Friday, 28 December 2018

Rumah Tok Penghulu @ Kuala Lumpur

Haritu jalan-jalan melawat kawasan di Jalan Conlay, tetiba sampai di rumah tok penghulu, erkk..terperanjat jugak teman, tetiba jumpa rumah tradisional Melayu di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas di kota metropolis Kuala Lumpur. Rumah tok penghulu pulak tu...terasa kembali ke zaman silam..sangat klasik..

Rumah Penghulu Abu Seman.


Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

Lokasinya di No. 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Depan Hotel Royale Chulan.

lokasi

Di dalam kawasan yang sama ada sebuah banglo kolonial yang dijadikan pejabat Badan Warisan Malaysia. Halamannya luas dan terjaga rapi.


pusat warisan

Rumah Penghulu Abu Seman di sebelah kiri. Tertulis dekat pagar tu, pukul 11.00 pagi ada 'guided tour', bayaran RM10. Masa sampai di sini, dekat pukul 11, tapi takde pelancong, so takde lah 'guided tour'. Snap gambar dari luar je.

dari Kedah rupanya

menggamit nostalgia tingkap ni

besar gak rumah ni - berangkai-rangkai

 bahagian anjung

bahagian tengah

 bahagian dapur

Menarik rumah ni, rumah tradisional di tengah-tengah bandaraya, dikelilingi bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. so cool. Mungkin satu hari nanti, nak gi masuk, melihat bahagian dalam rumah pula.

Yang ni pula berkenaan dengan banglo kolonial

maklumat mengenai banglo kolonial yang dibina pada tahun 1925
 


Menarik juga dua-dua rumah ni kalau dapat dilawati. Tetap teguh walau beralih zaman..

33 comments:

  1. cantiknyaa rumah ni. kalau bawa anak anak mesti excited sebab tak pernah tengok senibina macam ni . sekarang kt kampung pun semua dah modern dah >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. rmh kampung sekrg byk dah dibina rumah batu, rmh2 tradidional dh semakin pupus..maintenance tinggi kot..

      Delete
  2. Lawanya.. Bila dia satu-satunya tradisi di tengah lautan bangunan pencakar langit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik rumah ni, very klasik..a breather from high-rise buildings..

      Delete
  3. Dari Kedah rumah tu. Patutlah macam Mrs. A pernah tengok sebab time bercuti ke Langkawi dulu ada rumah jenis cenggini ada kat area perkampungan Mahsuri tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haáh dari Kedah..senibina rumah tradisional belah2 utara lebih kurang sama..kt perkampungan Mahsuri tu ada dua tiga rumah tradisional..

      Delete
  4. Mmm... ada jugak ye... tak pernah lagi jejak kaki kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya seluruh KL dah dijelajah, tapi baru first time jumpa rumah ni...hihi..

      Delete
  5. heheh jangan main2.. ade Tok Penghulu tengah2 hutan batu tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tak tau pulak ada rumah penghulu di KL ni...bagus jg inisiatif Badan Warisan ni..takde lah pupus di telan zaman..

      Delete
  6. Asalam..masih kelihatan sangat cantik ukirannya..memang wajar di jaga sebagai tatapan generasi baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nampak terpelihara dgn baik..rumah2 tradisional semakin pupus sbb kurang penjagaan, maintenance tinggi..selalu dimakan anai-anai..

      Delete
  7. Rumah tu di pindahkan..dari Kedah..jauhnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dari Kedah..mcmana depa bawa dari sana, mungkin disassemble, kemudian pasang balik..

      Delete
  8. Replies
    1. rumah tradisional Melayu macam nilah senibina nya..

      Delete
  9. Kita ni orang KL selalu took for granted. Tak pernah masuk pun rumah-rumah ni. Selalu lalu je kan. Inisiatif yang bagus la bawak rumah tu dari Kedah sebab tak semua tourist datang KL ni berkesempatan nak ke kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde maklumat sebab tu tak pernah sampai di sini..selalu gi shopping complex je..hehe..bagus kan usaha memulihara rumah2 lama yg ada nilai2 estitika mcm ni..sgt klasik & exotic..

      Delete
  10. Klasiknya. Bagai kembali ke zaman silam.
    Dah la kat tengah bandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ada rumah tradisional ni dkt golden triangle...takde maklumat..

      Delete
  11. lawa rumah tok penghulu ni... tengah2 bandar pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik terpelihara..buat photoshoot mmg cun..

      Delete
    2. takde..dpt bayangkan pengantin bersongket buat photoshoot..mesti cun..so tradisional..

      Delete
  12. TERINGAT RUMAH TOK PENGHULU DI KEDAH DULU GITULAH BENTUKNYA...LA NI DH DIGANTI RUMAH BATU

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah banyak rumah batu di kampung2..rumah bawah, pergerakan senang..

      Delete
  13. psssst !! ada sesuatu untuk akak disini. cepat cepat !!
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2019/01/top-commentators-2018-blog-siti-yang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, syukran..dah tgk tadi guna hp, nanti akk bg details..thanks, luv..

      Delete
  14. Wow, dari Kedah? Seyes? Tapi mmg satu usaha yg bagus dlm memgekalkan keindahan senibina melayu yg mmg tinggi dgn kehalusan dan keseniannya.
    Kat Terengganu pun ada rumah mcm ni, mmg dijaga generasi akan datang dpt melihatnya kemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut maklumat mcm tu lah, dari Kedah..jauh kan..mmg usaha yg bagus utk mengekalkan rumah tradisional yg semakin pupus ditelan zaman..

      ada pernah baca entry ttg rumah tradisional di Tengganu kt blog Azimah..

      Delete
  15. Waahhh gigih betul inisiatifnya..pindahkan rumah tu dari Kedah ke KL tu..hebatlah 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt KL, senang nak maintain kot, dekat dgn ofis Badan Warisan..tarikan pelancong nih..

      Delete
  16. waaah... cantik betul. patotlaa mcm rumah tradisional kedah yang pernah ss tengok, rupanya dari sana. memang cantik... sekuranganya dalam campuran budaya yang ada dlm Malaysia ni, masih terpelihara seni dan budayanya.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!