Monday, 13 July 2020

Kisah keluarga di hari Sabtu

Assalamualaikum semua...

Hari Sabtu baru ni dipenuhi dengan aktiviti keluarga, dari pagi hingga ke petang. Dimulai dengan panggilan telepon pada pukul 12 malam hari Jumaat, menerima berita sedih, pemergian mak mertua adik lelaki, besan mak..

Pagi Sabtu, adik bongsu dan suami serta kakak datang dari Shah Alam, ambik saya dan mak, kemudian bergerak ke Masjid Al-Hidayah Sentul untuk ziarah jenazah. Ketika sampai jenazah sedang dimandikan..


 Kemudian ke tanah kubur Raudatul Sakinah, di tepi DUKE Highway

Imam bersedia untuk baca talkin

Selesai talkin dibaca, berjalan ke kubur arwah ayah di bahagian kubur muslimin. Dah lama tak kesini, sejak PKP bulan tiga haritu

ada pengebumian di sebelah sana
 
Balik dari sini, singgah makan di Restoran Nasi Kukus Pahlawan Merah di SkyAwani, Sentul...resipi rahsia katanya..sedap, recommended...lupa nak snap gambo..kelaparan semua..

 Sedap..harga RM6.00 satu set

Hantar adik lelaki & anak dia di Flat Sri Kelantan, terus ke Shah Alam, nak pi ambik anak-anak adik. Depa semua tak ikut pagi tadi.

   buah betik tiga biji
 
 
bayam brazil

Anak-anak dia dah siap, bergerak pula ke Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, ikut Guthrie Highway. Ke rumah mak saudara, nak melawat sepupu yang baru keluar hospital, accident on the way ke Sungai Petani.

Pak Long & Mak Long dan sepupu ada datang dari Kuantan. Pakcik & makcik dari Putrajaya pun datang juga. Berkumpul di rumah makcik.

 

Dah lama tak berkumpul saudara mara, Alhamdulillah, dapat bertemu muka, bertukar cerita, bertanya khabar. 

Kisah accident yang tidak dijangka, malang tidak berbau. Sepupu & mak saudara on the way ke Sungai Petani, sepupu yang drive. Eksiden di highway, seketul gelung konkrit saiz kecil dari lori di lorong sebelah kanan (otw ke selatan), jatuh menimpa sepupu di lorong sebelah kiri (otw ke utara). Cermin kereta retak (retak je, tak pecah berderai), gelungan konkrit tu terkena bahagian mulut belah kiri sepupu..disebabkan impak yang kuat, teruk juga bengkak dan pendarahan..kena bahagian kepala..concussion (pening2) lagi..

contoh gelung konkrit tapi yg ni saiz besar
 
Peringatan bagi kita, kemalangan berlaku di mana saja, yang tak disangka-sangka. Sentiasa minta perlindungan dari Allah swt dengan ayat penggerak/pelindung..



Alhamdulillah, pertama kali berkumpul saudara mara di masa PKPP, sungguh baik perancangan Allah, dapat bertemu dan bersilaturrahmi di hari Sabtu..

28 comments:

  1. Innalillah. Semoga arwah tenang di sana.
    Berkumpul untuk bertemu saudara-mara. Rapatkan silaturrahmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali sejak PKPP, berkumpul saudara-mara..

      Delete
  2. Innalillahiwainnailaihiraaji'un...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..

      Delete
  3. Innalillahiwainnailaihirajiun. Alhamdulillah, skarang kita dah boleh lebih bergerak bebas.
    Seramnya dengar cerita accident tu, tu la penyebab saya masih takut nak drive ^^'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malang tk berbau, sentiasa minta perlindungan dari Allah..Alhamdulillah, dah boleh ziarah sana-sini..

      Delete
  4. Alhamdulillah dpt bertemu kembali keluarga yg terpisah kerana pkp bertukar pkpp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat ziarah sanak saudara..

      Delete
  5. takziah atas pemergian besan mak tu..
    takziah jugak atas kemalangan tu. semoga kita semua dipermudahkan dan selamat bila ke mana2..
    seronok sesekali boleh g melawat sedara/family/ teman2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kematian, sakit adalah ujian dlm hidup..semoga kita tabah menghadapi ujian ini..
      seronok berjumpa sanak saudara yg jauh & dekat..

      Delete
  6. mmg mengelak dari berselisih dgn lori terlebih muatan...takut jadi mcm ni, benda2 jatuh timpa kereta..

    ReplyDelete
  7. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    Salam takziah.
    Ye, betul. kemalangan boleh terjadi di mana sahaja. Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah. Aaminnn

    Alhamdulillah, perancangan Allah yang terbaik.Redha. Dalam kesedihan, ada kegembiraan dapat berkumpul semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..sentiasa kita meminta perlindungan Allah swt...pertama kali berkumpul saudara mara selepas pkp..yg jauh, yg dekat..

      Delete
  8. Salam takziah kak..
    Semoga sepupu akak diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. tq for visiting my blog..

    ReplyDelete
  10. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Semoga cousin Nohas dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
    Hari Sabtu yang sangat produktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..sedang recuperating di rumah..betul, hari Sabtu yg produktif..

      Delete
  11. Al-fatihah buat arwah.. semoga sepupu sihat seperti biasa. Malang tak berbau. Bahaya kalau ikut belakang lori konkrit. Seriau

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..ya betul, bahaya..tapi kes sepupu ni lain sikit, berselisih dgn lori di lorong bertentangan..dua2 di lorong paling kanan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!