Friday, 19 February 2021

Drama You Are My Destiny: Kenapa Suka Versi China Mainland

Nihao..sawadikap..annyeong..moshi-moshi..

Empat bahasa, lima drama. Review drama berjudul You Are My Destiny/Fated to Love You..

Drama original ialah drama China Taiwan yang disiarkan pada tahun 2008. Kemudian 4 negara lain buat remake iaitu negara Thailand, Korea Selatan, China Mainland dan juga Jepun.

Entah apa yang merasuk fikiranku, tengok sampai 4 versi: Mula-mula tengok versi China Mainland. Kemudian saja je nak tengok versi lain pula, nak compare2, tapi macam tak berapa menarik sangat sebab versi China Mainland dah best..hehe..

Versi original (Taiwan) - tak habis tonton, tengok episod2 akhir je; versi Korea Selatan - fast-forward, lakonan hero yang over the top; versi Thailand je yang habis ditonton, lagipun pendek je, 15 episod. Versi Jepun malas nak tengok..hehe..

versi original (Taiwan)
 
 versi Korea Selatan

Storyline: 

Storyline semua versi lebih kurang sama je, cuma adalah sikit-sikit olahan, tambahan sana-sini.

Cerita mengenai heroin, seorang admin staff di sebuah pejabat peguam, yang asyik kena buli dengan officemates, yang low self-esteem, yang digelar 'sticky note girl', pergi bercuti naik cruise. Semasa dalam pelayaran, ada insiden yang menyebabkan hero dan heroin berjumpa dan berlanjutan ke insiden 'one-night stand'.

Disebabkan insiden tersebut, heroin pregnant. Hero pula ialah presiden syarikat keluarga, yang jual toiletries - sabun, syampoo jenama Heritage. Kilang produk Heritage ialah di kampung heroin, di sebuah pulau. 

Mak heroin panggil heroin balik kampung sebab bank telefon pasal kredit kad yang heroin guna beli tiket cruise. Pada masa yang sama juga, hero datang ke kampung heroin untuk selesaikan masalah pekerja kilang Heritage.

versi Thai

Tetiba mak heroin dapat tahu yang heroin pregnant. Hero ternampak heroin kena pukul dengan mak dia. Mak heroin paksa hero & heroin kahwin. Nenek hero setuju sebab keluarga mereka memang sedang tunggu waris ke-10 iaitu anak hero. Hero terpaksa akur walaupun dia sudah ada girlfriend. Girlfriend dia ialah seorang penari ballet yang sedang buat persembahan di luar negara.

versi China Mainland

Bermulalah hubungan hero & heroin sebagai suami-isteri sebab kahwin paksa. Hari pertama pindah ke rumah hero, heroin dah kena sign divorce agreement yang syarikat dia prepare untuk hero. Heroin pula asyik rasa bersalah sebab rosakkan hubungan hero dengan girlfriend dia. 

Hero mula-mula frust, tapi akhirnya dapat terima hakikat dan mula jatuh cinta dengan wife dia. Disebabkan salah faham dan juga rancangan jahat girlfriend suami dia, heroin kemalangan jalanraya dan keguguran. Selepas keguguran, heroin bawa diri ke luar negara (dengan bantuan kawan dia) dan tukar imej. Jadi lebih cantik, berani dan popular diatas karya seni. Hero jatuh cinta dengan heroin yang berimej baru.

Cerita ni gabungan kisah keluarga, permainan emosi, hubungan suami-isteri, perniagaan, seni, friendship dan juga travel (part ni yang paling best..hehe).

Dalam banyak-banyak versi ni, bagi sayalah, yang paling best ialah versi China Mainland. Takdelah kisah sangat dengan the storyline, tapi versi China Mainland ni ada banyak benda yang best, a feast to the eyes, antaranya:

Bromance 
Hubungan antara hero (Xiyi) dengan special assistant dia (Anson) lebih kepada hubungan antara best friend. Anson boleh bash Xiyi, boleh bagi nasihat tentang hubungan dengan wife & girlfriend. Heroin (Jianxin) pun boleh confide dengan dia. He is a reasonable person.

 Kelakar - Anson minta cuti nak pergi dating dgn girlfriend dia
pertama kali beritau bos dia dah ada girlfriend

Bangunan pejabat hero
Suka tengok office hero, jenis low-rise detached building. depan bangunan, ada landskap, macam pokok padi, ke lalang?, dijadikan landskap, tempat rehat-rehat. Pertama kali tengok landskap macam ni. Menarik.
 
 

 Suka pejabat macam ni

lanskap depan pejabat, macam pokok padi
 
menarik..suka2..
 
office hero..suka office macam ni

Lunch box
 
Sweet je, heroin prepare lunch box untuk hero 
hero obediently bawa ke pejabat
 
Ada macam-macam warna beg isi makanan

 dekat lunchbox, heroin bubuh sticky note
hero cakap heroin 'nagging him'
 
 
Rumah BFF heroin
Kawasan rumah kawan baik heroin ni nampak sangat best, redup dengan pokok disepanjang jalan. Jiran-jiran bersantai depan rumah, main chinese chess.
 
 
suka peti ais vintage warna kuning

 
Pulau kampung heroin
Kampung heroin di pulau yang sangat cantik. Pulau Huaniao. Digelar Santorini of China.

