Tuesday, 17 July 2018

Siapa Raja??

Kami rajaaa...Raja Buah..

cer teka, cer teka
mana satu D24, Udang Merah, Kampung, IOI..
teman pun tak tau..hihi...sama je dari luar..

Sejak dua menjak ni, ramai bloggers up entry buah durian, McFlurry durian, durian crepe...teman pun nak join juga...hehe..

Hari Sabtu lepas, berparti beli buah durian. Zaman millenium ni, jual buah durian, pakai timbang kilo. Beli tiga biji je, takde le gempak sangat..
Beli sebiji D24 - RM15 sekilo, durian kampung & udang merah RM9.00 sekilo

first time tau ada durian IOI - teringat kat IOI Corporation
hai! fzyfuzzy
 
Beli juga buah manggis, 3 kilo RM20

 hitam-hitam setompok manggis -  sebagai penyejuk katanya

kongsi 5 - 6 orang, 3 orang pemakan utama
yang lain-lain tu sekadar di pinggiran menjamah  1-2 ulas
 
D24 & durian kampung

Memang terbaik le, paling suka - Udang Merah, kuning sungguh warnanya
manisss, cair di mulut...Alhamdulillah..Subhanallah, Allah swt jadikan pelbagai jenis buah durian untuk dinikmati oleh hamba-hambaNya

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? -Surah Ar-Rahman
 
------------------------------------------
Cerita hari Ahad pulak. Jual durian jenis longgok

ada 2, 3, 4 biji = RM10
durian kampung kot, kecik-kecik je buahnya
 
 yang diatas besar sikit buahnya..mahal lagi lah harganya
sepeket Musang King dah takde?? ke manakah perginya?

landing di sini
cukuplah 4 ulas Musang King, dua ulas sorang
faktor kesihatan, kena control..huhu..

 begitulah cerita buah durian teman, kalau ikutkan hati, memang tak cukup..hihi...
----------------------------------------------------

Kawan-kawan, jangan makan buah durian dengan benda-benda ni ya 


makan terung pun tak boleh...huhu..

Jualan durian di zaman 50án

 best kan kalau macam ni, gerenti beres


enjoy..the King of Fruits!! 

23 comments:

  1. wah sedapnya. Area melaka, johor sedang berbuah banyak. Sepanjang jalan highway ke KL banyak lori dan pelbagai jenis kenderaan membawa durian. Ada yang penuh tanpa penutup, ngeri kalau tiba-tiba emergency break....huhuhu bermandi durian. Makanlah sekadar sederhana asalkan tidak memudaratkan. Syukur atas nikmat Allah berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian runtuh...ramai yg dtg berniaga di kawasan Lembah Klang..
      Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah..

      Delete
  2. Mmg tgh musim skrg ni kan nohas..
    Akak pun mkn seulas 2 jer..
    Takut yg berlebihan..
    Tapi kalau tempoyak mmg akak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. merata-rata orang jual durian..byk n harga murah jg
      takleh makan banyak, dah sah diabetes..
      tempoyak sedap..buat gulai & sambal..kecur ailio..

      Delete
  3. DURIAN MEWAH LA NI..TAPI YG ALAHAN SBB PENYAKIT MALANLAH AMBIL RASA JE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak merasa..hihi..bukan alahan kak, tapi kena control, takut gula naik..

      Delete
  4. Durian ni tak reti nak berkawan dengan benda-benda lain sangat... antara pantang yang lain termasuklah daging, laici, manggis dan tembikai. Nasib baik saya tak suka doyan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk benda x leh mkn dgn durian..kuat betul effect dia..manggis? huhu..mkn gak mnggis dgn durian..

      Delete
  5. Tulah ada plak kawan citer pasal diyan IOI, buatkan hati teringin merasa. Ritu ada nmpk rm9 je sekilo, kira murahla kan.

    Saya takat ni makan diyan ok je lagi, cuma bila sebut bab kolesterol tu cuak gak perasaan nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk pernah lg makan durian IOI ni, teringin gak nak rasa...rm9 sekilo kt Lembah Klang kira murah tu..

      high kolestrol, diabetes..mmg kena control mkn diyan nih...huhu..

      Delete
  6. skrg harga dah murah sikit sbb menjadi.. manggis 3 kilo rm10 pun ada skrg nih.. heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambakan buah durian di pasaran, harga runtuh..hehe..murahhh 3 kilo rm10...jenuh makan manggis..

      Delete
  7. bila lagi la nak kembali ke zamn 1958 ..

    dapat beli durian yang sangat murah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan dapat dah harga durian mcm tu...tambahan sekarang jual durian timbang kilo..

      Delete
  8. Nikmat namakah yg engkau dustakan..
    Durian kuning tu...alahai..sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musang king..mmg sedap...kalau beli sebiji ntah brp lah harga..

      Delete
  9. Alhamdulillah.. Tahun ini Durian menjadi sungguh, dapatlah merasa dengan harga mampu beli.. Tak seperti tahun-tahun lepas hanya mampu tengok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..durian membanjiri pasaran..harga runtuh..

      Delete
  10. seronok kan skrang kak.. kiri kanan durian. and in Penang we have Balik Pulau. aaaa..
    the best durian in Penang !! hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk ke balik pulau tu alahai malas drive jln bukit2

      Delete
    2. durian runtuh..belum pernah rasa durian Balik Pulau..

      Delete
  11. rabu lepas dh nk beli lepas tu teringat baru minum coke. hahaha
    nampaknya kena bli jugak. eskem durian dh puas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh murah sekrg, kena beli, baru puas makan..hehe..
      belum mkn lagi eskrim durian..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!