Hi semua, dah makan? Update tentang makan-makan je lah sejak dua menjak ni, tak banyak aktiviti luaran. Aktiviti makan setiap hari..hihi..
Sapa suka makan mi tarik? Di Lembah Kelang ni, yang popular Mi Tarik Warisan Asli. Dulu ada dua cawangan di KL, tapi dua-dua dah tutup. Awal bulan ni ada satu restoran mi tarik, baru dibuka dekat kawasan pejabat, Restoran Mi Tarik Silu - Muslim Silu Ramen. (dah tutup)
Lokasinya
di Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Tune Hotel (dulu, sekarang dah takde), sebelah Restoran Pak Punjab, satu baris dengan Nasi
Kandar Kudu. Yang bersilang kat atas tu ialah line monorail. Restoran ni
kat simpang traffic-light, memang tak kan miss, dari jauh dah nampak.
Jom tengok menunya. Buku menu dia cantik, kaler gold.
buku menu - muka depan
bahagian belakang
mi tarik in the making
Menu mi tarik ni sama je di mana-mana restoran, rasa dia pun lebih kurang sama juga. Teman dah 4,5 kali makan di sini, sebab dekat dengan ofis. Kekadang pergi masa makan tengahari, kekadang gi lepas kerja, untuk dinner.
dumpling
kambing gigi gigi
Yang pernah dicuba
Mi Xinjiang
pelbagai jenis mi tarik
Overall, sedap. Sapa yang pernah makan mi tarik, mesti tahu rasanya macamana sebab rasanya lebih kurang sama je kat mana-mana restoran mi tarik. Alhamdulillah, ada pilihan tempat makan yang dekat dengan pejabat.
dumpling tu nampak menarik.. dah lama teringin nak cuba.. bookmark siaplah kedai ini.. ada rezeki, boleh singgah..
ReplyDeletedumplings belum try lg...dtg shopping kt Jln TAR, boleh singgah sini..tapi jauh gak dari tmpt shopping & Sogo..
DeleteRupa paras menu dan makanannya sangat menarik..kambing gigi gigi tu apa rasanya ya? 😄
ReplyDeletekambing gigi gigi tu rasanya daging kambing yg dicucuk dgn pencungkil gigi tu kot, kt restoran mi tarik ada menu ni..mahal gak, kalau makan ramai-ramai, ok jg..
DeleteTak pernah makan mi tarik huhuuuhu...
ReplyDeleteSemua mi yang terhidang tu nampak sedap.
Nostalgia betullah Jalan TAR ni dulu time Mrs. A kerja kat Menara Multi Purpose bila hari Jumaat suka lunch kat restoren INSAF nasi beriyani ayam madu.
restoran mi tarik ni jauh gak dari restoran Insaf..
Deletenasi beriani mmg sedap kt restoran Insaf..lepas mkn, rasa insaf, sbb mahal..hihi..
Tak pernah cuba lagi mee tarik, huhu...ketinggalan betui ceq ni. Tapi kita marked dulu tmpt ni kot2 tersinggah nnt kan.
ReplyDeletekena try..sedap..
Deletewaduh sedapnya
ReplyDeletemee tarik mmg sedap..recommended..
DeleteTuan admin dah try makan kambing gigi gigi tu.. 😆😆😆
ReplyDeletebelum, yang ni kena share2 sbb banyak..
Deletemasa belajar kat UM dulu memang Jln TAR ni la destinasi utama bila shopping...Sogo, Pertama, Batu Road, Keramat, Metrojaya, Hankyu Jaya, Mun Long, Globe Silk Store...semuanya ada di sana!
ReplyDeleteSogo & Pertama je yg tinggal, yang lain dah pupus...kenangan lalu..
Deleteparking susah kan?
ReplyDeletetmpat parking berbayar banyak - tepi Tune Hotel, belakang Kudu, tapi kena jalan sikit..
DeleteSilu pulak nak makan kat situ... hehe
ReplyDeletejangan segan silu...mampir2..hihi..
Deletesedap nampak mi tarik tu teringin nk rasa
ReplyDeletesedap kak, boleh ajak anak2, cucu2, datang makan..
DeleteBuku menunya looks so impressive... teringin nak rasa dumplingnya :D
ReplyDeletecantik bukunya..mcm ada cerita plak gambar depan & belakang..belum try lg dumplings, nmpk mcm best..
DeleteKwasan kulim tmpt timm ada je kedai mee tarik warisan..tpi blum berkesemptan lgi nk cuba..hehe
ReplyDeletefirst time makan mi tarik kt restoran warisan asli..lg banyak menunya..sekrg cawangannya semua luar KL..huhu..
DeleteDari hari ke hari cadang pekena Mi Tarik Warisan Asli tapi masih belum diberi kesempatan sampai 2 outlets tutup.. Harap-harap dapat rasa mee tarik ni sebelum pupus.. Teringin yang amat sebab nampak sedap dengan segala macam aksesori dalam tu, meriah..
ReplyDeleterecommended..Restoran Mee Tarik Warisan Asli ada banyak cawangan..
DeleteBaru je lalu depan kedai ni semlm, dh bace review ni,memang rase nak pegi..thanks for sharing..:)
ReplyDeleteyou're welcome..recommended..
DeleteDah biasa mkn Mee tarik warisan. Tgk mcm best silu ni.rasa nk Cuba.tapi risau parking jer. Stesen let mn yg paling dekat yer.
ReplyDeletestesen LRT Sultan Ismail, jalan ikut jejantas ke Tune Hotel..kalau naik kereta, banyak parking tepi Tune Hotel & belakang Resto Kudu..
Deletepd sy kalau nk compared silu dgn warisan, best lg silu..1st dulu mmng suka warisan..tp bnyk cawangan tukang masak dia dr cina da jd bangla..
ReplyDeleteso bila da rs silu terus jatuh cinta..sebulan kompom akan 3-4 kali ke silu sampai da x segan silu da..tp mmng sedap utk di cuba..
dah jrg gi warisan sbb dah takde cawangan dia di KL. Di warisan lebih banyak menunya. Makanan di silu sedap2 belaka...
Delete