Tapi takpe, nak up juga satu entri sebelum Ramadhan..kali ni kisah 'dunia yang hilang kat Sabah' Lost world? Ini bukan macam Lost World of Tambun, tempat bersukaria..ini tempat, yang kalau jalan sorang-sorang, highly likely, surely, LOST, lost in the jungle..
Teman takdelah pergi tempat ni..cuma tengok dalam buku. Buku yang sangat menarik, tajuknya Maliau Basin, Sabah's Lost World by Hans P. Hazebroek, Tengku Zainal Adlin and Waidi Sinun. Diterbitkan dalam tahun 2004.
"The Maliau Basin, Sabah's Lost World celebrates the many natural wonders in one of the most captivating and mysteriously beautiful protected areas in the world. The Basin has a spectacular crater-like form with a mountainous rim and includes magnificient rain forests, wild rivers, splendid waterfalls and a cool highland plateau"
Baru tahu ada tempat nama Maliau Basin di Sabah, lokasinya di bahagian selatan Sabah, bersempadan dengan Kalimantan. Nak sampai ke sini pun satu adventure, samada dengan sewa helikopter dari Kota Kinabalu atau dengan kenderaan pacuan 4-roda dari Tawau atau Keningau. Perjalanan mengambil masa 5 hingga 7 jam, melalui jalan tak berturap, jalan hutan..memang adventure, style camel trophy..
Maliau Basin Conservation Area (MBCA) ialah kawasan hutan tebal yang penuh keindahan alam semulajadi, dengan flora dan fauna yang unik..tempat untuk mereka yang berjiwa kembara yang kental."MBCA is an ideal destination for adventure jungle trekking, providing a unique wilderness experience. Wildlife observation, bird watching, nature photography, night walks and night drive along the access roads to spot nocturnal wildlife are some of the highlights. Swimming in Maliau's rivers and waterfalls is very enjoyable"
Selain dari tapak perkhemahan, ada tempat penginapan juga di MBCA..
lokasi kem - Agathis Camp, Camel Trophy Camp, Rafflesia Camp
Agathis Camp
Camel Trophy Camp
Menarik tengok gambar-gambar di Maliau Basin Conservation Area.
air terjun
flora - Kak PI, ada orkid hutan..cantikk
fauna - stick insect, menyerupai dedaun
serangga menyerupai dahan pokok
Banyak lagi, dapatkan buku ini dipasaran. Ralit tengok gambar-gambar flora dan fauna dalam buku ni.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari website www.maliaubasin.org. Pertanyaan mengenai trip ke sini, boleh hubungi Yayasan Sabah, Research & Development Division.
Till then, Salam Ramadan Al-Mubarak
Woah... first time juga dengar nama tempat ni, geng kembara dan hikers mesti suka :D
ReplyDeleteSalam Ramadan sis! ;3
Salam Ramadan, plain...tmpat kembara/hiking, best nmpaknya..
DeleteKalau bukan hiker tegar memang tak sampailah tempat macam ni...
ReplyDeletemereka yg betul2 minat mmg suka tempat2 mencabar mcm ni..
Deletewahhh ada ekk tempat nama tu..x pernah dengar..menarik tuu... cuma nak sampai tu ntah bila..walhal sblh Swk jer..heheh
ReplyDeleteakk pun first time dgr nama tempat ni...nk pegi ke sini, kena ada semangat yg kental..mencabar tmpt ni..huhu..
DeleteAir terjun tu cantik betul, kalau dpt pegi;)
ReplyDeletebanyak air terjun di sini, semuanya nampak best..
DeleteAda rezeki boleh pergi. Jungle trekking di Maliau Basin memang siok, air terjun semua terbaik.
ReplyDeletedah pergi ke?..memang betul, tengok gambar pun dah teruja tgk air terjun di sini..
DeleteLamanya laa hai tak mandi air terjun... Kalu terjun sekarang batal tak pose? he he he... Selamat Berpuasa!
