Nihao..
Rasa boring time lockdown ni?
Jom tengok drama My Dear Guardian dari tanah besar China. Drama ni sangatlah best. Genre military-medical, action, slow-burn romance, workplace drama, crime. Secukup rasa drama ni.
Drama ni best sebab tak terlampau fokus pada kisah percintaan tetapi lebih menonjolkan profession tentera dan doktor. Banyak life lesson yang boleh dipelajari dalam drama ni dan banyak dialog yang memberi motivasi, emotional support dan untuk kita lebih memahami kerjaya seorang askar dan doktor yang berkhidmat untuk negara dan masyarakat.
Drama ni lebih kurang macam kdrama Descendant of the Sun, tapi lagi intense plot ceritanya...lagi best dari DOTS. Dah lama tak tengok drama military-medical yang menarik, penuh aksi..
Sinopsis
Drama mengisahkan hero, Liang Mu Ze (LMZ), kapten Special Forces (Team Thunder), yang bersikap dingin dengan perempuan apabila ketua dia, Kapten Liu Long mati ditembak semasa menyelamatkan dia dalam satu operasi tentera 8 tahun yang lalu. Sejak peristiwa tu, dia hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya dan berlatih keras untuk jadi askar professional. Dia juga sentiasa mengambil berat kebajikan isteri dan anak Kapten Liu Long.
Semasa menyelamat tahanan, XC telah menyebabkan Leftenan Tian Yong cedera parah. LMZ sangat marah dan mereka bertengkar. Apabila balik ke China, ibu mereka berpakat untuk menjodohkan mereka berdua. Ibu LMZ suruh XC sewa bilik di apartment LMZ sebab LMZ selalu tiada dirumah sebab tinggal di base askar.
XC tak tahu yang itu ialah apartment LMZ. Bermulalah episod 'push & pull' diantara mereka berdua. LMZ jadi lembut hati bila XC setuju rawat anak Kapten Liu Long, Xiao Jun di rumah sebab Xiao Jun tak mahu pergi hospital. Jenis yang keras kepala, lepas tu jealous kat XC sebab kawan dengan LMZ. LMZ anggap Xia Jun sebagai anak dia tapi Xiao Jun nak LMZ kahwin dengan mak dia.
LMZ juga terpaksa minta XC jadi 'fake girlfriend' dia sebab tak nak mak dia hantar gambar2 perempuan kat base askar dan arrange blind date. LMZ juga minta tolong XC jaga sepupu perempuan dia, Shao Xue yang ada penyakit ADHD (Attention Deficit/Hyperactive Disorder). Shao Xue sangatlah annoying wataknya..tapi ada cerita sedih disebaliknya..
Zhuo Ran (ZR), bekas kekasih XC muncul kembali dan mengejar XC. ZR sebenarnya penjahat yang bekerja dengan Old Master, ketua kartel dadah T4. Sejak umur 18 tahun, Zhuo Ran terpaksa ikut telunjuk Old Master sebab Old Master ugut dan tahan ibu dia yang ada penyakit jantung.
Zhuo Ran juga sedang menyiasat tentang kematian bapa dan saudara kembar dia. Old Master cakap tentera China yang tembak bapa dan kembar dia. Dia berdendam dengan LMZ sebab dia nampak gambar LMZ dalam suratkhabar dalam operasi tentera tu.
Misi kali ni Old Master suruh ZR dekati XC untuk dapatkan research paper bapa XC, seorang pensyarah dan penyelidik di sebuah universiti. Apabila tak dapat dekati XC, ZR pura-pura jatuh cinta dengan kawan baik XC iaitu Mi Gu, seorang wartawan. Mi Gu ni head over heal, jatuh cinta pandang pertama dengan ZR, sanggup buat apa saja arahan ZR...hishh..geramnya..
Menarik juga kisah percintaan ketua Jabatan Cardiologi, Dr Zhang dengan Meng Zhen (balu Kapten Liu Long/ibu tunggal), biasalah kan, ibubapa tak setuju bila anak bujang nak kahwin dengan ibu tunggal. Kisah sedih percintaan Leftenan Tian Yong dengan Shuo Xue.
Drama penuh aksi militari dan polis, dengan peralatan militari yang canggih dan juga hospital scenes. Enjoy millitary mission oleh tentera China..
Alamak jambunya hero dia haha
ReplyDeletekategori handsome jugalah..mmg sesuai dgn watak askar..
Deleterasanya macam pernah tengok hero dia berlakon tapi tak ingat drama apa. nampak menarik juga jalan cerita :)
ReplyDeletesuka drama ni..secukup rasa..hero tu berlakon drama Designer Love dgn Dilraba..
DeleteTengah tengokkkk!
ReplyDeleteTerpengaruhhh baca review sebab cakap ala ala dots hehehe :D
selamat menonton...menarik lg plot drama ni..hehe..
DeleteBaca sinopsis padat ceritanya.
ReplyDeletemenarik plot ceritanya...banyak military acion..
DeleteSelamat menonton dan moga bermanfaat.
ReplyDeletedah habis 40 episod..
Deletemenarik ulasan nohas cerita yg banyak kait mengait
ReplyDeletebest kak drama ni..suka drama genre mcm ni..
Deletesesekali layan nih ..bes juga....
ReplyDeletekdg2 tak sempat nk hbs.. WFH nih.. PKP/24/7/.. tak tentu masa....huhuhuh
best layan drama ni..
Deletebila WFH ni mmg tak tentu masa kerja..kekdg malam2 pun kena kerja jg..hehe..
Descendant of the Sun pun saya tak sempat tengok lagi kak. Hihi... Siapa layan Descendant of the Sun mesti layan gak drama ni.
ReplyDeleteDescendant of the Sun tu kalau tgk sekrg rasa sedih je sbb hero-heroin dah bercerai...huhu..masa tengok dulu, sweet je depa berdua..
Deleteha'ah sapa yg layan DOTS, kena tengok drama ni..hehe..genre sama..
Okay lepas ni tahu dah nak tengok citer apa ngeh! ngeh! ngeh! sekarang sedang layan Born Again di Iqiyi. Rajin gak my dear guardian ni lalu lalang kat screen tapi tak klik lagi.
ReplyDeletebest drama ni..recommended..
Deletebanyaknyaaa drama kena tgk nih ^_^
ReplyDeletetengok slow2..hehe..
DeleteBanyaknya episod huhu.. rajin akak tgk semua ya. Drama military kadang2 best jugak layan
ReplyDeleteplot cerita best tu yg habis layan semua episod..hehe..suka tengok peralatan askar..
DeleteRajin nohas melayan drama china. :)
ReplyDeletecerita best layan sampai habis..hehe..
DeleteSha ada tertengok first episod dekat iQiyi tapi tak sanggup nak teruskan.. hahaha.. Panjang sangat episodnya..
ReplyDelete40ep..tapi plot cerita best, tu yg bertahan jg tengok..hehe..
Delete.tentu best.ni, ulasan teliti..dan dah layan berepisod2..
ReplyDeletebest sbb genre military-medical...byk general knowledge..
Delete