Pada 6/3/2017, bergerak ke KLIA2, flight pukul 10.30 malam. Sementara tunggu nak boarding, makan nasi goreng, tapau siap2 dari rumah.
Beijing (northern capital) atau dulunya Peking, kota tua yg penuh sejarah dan budaya, senibina moden dan tradisional. Pertama kali dijadikan ibunegara oleh Kublai Khan semasa Yuan Dynasty, dengan nama Dadu (Grand Capital) atau Khanbaliq, dalam bahasa Mongol.
Beli tiket bulan Julai 2016, visa dah ada. Hari dinanti sudah tiba. Pada 6/3/2017, bergerak ke KLIA2, flight pukul 10.30 malam. Sementara tunggu nak boarding, makan nasi goreng, tapau siap2 dari rumah.
Masa beratur nak boarding, staff Air Asia yang check boarding pass, sembang2 dengan colleague dia, "ramai North Korea ni". Huh, ahkak dah risau..huhu..harap2 kapalterbang takdelah melencong ke Pyongyang..hihi..
Alhamdulillah, selamat mendarat di Terminal 2, Beijing Capital International Airport pada pukul 4.40 pagi dengan suhu negatif satu. Sejuk giler dalam airport..imigresen lancar..ambik beg dan keluar ke arrival hall...
Tunggu Airport Express yang start pukul 6.30 pagi. Pukul 6.00 pagi baru security buka kunci lif untuk ke level B2.
nak masuk ke tempat Airport Express, beratur utk scan beg-beg
(prosedur biasa di China)
Beli tiket di sini - flat rate CNY25
boleh juga beli kad Yikatong kat sini, macam kad 'touch n go' utk memudahkan perjalanan naik subway/bas, cuma swipe je
kad Yikatong
Kami beli kad ni di stesen Dongzhimen, yang harga CNY100 - deposit CNY20, stored value CNY80. Tambang subway dah ikut jarak perjalanan, CNY3 untuk 6km pertama. Ingatkan guna kad ni dapat diskaun bila naik subway, nan hado tapi naik bas dapat 50% diskaun.
menunggu Airport Express
Airport Express cuma berhenti di dua stesen, Sanyuanqiao (Sanyuan Bridge) dan Dongzhimen (stesen terakhir). Kami turun di stesen Dongzhimen, yang bersambung dengan Line 2.
Kami booking Fuxing Holiday Elan Hotel dekat stesen Dongsi.
Nak ke hotel:
Option 1 : Dongzhimen (Line 2) - Chaoyang (Line 6) - Dongsi
Option 2 : Dongzhimen (Line 2 ) - Yonghe Gong (Line 5) - Dongsi
Dah sampai Dongzhimen, macam blur2, berserabut fikiran....menonong pi beli tiket kat mesin, beli tiket ke Chaoyang je, sepatutnya terus beli tiket ke Dongsi, takyah keluar masuk kat stesen Chaoyang..hmm..
Bila dah beli tiket, nampak orang beli kad Yikatong di kaunter..aiyaa..beli jugalah kad. Beli di kaunter tiket subway - yang bertulis 'fare adjustment', di sebelah kanan sebelum mesin tiket.
Kami booking Fuxing Holiday Elan Hotel dekat stesen Dongsi.
Nak ke hotel:
Option 1 : Dongzhimen (Line 2) - Chaoyang (Line 6) - Dongsi
Option 2 : Dongzhimen (Line 2 ) - Yonghe Gong (Line 5) - Dongsi
Dah sampai Dongzhimen, macam blur2, berserabut fikiran....menonong pi beli tiket kat mesin, beli tiket ke Chaoyang je, sepatutnya terus beli tiket ke Dongsi, takyah keluar masuk kat stesen Chaoyang..hmm..
Bila dah beli tiket, nampak orang beli kad Yikatong di kaunter..aiyaa..beli jugalah kad. Beli di kaunter tiket subway - yang bertulis 'fare adjustment', di sebelah kanan sebelum mesin tiket.
stesen Dongzhimen
Tak tau le tiket yang dah dibeli kat mesin tu boleh refund ke idok, malas nak tanya2, ambik Line 2 ke Chaoyang. Keluar dari stesen guna tiket and then, masuk balik guna kad Yikatong..hehe..sib baik ada eskalator.
Dari Chaoyang, ambik Line 6 ke stesen Dongsi. Nak keluar ke exit B..perghh, azab..jauhnya, berbelit-belit..kena naik 3 eskalator, 2 tangga...huhu..
Dari Chaoyang, ambik Line 6 ke stesen Dongsi. Nak keluar ke exit B..perghh, azab..jauhnya, berbelit-belit..kena naik 3 eskalator, 2 tangga...huhu..
Peta kawasan di Exit B
keluar je di Exit B, akan nampak bangunan ni, bahagian belakang Wu-Mart Hypermarket.
Ambik kiri lalu depan McDonald's.
Dihujung jalan ialah pintu masuk ke Wu-Mart, suasana sesak di sini sebab orang keluar masuk hypermarket, tempat loading barang-barang, yang beratur beli makanan kat restoran cina pun ramai juga. Belok kiri dan jalan terus ke hotel.
