Salam mesra..
Haritu ada site inspection di Gleneagles Hospital Ampang. Sementara tunggu person incharge, belek-belek majalah Business Today yang ada di coffee table di lounge..wahh, ada artikel menarik tentang masakan khas Sarawak.
Tetiba dapat message dari Mysejahtera, status dah bertukar ke 'Casual Contact No Symptom'...ngeh, ngeh...haha.. redho jelah..
the article
Jom tengok masakan khas Sarawak yang tersenarai dalam artikel ni - yang unik dan yang harus dicoba (bagi yang halal)..
1. Nasi Aruk
Nasi goreng yang digoreng tanpa minyak (diaruk). Nasi disangrai dalam dry-wok dengan bawang dan ikan bilis hingga terbit bau 'smokey'.
2. Nasi Goreng Dabai
Nasi goreng yang menggunakan buah dabai sebagai bahan utama. Buah dabai hanya boleh didapai di negeri Sarawak.
3. Bunga durian
Masakan sayur bunga durian menjadi kegemaran orang Sarawak, selalunya dimasak kari atau goreng belacan.
kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/
Boleh intai di sini untuk resepi sayur bunga durian.
4. Sup Terung Dayak
Terung Dayak juga dikenali dengan nama Terung Asam. Rasa asamnya sangat sesuai dimakan bersama makanan laut bagi menghilangkan aroma 'fishy'.
5. Bihun belacan
Bihun belacan mungkin bukan kegemaran anda disebabkan kuah belacan yang pekat.
6. Mee Tomato Rangup (Crispy)
Mi kolok digoreng 'deep-fry' kemudian disiram dengan kuah tomato yang pekat.
7. Umai
Umai ialah makanan yang diperkenalkan oleh nelayan kaum Melanau sebagai makanan yang mudah disediakan semasa aktiviti menangkap ikan.
Bahan utama ialah isi ikan mentah, udang atau sotong dan diperah air limau, dicampur dengan cili, bawang, bawang putih dan garam. Sedap dimakan bersama nasi panas.
8. Ayam Pansuh
Ayam pansuh ialah makanan kaum Dayak yang popular. Ayam diperap dengan serai, tepus (halia liar) dan daun ubi kayu, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar, sama seperti lemang.
9. Tebaloi
Cenderahati yang femes dari Sarawak. Snek khas dari kaum Melanau, diperbuat daripada sagu, kelapa parut dan gula.
10. Kacang Ma (Motherwoot Chicken)
Kacang Ma ialah makanan Cina Hakka yang pada mulanya untuk ibu berpantang.
Bahan utama ialah ayam dan herba Motherwort (juga dikenali Ka Chian Ma), minyak bijan, halia dan arak beras atau chinese cooking wain. Makanan ni punyai rasa arak yang kuat. Sekarang dinikmati oleh lelaki dan juga wanita.
-------------------------------
Diantara makanan diatas, yang mana pernah dimakan? Saya cuma dua je - nasi aruk dan tebaloi. Nasi aruk dimakan dengan ikan terubuk masin...walawei, sedap giler..
Sekarang ni takyah ke Sarawak pun boleh nikmati masakan dari Sarawak tapi tak sama kan, tak berapa authentic, suasana dan angin berbeza...haha..
Ada beberapa makanan yang saya tahu kerana akal ipar saya orang Sarawak. :)
ReplyDeleteoo..mesti sudah dicuba masakannya..
DeleteUnik dan menarik masakan Sarawak.
ReplyDeleteBuah dabai tu selain di Sarawak, ada juga pokoknya di Sabah. Saya sempat beli 1 kg di Ranau dua minggu lepas.
maknanya ada dijual di seluruh Borneo..belum pernah makan buah dabai..
DeleteAyam pansuh tu pernah makan kat Sarawak. Buah dabai sampai sekarang tak dapat nak rasa.
ReplyDeletedua2 belum pernah rasa..huhu..
DeletePernah makan tebaloi dan ayam pansuh. Istimewa ayam pansuh tu sebab dapat makan semasa ke rumah adik di Sarawak, kawan2nya orang sana datang masak untuk kami merasa.
