Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.
Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu.
(sumber: wikipedia Bahasa Melayu)
Menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
- Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
- Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
- Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
- Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut
.sumber: Kelantankini
Tapi budu mengandungi urid asid tinggi, tak sesuai untuk mereka yang sakit gout, kencing manis, darah tinggi.
saya tak boleh budu banyak2 sangat, pening hehe
ReplyDeletebudu ni mkn sikit2, buat penyicah, mmg boleh bertambah-tambah nasi..hehe..
DeleteBila dah tua ni abe kie x kerap mkn budu atas faktor kesihatan....
ReplyDeleteoo...kesihatan lebih utama, langkah terbaik..
DeleteBanyak khasiatnya budu, kita tak tahu, selain menambah rasa pembuka selera jugak budu ni..
ReplyDeletebetul, byk khasiatnya...
DeleteTeringat makan budu kat depan KL International...
ReplyDeletegerai kelantan mesti ada budu..hehe..
DeleteSuka budu tapi jarang dapat makan.
ReplyDeleteApapun kena bersederhana makan.
ya, betul..jgn makan berlebihan..
Deletesesekali beli budu..
baru tahu bagusnya budu byk khasiat
ReplyDeletealamak tp cik nur tak reti mkn budu
byk khasiatnya..dulu makan budu dlm nasi kerabu je..hihi..
DeleteSelain diletak dlm nasi kerabu...budu jugak sedap dimasak tumis..org kelantan panggil tumis budu..
ReplyDeletetak pernah lg masak budu, selalu buat pencicah saja..makan dgn ikan bakar, pergghh..
DeleteSemalam baru perkena budu ni🤣Penangan dia lain macam betol!! Sampai bertambah nasi😁
ReplyDeletehehe..betul, mmg penambah selera, nasi pun bertambah..
DeleteOhh ketereh tu gajus rupanya. Tak pandai makan budu kecuali dah letak dalam nasi kerabu. hihi
ReplyDeletedulu2 makan dlm nasi kerabu je, jarang beli sebotol mcm ni..sekrg buat pencicah..
DeleteSesekali jew makan budu.
ReplyDeletebetul, makan sekali-sekala, penambah selera..
DeleteKETEREH PUN ADA KAT KELANTAN ..SEDAP BUDU KETEREH NI SBG PERENCAH MASAKAN
ReplyDeletebetul, ada nama tempat nama Ketereh..selalu buat pencicah, makan dgn ikan goreng/bakar..
Deleteoh pahang ada mukim budu..baru tau...budu kalo umh ore klate wajib la ada..budu cap ketereh mmg sedap
ReplyDeleteakk pun baru tau bila baca wikipedia bahasa melayu tu...jarang jumpa budu brand lain kt KL ni..
DeleteBudu cap tereh memang famous, tapi saya tak makan hehehe. Pernah cuit cuit sikit, tapi rasa dia tak kena dengan tekak
ReplyDeletedulu makan bila beli nasi kerabu, ekrg bolehlah utk cicah..hehe..raaa dia pekat..
Deletesaya pertama kali mkn budu dgn nasi kerabu..hahaa
ReplyDeleteSuami pun ada jual budu cap ketereh ni..nohas :)
samalah kita..rasa sedap je mkn dgn nasi kerabu bila ada budu..mmg gu dia..
Delete