ReplyDeletetak batal melainkan sengaja minum air terjun..hehe..
DeleteSelamat Berpuasa SS..
Teringinnya nak pergi tempat macam ni. Insha-Allah, tenang aje kan. Selamat Berpuasa, kak Nohas.
ReplyDeletep/s: Saya belum habis studi lagi, sekarang tengah minggu studi sebelum exam. =)
bestkan tempat mcm ni..unspoiled beauty..Selamat berpuasa, Faarihin..
Deletestudy hard..goodluck in your exam..
Sekadar singgah nak wish selamat beribadah di bulan ramadhan No.
ReplyDeleteSamalah Kak Zakie, selamat beribadah di bulan penuh barokah..
DeleteLand below the wind,our nature reserve treasure,pernah tinggal 3 tahun di sana pun masih tak sempat nak explore smua tempat lebih2 lagi yang rare macam maliau basin ni
ReplyDeletebyk tempat menarik alam semulajadi di Sabah...
DeleteBUKU YG MNARIK DIBACA NI TAMBAH ADA KISAH ORKID LIAR KAN OHAS..MMG KAK SUKA..TKSH NOHAS XLUPASEBUT NAMA KAK..HEH..HEH..
ReplyDeletetengok orkid, teringat kat akak, byk jg gambo orkid liar dlm buku ni..cantik..very rare..
DeleteSaspen..ingat kat nohas pegi sana rupanya dlm buku eheeh
ReplyDeletemenarik jg kalau dpt gi sini..
DeleteKak nohas sibuk buat kuih di bulan ramadhan ke or terima tempahan jahitan
ReplyDeletedua2 idok..hehe..kuih raya beli je...baju raya mak dah buat..
DeleteSalam ramadhan dan selamat berpuasa kak nohas..jom terawikh 😬
ReplyDeleteselmaat berpuasa, JM...inshaaAllah, terawih..
DeleteSelamat berpuasa nohas 😊
ReplyDeleteSelamat berpuasa to you & family..
Deleteselamat berpuasa nohas....
ReplyDeletemenarik tmpt ni, tapi penuh ranjau dan duri nak sampai ke situ
selamat berpuasa 2U2...nk pegi sini pun mencabar fizikal & minda..
Deleteingatkan nama hanya di buku rupanya wujud... selamat berpuasa 😊
ReplyDeleteselama ni tk tau kewujudannya..selamat berpuasa 2U2..
DeleteSaya tau pasal tempat ni sebab tengok citer hantu apa tah. Ingatkan hanya rekaan, rupanya betul2 wujud.
ReplyDeleteoo..ada shooting movie kt sini..mesti menarik..
Deletebaru tahu ada tempat mcm tu disabah..tp memang hijau sungguh...tp irda ni penakot sikit..apalagitmpat lost gini..ingatkan kak nohas p sabah tadi tengok tittle..tq kak for sharing..xpernah sampai ke sabah lagi irda ni..hikss
ReplyDeletetmpt ni mmg penuh kehijauan..best utk hiking, masih tk byk pembangunan..
DeleteSaya memang suka tempat macam tu. I love jungle. Saya ni orang kampungpersekitaran begitu biasa bagi saya. Tapi yg ni lebih dahsyat. Kampung saya di pingr hutan je. Tapi sekarang hutan tu dah dibangunankan.
ReplyDeleteMaliau basin ni mmg betul2 protected jungle..kena ada jiwa kental, jiwa pengembara ala2 'camel trophy' baru boleh sampai sini..
Deletesekarang ni hutan dah banyak diteroka, taman2 perumahan dibuka memenuhi demand manusia..kpg dh jadi separa bandar..
Saya dah lama teringin nak ke maliau basin....tapi belum berkesempatan...tempat dia dengar kata memang cantik la...
ReplyDeletemmg betul, tengok gambar cantik tempat ni..tapi akk takut jg nak gi sini..nk duduk kt dlm hutan tebal mcm ni, gerun jg..hihi..
Delete