ReplyDeletewahh..bestnya, authentic, dimasak oleh org Sarawak sendiri..
DeleteSuami saya pun dah beberapa hari dapat notification Casual Contact No Symptom tu. Redho je lah sebab ke sana kemari ada urusan.
ReplyDeleteDalam banyak banyak menu yang pernah dengar ayam pansuh tu je lah. Unik cara masakan dia dalam buluh.
itulah..tak dapat nak elak, terkena tempat panas..
Deleteteringin nak makan ayam pansuh, selalu mkn lemang je..
Bihun belacan itu sekali pindang macam asam laksa pula.
ReplyDeleteSemua disenaraikan belum pernah cuba. Mi kolok pernah makan tapi tiada pula dalam senarai.
kuih kaler coklat mcm asam laksa...ha'ah mi kolok & laksa sarawak takde dlm senarai..tak brp unik kot..
Deletemakanan unik n lazat semua tu
ReplyDeletebaru cuba 2 saja..
Deletecasual contact still boleh ke sana kesini..cuma kena hari2 update my sejahtera status kesihatan kita...
ReplyDeleteJaga diri kak. Kat ofis teman dah 2 orang positif..jangkit dari isteri(ofis isteri depa ramai yg positif).
10 hari kena update...kt ofis, tahun lepas 5 org positive, tahun ni baru sorang...kdg2 tak tau jangkit dari mana..kena jaga SOP..
Deletesedap juga makan laksa sarawak. yg lain pun sedap belaka!
ReplyDeletelaksa sarawak mmg sedap..kegemaran ramai..
DeleteSedih betul, satu pun tak pernah rasa lagi!
ReplyDeletemasih boleh cuba, dah ada di semenanjung..
Deletetak pernah lagi ke sarawak. makanan sarawak pun belum try..hehe
ReplyDeleteboleh cuba di sini, restoran Dapur Sarawak yg paling dekat..
DeleteBanyak juga yang uncle tak tau rupanya....
ReplyDeletebanyak masakan negeri2 lain yg kita tak tahu..especially Malaysia Timur..
Deletetebaloi tu sedap!! kadang tu teringin sangat nak makan mee kolok.. sedapnyaaa
ReplyDeleteya, betul..sedap, tak boleh nak stop...mee kolok pun sedap..
Deletesemua pun tak pernah makan kak. nampak la memang betul unik. hehe. teringin nak try Tebaloi dan Mi kolok crispy tu
ReplyDeleteada yg boleh dicari di semenanjung..tebaloi tu sedap..
Deletemacam2 ek. i takat laksa dia pernah lah. sekali dua. tu pun 12 years ago kot. lama sungguh. nnt nak tgk kat youtube. mana tau boleh mencuba masak kot.
ReplyDeletelaksa sarawak femes jg kt sini...lama tu 12 thn yg lepas...ada jual perencah laksa sarawak..boleh dicuba masak..
DeleteTudiaaa.. memang unik. Cheq tak pernah merasa satu pun lagi. Teringin nak cuba umai dan ayam pansuh tu 🤩🤤
ReplyDeletetakpe, boleh cari kt semenanjung, ada resto masakan Sarawak..
Deletesalam kenal. saya orang sarawak pun tak khatam lagi semua makanan tu hehehe. Tapi faveret saya nasi aruk, nasi goreng dabai, umai dgn sup terung dayak. kalau terung dayak tu, kami suka campur sardin smiling fish (ada kat Sarawak je) pastu bagi kuah banyak. Sedapnya...
ReplyDeletesalam kembali...banyak masakan unik Sarawak..tetiba teringin nak rasa sup terung dayak..kena gi sana nampaknya..
Deletemama tak penah makan semua tu la
ReplyDeleteada yg dijual di semenanjung..boleh dicuba..
DeleteSha tak pernah mencuba lagi makanan-makanan dari Sarawak.. nampak menarik..
ReplyDeleteada restoran jual makanan Sarawak di sini tapi limited menunya..boleh dicuba..
Delete