Monday, 22 November 2021

Jambu Susu

Assalamualaikum...salam petang Isnin..

Busy like a bee, Alhamdulillah, rezeki. Tapi itulah kan, nak ambik cuti, tapi rasa stress bila banyak kerja. Semuanya dateline bulan 12, sebelum hujung tahun..

OKlah, nak cerita, terjumpa jambu susu di pasar UTC Sentul..lamanya tak nampak jambu ni..dah tak ingat bila kali terakhir makan jambu ni..

Rasanya minggu lepas, blogger Cik Nur tunjuk gambar jambu susu beli kat pasar tani..

buah namnam (katak puru) dan jambu susu 
harga jambu susu - RM8.00/kg, namnam - RM10/kg
 
Alhamdulillah, rezeki. Teman pun belilah 2 biji. 
Balik rumah, cicah sambal kicap..
 
rasa masam-masam kelat
 
Alhamdulillah, kembali memori rasa jambu susu..

37 comments:

  1. Tak pernah rasa.. ini ke yg sesetengah org panggil jambu bol??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambu bol lain, mcm jambu air tapi saiz besar..lama x nmpk jambu ni..

      Delete
  2. SA pun ada memori jambu susu ni...ya allah sedapnya...mana la nak cari kat Seremban nun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jarang org jual jambu ni..rezeki jumpa..

      Delete
  3. Tak pernah rasa jambu susu, sekali tengok macam lobak putih.. Masam kelat dengan dengan sambal kicap,sedap..

    ReplyDelete
  4. Rasa tidak pernah makan jambu susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang ada di pasaran..dh lama x jumpa..

      Delete
  5. kecur je tgk cecah sambal kicap 😅

    ReplyDelete
  6. SEDAP BUAT COLEK JAMBU SUSU NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak..dah lama sungguh x mkn jambu ni..

      Delete
  7. ehhh tak tauuu..alamak why kita tak tahu ni heheh

    ReplyDelete
  8. boleh makan camtu terus jer ke kak? ingat kena masak macam labu air ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah..terus mkn je sbb species buah2an..

      Delete
  9. Rare jambu ni, cheq tak pernah jumpa pun 😯

    ReplyDelete
  10. Terbau aroma jambu susu. Kecik - kecik dulu selalu kutip jambu susu di rumah nenek. Balik kampung hari tu sempat jamah buah namnam @ katak Puru. Tapi deria rasa dah tak boleh terima spt zaman purbakala...Heheee tak tahan masam.... Gusi dah tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah namnam tak pernah rasa lg..oo..masam jg ya..

      Delete
  11. Replies
    1. oo..ya ke..jambu ni jarang nampak org jual..

      Delete
  12. Susah carik ni... tapi mesti kena ada pencicah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama x jumpa...betul, kena ada pencicah, baru laju je makan..

      Delete
  13. Sedapnya dapat makan buah jambu susu. Saya suka jenis warna merah tu. Jambu bol ke namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..yg kaler merah tu org panggil jambu bol..yg tu pun dah lama x makan..

      Delete
  14. Lamanya tak jumpa buah jambu ni. Jambu susu namanya ya…hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..dipanggil jambu susu...sekrg ni dah jarang nampak jambu ni..

      Delete
  15. Sha ada dapat baru ini.. Kenalan bagi.. Tapi tak boleh telan sebab kelat masam rasa dia.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, rasa kelat2 & masam..tapi bila cicah sambal kicap, sedap rasanya..

      Delete
  16. Tak pernah rasa Dua-dua buah ni

    ReplyDelete
  17. nak tau tak.. mama x reti makan jambu ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cicah sambal kicap..sedapp..tapi rasa dia kelat2 sikit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!