Filem Bollywood streaming di netflix..Kay Po Che!..
Bila tengok tajuk filem ni, tertarik nak nonton. Ingatkan filem Bollywood, tajuk bahasa cina..haha. Tajuk lebihkurang sama dengan perkataan bahasa Kantonis 'Kay-Poh-Chee' yang bermaksud 'busybody'..tukang menyibuk, tukang kepoh...rupanya bukan, hihi...
Kai Po Che in English simply means ‘I have cut’. The phrase ‘Kai Po Che’, a Gujarati word, is commonly used while flying kites. It’s a victory shot, implying that he has just cut the string of the other kite and he is the winner- source: indicine
oo..sorakan kemenangan..lebih kurang maksudnya 'aku dah pangkah kau'..bila tali layang-layang menyimpul tali layang-layang kawan/pesaing..ada pulak main layang² style mcm ni..
Sinopsis (spoiler alert)
Lokasi movie di Ahmedabad, Gujerat, India. Kisah tiga sahabat - Govind, Omi dan Ishaan yang bercita-cita untuk buka akademi kriket dan kedai peralatan sukan.
Ishaan dan Omi peminat tegar sukan kriket. Ishaan bekas pemain kriket, takde kerja, asyik kena bambu je dengan bapa dia. Omi tolong business family, Govind je yang nampak educated dan business-minded..jadi cikgu tuition..
Di kawasan mereka, ramai budak-budak bermain guli dan juga main kriket. Ishaan terperasan ada seorang budak ni terer main kriket. Budak tu namanya Ali Hashimi, seorang yang beragama Islam.
Ali ni giler main guli, puas Ishaan pujuk dia supaya fokus main kriket. Ishaan ajak Omi dan Govind buka pusat latihan kriket..berkobar-kobar Ishaan..tapi mereka semua takde modal..Omi cadang pinjam duit dari bapa saudara dia, Bittu. Bittu ialah seorang ahli politik dan ketua parti.
Bila akademi kriket nampak maju sikit, mereka bertiga bercadang nak buka kedai sukan pula di sebuah kompleks perniagaan yang sedang dibina. Nak posisi kedai yang best, lot tepi, mestilah mahal harganya. Terpaksa pinjam lagi dengan Bittu. Bittu pula letak syarat Omi kena kerja dengan dia, jadi ketua penerangan parti Bittu..Omi tak minat politik tapi terpaksa juga ikut Bittu berkempen..
Ada beberapa kejadian dalam movie ni berdasarkan kejadian sebenar di Gujerat seperti gempa bumi tahun 2001, kebakaran keretapi Godhra tahun 2002 dan rusuhan kaum pada tahun 2002. Kisah movie ni dari tahun 2001 hingga 2012. Flashback dari tahun 2001.
Gempa bumi berlaku meranapkan impian mereka memiliki kedai sukan bila bangunan kompleks runtuh. Gempa bumi juga membuat hubungan Ishaan dan Omi menjadi tegang bila parti Bittu tak mau tolong orang Islam. Bapa Ali dan Bittu bermusuhan. Ishaan mengamuk di kawasan penempatan mangsa gempa bumi kelolaan parti Bittu. Hubungan Ishaan dan Omi menjadi tegang.
Kemudian, ada pilihanraya untuk melantik datuk bandar kot..tak ingat...parti Bittu bertanding melawan parti orang Islam. Parti orang Islam menang..Bittu terus bitter..menelan kekalahan..
Kemudian kejadian keretapi terbakar yang mengakibatkan mak bapak dan beberapa ahli keluarga Omi terbunuh. Bittu tuduh orang Islam yang menjadi dalang kejadian tersebut. Bittu dan pengikutnya pergi menyerang kawasan perumahan Ali dan membuat rusuhan disana.
Ishaan dapat selamatkan Ali tapi dia terbunuh. Omi kena tangkap dan dipenjara. Di awal movie ditunjukkan Govind jemput Omi yang keluar dari penjara. Diakhir movie, ditunjukkan Ali menjadi pemain kriket negara India.
Menahan hati je tengok drama ni, tengok treatment orang Islam di sana. Alhamdulillah di negara kita, walaupun berlainan bangsa dan agama, kerukunan tu tetap terjalin..
ingatkan filem komedi. menarik juga jalan cerita dia, penuh dgn konflik..
ReplyDeletemcm2 konflik..geram je..
DeleteKalau tak tengok poster mesti ingat cerita cina macam akak cakap. Kenal Rajkummar Rao je sebab pernah tengok white tiger movie. Jalan cerita dia best jugak ni.
ReplyDeleteitulah kan..perkataan mcm bahasa cina...semua pelakon tak kenal..huhu..
DeleteKalau cerita bersahabat, bertiga memang sinonim kan?
ReplyDeletehehe..ha'ah..selalunya bertiga..
Deleterasanya macam tak pernah tonton lagi di TV sebab kalau filem ada rusuhan kaum macam 'Fiza', tak lepas tayangan di Malaysia. Nanti bolehla saya tonton di Netflix. Minat Rajkumar Rao dan mendiang Sushant Singh.
ReplyDeletekat TV genre mcm ni mmg tak lepas..rusuhan2 kaum...ooo..kenal yer pelakon2 tu..
DeleteTajuknya macam filem Cina betul. Belum pernah tonton filem ini.
ReplyDeleteitulah..pelik jg, tengok tajuk mcm tu..hihi..
DeleteSedihnya baca sinopsis movie ni.
ReplyDeletesedih & geram..
Deleteulasan menarik minat menontonnya
ReplyDeleteok, plot ceritanya..sports movie, cerita kehidupan..
DeleteRupa serupa tetapi berlainan agama = bermusuhan.
ReplyDeleteRupa lain agama lain = boleh jer hidup aman damai
Rupa lain agama sama = pun boleh jer hidup aman damai
Rupa sama agama sama = pun boleh hidup aman damai. Gaduh sikit2 tu biasa laa....
bila jadi golongan minoriti & ada sejarah silam yg pahit...sentiasa je bermusuhan..
Deleteisu2 agama & politik ni sentiasa 'panas'..sensitif..
Bestt , memang layan kalu cerita kisah2 camni
ReplyDeletecerita ni bagi motivation & life lessons..
DeleteSedihlah cerita ni
ReplyDeletesedih & geram..
Delete