 

Rumah mak heroin di Shanghai
Lokasi rumah mak heroin di kawasan old quarters, ada terusan. Suka2..
 
 rumah corner lot
 
 
jambatan konkrit
 
terusan depan rumah mak heroin

 
Keluarga hero yang harmonis
Dalam versi China Mainland, mak saudara dan sepupu hero takdelah jahat sangat, harmonis je hubungan keluarga hero.

 
Travel ke Hungary
Lepas keguguran, heroin bawa diri ke luar negara. Versi Taiwan, heroin gi Shanghai. Versi Korea & Thailand, pergi Paris. Versi China Mainland, pergi ke Budapest, Hungary. Ada lebih kurang 4 -5 episod, shooting di Budapest. Ikut heroin jalan-jalan di Budapest.

Budapest...woohoo..

Naik kereta kuda

jambatan yang femes di Budapest


Recommended for viewing ialah versi China Mainland dan Thailand. Versi Thailand pun menarik juga. Suka masa hero celebrate birthday heroin, sewa bot pergi ke pulau kampung heroin dan masak bubur chacha. Suka dengar bahasa Thai..panggil 'mek' untuk mak..
 
Happy watching..happy weekend..

28 comments:

  1. Cuma tengok versi Korea. Tidak sangka cerita ini popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. popular sampai ada byk versi...yg versi Korea tu tak habis tonton, fast forward ke episod akhir..geli le tengok hero Jang Hyuk tu berlakon..haha..

      Delete
  2. Ada beberapa versi rupanya ya...
    Cantik2 lokasi yg digunakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..ada byk versi..
      versi China Mainland ni banyak tempat menarik..

      Delete
  3. suka yg versi chinese sebab suka hero dia..hahaha
    semua versi tengok sekerat je, tak berapa minat sgt drama ni sebab tak suka watak heroin dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero & heroin ni saya suka tengok depa berlakon drama the Eternal Love S1 & S2, tgh tunggu S3..
      ha'ah..watak heroin sgt pathetic dlm drama ni..sib baik last2 ada personal growth..baru semangat sikit..

      Delete
  4. hahaha kita layan versi korea je.
    sebab kita suka hero dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. first hero ke second hero?..cannot tahan lah dgn Jang Hyuk..haha..lbh baik Choi Jin-Hyuk..

      Delete
    2. Jang Hyuk wkkkakakaka.....!!

      Delete
    3. haha...suka lakonan JH dlm drama Tell Me What You Saw...ketawa yg jd trademark..hihi..

      Delete
  5. PERNAH NONTON DRAMA NI VERSI FILIPINA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..ada versi Filipina ke? tak tahu pulak..malas dah nak tengok...hehe..

      Delete
  6. Rajinnya, tengok sampai 4 versi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak compare2..hehe...first tengok versi china mainland..versi lain2 tu takdelah beria sangat tengok kecuali versi Thai..yg habis ditonton..

      Delete
  7. view dalam drama ni semuaaa lawa lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..suka view & places dalam drama ni..

      Delete
  8. Nampak sangat drama ni popular. 4 versi remake tu. Dapat tengok semua versi best lah. Dapat compare mana yang terpaling best. Tq untuk recommendation versi yang best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tengok yg best, bila tengok versi yg tak best, rasa malas nak habiskan..haha..

      Delete
  9. Suami Sha suka tengok yang versi korea tu..
    Tak sangka pula drama ini banyak versi..
    Yang versi China tu Sha suka hero dia tapi dramanya nantilah tengok.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke..tak larat tgk lakonan Jang Hyuk..sungguh over..hehe..
      byk versi, byk pilihan...
      hero versi China tu suka tengok dia berlakon..

      Delete
  10. Betul org thai pgil mak "mek" terdengar lembut je kan..hehee

    ReplyDelete
  11. Oh banyak versi rupanya. Saya tenguk yang versi thai. Bila mereka naik cruise bersama tu cantik heroin bila di solek dan rasa hero dan heroin tu cam ada chemistry je. Lepas tu ada lagi drama mereka berdua berlakun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setau saya ada 5 versi..Kak PI ckp ada versi Filipina jg..suka tgk depa berdua..couple yg byk gelak ketawa..ha'ah..chemistry pun ok...

      Delete
  12. banyaknya drama yang saya tak tahu >.< tapi boleh relate part suka dgn bangunan n scenery tu, hehe. saya jrg sangat tengok drama China, tapi drama korea pon building dan scenery dia best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..drama Korea pun byk building & scenery yg menarik..depa guna drama utk tarik pelancong..drama China pun ada yg menarik, akk pun baru start tengok drama2 China Mainland..best2 jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!