Wu-Mart di hujung kiri, Elan Hotel di hujung kanan
ditengah2 - restoran cina & restoran halal Western Mahua
Fuxing Holiday Elan Hotel
Alhamdulillah, dapat check-in awal, yang jaga reception tak reti cakap english, nak minta deposit CNY100 pun guna translator kat hp. Hotel ada lif, walaupun 3 tingkat je..syukur. Canggih juga hotel ni, nak tekan nombor kat lif, kena swipe kad bilik..hotel baru..
oklah, not bad
Ambik king room, RM134 semalam, booked guna Agoda, bayar siap2, takut exchange rate naik, meh tengok camner king room nya..tadaa..
takde lah besar sangat..bolehlah..simple je biliknya..
bilik air..ok
Yang tak best hotel ni, wifi yang super lembab, dah connect, tapi langsung tak bergerak..letihh. Bilik hotel pulak tak sound-proof, boleh dengar orang bercakap diluar bilik.
Hari masih awal lagi, berehat dalam bilik sambil makan bekalan yang dibawa - nasi impit dan sambal ikan bilis. Lebih kurang pukul 10.00 pagi, keluar melawat kawasan.
mercu tanda ke hotel -Wu-mart dan McDonald's
bersambung
fuh pening turun naik keretapi... dah biasa takpe lah kalau tak biasa huh tercongok-congok nak cari jalan. Masih musim sejuk lagi ke sebab pokok togel je takdak daun
ReplyDeleteletih turun naik tangga, tk semua stesen ada eskalator/elevator..huhu..akhir musim sejuk, dh nk masuk spring..
DeleteRONDA BEIJING PULA NOHAS OKLH SELESA TMPT INAP
ReplyDeleteselesa jg hotelnya..yg best dekat hentian bas, tak larat naik subway, boleh naik bas..
DeleteTidor kat airport juga ke... hehe pengalaman yang best. Ramai yang stay kat Dongsi bila ke Beijing. Saya pun suka persekitarannya...
ReplyDeletetidor sekejap sementara tunggu airport express start..Dongsi byk kemudahan, makanan halal pun senang jg..
DeleteHave a nice trip
ReplyDeletedah balik..ok jg Beijing..
Deleteberkilat bilik air dia
ReplyDeletejubin hitam..nmpk modern..
Deleteassalamualaikum...
ReplyDeleteakakkkkk yeay ... dah sampai beijing...
tak sabar nak baca....
cepat update k.
hihihi...
bubuh gambo bebanyak tau
Waalaikumussalam..Alhamdulillah, dah sampai beijing..
DeleteTentang hotel:
ReplyDeleteAda lift = ok
Harga: ok
Luas Bilik: ok, sesuai dgn harga kot.
Tandas: ok
Wifi slow: kurang ok
Bilik tak sound proof: memang tak ok.
overall, ok lah hotel ni..kena beli wifi...
Deletedatang baca semula
ReplyDeleteharitu baca laju2 tak sempat komen banyak ...
hmmm "ramainya north korea" .... tetttt ...
depa lari keluar sesiap.
huhuhu
bila dgr north korea je, dah fikir negatif..mmg suspens..eelagi tk sampai, resah gelisah dlm flight..
Deletehihihi... nak keluar dari epot je dah kena exercise kan.
ReplyDeletehahaha
exercise angkat berat..hihi..
Deleteairport bus ada tapi x tau nak stop kt mana..tk study..huhu..
Huhuu... NK jangan disebut-sebut~ X'3
ReplyDeleteBanyak stamina diperlukan untuk travel jauh2 ni kan, banyak jalan2 n angkat berat huhuu... hari2 saya exercise ni sis, takut May nanti semput X3
suspens betul bila dgr satu flight dgn ramai NK..huhu..takleh tido..
Deletetravel sendiri2 mcm ni la kan, kena sihat & kuat, byk berjalan, guna pengangkutan awam..hooo, nak travel ke mana tu?? baguslah, bina stamina..
Sebut north korea semua kecut eh..Kim Jong Nam 😬
ReplyDeletemmg tengah isu panas time tu..risau jg, fikir negatif je bila dgr North Korea..hihi..
DeleteX sound proof? Jadinya apa kita buat kat dlm dari luar leh dgr? Abis kalau tdo dengkur bilik sblh mesti dgr kan 😜
ReplyDeletebilik sebelah-menyebelah tak dengar sangat, tapi cleaner hotel bercakap kat luar bilik, boleh dengar...depa style cakap kuat2..hihi..
Delete"makan nasi goreng, tapau siap2 dari rumah"... Part ni SS suka!
ReplyDeletejimat belanja..hihi..
DeleteTak de day pass ke?
ReplyDeletetakde..baca kt wiki, ada discount naik subway kalau stored value RMB100 ke atas..
DeleteGuna Betternet untuk access internet... Ada cuba?
ReplyDeletebaru tau hari ni..huhu..next time boleh cuba..tq..
Delete