Dulu semasa pemerintahan kerajaan yg dulu (baca: PH), ada cadangan nak tukar nama Bangsar South kepada nama asal tempat ini iaitu Kampung Kerinchi.
Sekarang ni dah tak dengar pula..jadi ke idok? entahlah...
Tapi sesuai ke tempat ni dipanggil Kampung Kerinchi lagi..landskap sudah berubah..
Pembangunan di Bangsar South
semuanya menjulang ke langit
Lenyap nama sebuah kampung ditelan arus pembangunan. Sama seperti rakannya di seberang jalan, Kampung Abhdullah Hukum, dah jadi KL Eco City...sama bentuk pembangunan..komersil..semuanya highrise..
Tiada lagi nama dua kampung ini dalam peta Kuala Lumpur. Cuma diabadikan sebagai nama stesen LRT Kelana Jaya line.
Stesen Kerinchi dan stesen Abdullah Hukum..dan juga nama jalan - Jalan Kerinchi..
Bila guna nama mat salleh, terasa urban sikit dan harga pun mencanak naik..ribu raban sekaki persegi..itu biasalah, dah tukar ke perdagangan..lokasi pun ok..KL fringe..
Yang terpinggir, terus terpinggir...hanya mampu tengok...huhu..
uncle masih panggil kampung kerinchi... hehehe
ReplyDeletenostalgia..kampung dah jd bangunan2 pejabat..
DeleteSedih pula tengok perkembangan Kampung Kerinchi.
ReplyDeleteditelan arus pembangunan..
DeleteBangsar South x prnh dgr, Kampung Kerinchi ya. Tukaq p nama mat salleh, yg nama kampungan jg diingat
ReplyDeleteyg dah lama duduk di KL, masih ingat Kampung Kerinchi...Bangsar South nama baru utk projek komersil di sini..
DeleteTeringat abg despatch ofis lama.. Bos suruh pegi "Salak South".. Dia call office selepas 2 jam..dan kata
ReplyDeleteCik, kenapa sy tak jumpa salak South.. Sy jumpa salak selatan je. Kesian abg tu
hehe..kesian dia, 2jam lama jg..selalu panggil Salak South jg..
DeleteArwah atuk saya dulu penduduk rumah setinggan di situ. Sekarang tinggal kenangan. Saya masih panggil Kampung Kerinchi, tapi hanya dengan orang dah lama duduk Kl. kalau baru sampai memang blur
ReplyDeletebetul, org baru tak kenal Kpg Kerinchi..akk pernah pergi kwsn rumah setinggan Kpg Kerinchi, pergi kenduri kahwin kawan pejabat...dia dulu berjiran dgn keluarga seorang pelakon terkenal..sekrg pelakon tu dah jadi producer & businessman yg brjaya..
Deleteoh..saya tau pelakon tu. classmate makcik saya. hehe. memang kebanggaan orang setinggan Kampung Kerinchi
Deleteoo..jd jutawan dia sekrg..Alhamdulillah..
Deletekg moden
ReplyDeletesayanggg diyelan arus pembangunan hilangg nama kampung
sikit2 terus berubahh
berubah secara total..dah jadi komersil area..takde langsung ciri2 kpg..
DeleteSayangnya..lenyap nama sebuah perkampungan dek pembangunan..
ReplyDeletedua kpg dah tiada kt kwsn ni...harga yg perlu dibayar kerana lokasi dkt bandaraya..
DeleteCantik gambar-gmambar, nama kampung tukar village pun ok, masih glam kan, atau Heights kan, tula market tumpang original Bangsar terkenal di mata luar, belakangkan asal usul tempat.
ReplyDeletespill over effect dari pembangunan di Bangsar..nama main peranan utk marketing..
DeleteNaik lrt selalu dengar nama Abdullah Hukum dan Kg Kerinchi disebut. Mungkin tak lama lagi nama ni dah tak dapat didengar lagi even dalam lrt..
ReplyDeleteharap2 kekal selamanya..
Deletecuba d komersialkan la tu..
ReplyDeletenama main peranan...Kpg Kerinchi dgn Bangsar South..berbeza persepsi pembeli utk dua2 nama ni..
Deletesedihkan pembangunan mengorbankan kenangan silam
ReplyDeletetak dapat nak menahan arus pembangunan...sesuatu terpaksa dikorbankan..
DeleteSayang rasanya bila nama kampung tu digantikan dengan nama urban.. harga usah cakaplah.. memang mampu pandang je..
ReplyDeleteharga sebuah pembangunan komersial, terpaksa lenyapkan nama kpg yg dah lama bertapak di situ..
DeleteDulu selalu datang ke pasar malam Kampung Kerinchi. Ada lagikah flat Kampung Kerinchi di situ.
ReplyDeleteflat dbkl & flat pkns ada lg..
DeleteConfused jadinya. Kalau orang lama mesti tercari cari nama lama kan. Dah naik pembangunan pesat nama kampung pun berubah sudah.
ReplyDeleteyg tinggal Jalan Kerinchi, stesen Kerinchi..nama kpg dah tak selari dgn pembangunan mencakar langit..
Delete