Monday, 3 September 2018

Pied-à-terre

Assalamualaikum..happy Monday..

Ada tak kawan-kawan yang tinggal di pied-à-terre?

Pied-à-terre, bukan bahasa Hindustan ya, tapi bahasa Perancis, yang bermaksud "a foot on the ground" - jejak kaki di atas tanah..

Menurut wikipedia - 'Pied-à-terre' is a small living unit usually located in a large city some distance away from an individual's primary residence. It may be an apartment or condominium. The term pied-à-terre implies usage as a temporary second residence (but not a vacation home), either for part of the year or part of the work week, by a reasonably wealthy person.

Maksudnya lebih kurang - tempat tinggal sementara di pusat bandar dan digunakan semasa waktu bekerja (weekdays) kerana rumah utama lokasinya jauh dari tempat kerja.

Memang sedia maklum, sekarang ni rumah bertanah - rumah teres, berkembar dan sesebuah (banglo) memang mahal harganya di dalam kawasan bandar. Majoriti diluar kemampuan bagi kebanyakan golongan marhaen.  

Bagi mereka yang suka tinggal di rumah bertanah (memang suka!), tiada pilihan lain melainkan membeli rumah di kawasan pinggir-pinggir bandar atau di luar bandar. Kalau di Lembah Kelang, ramai yang beli rumah di Bangi, Klang, Hulu Langat, Semenyih, Puncak Alam, ada juga yang beli rumah di Seremban.

Bila rumah utama jauh dari tempat kerja (bagi mereka yang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur), ada yang malas nak travel hari-hari, nak mengharungi kesesakan lalu-lintas. Keluar gelap, balik pun gelap. Sampai rumah dah malam, esok dah nak keluar semula awal pagi. Maka, wujudlah 'pied-à-terre', rumah persinggahan semasa hari-hari bekerja. 

Mereka yang bujang bolehlah nak duduk pied-à-terre, kalau yang dah berkeluarga, anak-anak bersekolah, susah sikitlah kan. Tapi sekarang, sudah ada pengangkutan awam - MRT, KTM komuter, perjalanan ke bandaraya Kuala Lumpur semakin mudah.

OKbai..

16 comments:

  1. hahahaha.... hi kak....

    entry ni macam kamus....
    kamus yang menyeronokkan dan mudah di faham.

    pied-à-terre

    ReplyDelete
  2. bangi pun kategori mampu tengok je kakak.... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni rumah teres dah semakin mahal..

      Delete
  3. Hahaa okay I get to learn a new French noun today, thanks for the info. Merci beaucoup~ ;3

    ReplyDelete
  4. Bagi yg berkeluarga, ank2 tgh sekolah ni tak mampu juga nak buat cantu, rmh kt semenyih, eh skrg ni rrmh area sini pun dah mahal lbh2 lagi bila dah masuk projek setia ecohill. Suami keje key ell, tapi masa anak kecik2 buat juga camtu, kami sewa rmh di bandar tun hussein onn, kira dekatlah dgn kl tu, tapi sewa kt situ pun makin lama makin mahal, kuatkan hati pindah duk umh sendiri. Tu yg suami kuar keje kul 6 pagi, smp rumah kul 6 ptg, huhu..

    Anyway thanks sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penat berulang jauh2 ni, saya dulu duduk Tasik Kesuma Semenyih, 40km++ ke kuala lumpur, rasa nak nangis, hari-hari keluar gelap, balik gelap...

      rumah teres kt ecohill, cantik2, mmg mahal..kwsn pun cantik..

      Delete
  5. mmg ada plan mcm tu dulu kak...tetapi.nasib skrg ada rumah di gombak dn.cari rezeki di.kl..tetapi.teringin juga nak mnak.beli.rumah area puncak alam.aamin..lepas tu turun.kl sesekali je...mcm.plannya nak.bekerja dr rumah gitew

    ReplyDelete
    Replies
    1. puncak alam dah semakin membangun..projek eco grandeur dah launch...bekerja dari rumah jauh dari KL, bestnya..tenang jiwa & fikiran..no jam..

      Delete
  6. Selalu yang buat macam nie orang lelaki.. Rumah persinggahan tu biasanya dikongsi dengan rakan rakan bujang.. Sebab berulang jauh dan penat kan.. Jadilah mereka nie weekand husban and wife.. kawan-kawan sha adalah yang buat gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berulang setiap hari utk perjlnan yg jauh, jem lg mmg sgt penat..dh pernah mngalaminya..weekend suami/isteri byk kena berkorban..

      Delete
  7. CT rasa ramai je yang ada rumah cemni. they have too nak avoid traffic ke and other expenses yang lagi mahai. but its good jugak.. hehehe ada tempat nak rehat if tak larat balik jauh2 =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sgt lega kalau ada rumah yg dkt dgn tmpat kerja..kalau setiap hari kena mngharung trafik jem, mmg sgt letih..minda & fizikal..

      Delete
  8. Memang best kalau ada rumah dekat2 dgn tempat kerja. Perjalanan saya dari rumah ke tempat kerja dah makan masa sejam... :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, best..less stress..sejam tu ok lg..if more than sejam, stress jgk..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!