Assalamualaikum semua...selamat berhujung minggu..
1'm back!! hehe...baru nak update blog..nak cerita kisah percutian 3 hari 2 malam di Kampung Janda Baik, Pahang...#dekatjer
Kami bertolak hari Sabtu pagi, dari MRR II menuju ke tol Gombak, jalan dah jem padat, gerak sikit-sikit, di Karak Highway, kenderaan banyak sampailah ke Genting Sempah..ramai no nak naik Genting..
Alhamdulillah, dah sampai..nearly pukul 1.00 tengahari..
bekalan untuk 3 hari
Tempat yang dibooking ialah Kantan Cottage, lokasinya di hujung kampung, dah nak sampai ke Gunung Nuang..cottage ni yg last, dekat hulu Sungai Benus..
Kami book rumah ni, ada dua bilik, dapur outdoor dan laman yang luas..harga RM650 semalam..ok, jom tengok biliknya..
bilik pertama, ada dua katil queen, ada air-cond
dan kipas siling, ada seterika & iron board
ada kipas siling saja
Jom tengok luar pula.
kiranya lengkap juga
Kalau nak tidur dalam bas pun boleh, yang ni sewanya RM250 semalam
toilet outdoor
Sebab takde resort lain, kiranya private area lah sungai ni, tapi ada je orang luar datang mandi-manda di sini, tapi takdelah crowded, jauh dari hiruk-pikuk orang ramai
suasana kehijauan
Dari rumah dah sediakan rendang ayam, nasi putih, sayur bayam, buah-buahan dan kuah laksa, makan dengan laksa kuala..mak & kakak balik ke KL on 30 Jun, depa beli siap2 di kampung..
Pukul 4.00 petang, adik bongsu sekeluarga sampai
Dia satu famiii nak berkhemah di laman rumah
khemah dah siap dipasang
Lepas Asar, ke sungai kita, yeayyy...lama benor tak mandi sungai..
takde orang lain yang mandi, kita pun mandi sepuas-puasnya
kuak lentang, meniarap, berendam...huh puas hati..hehe..
Bersiap untuk BBQ
Alhamdulillah, tamat sudah hari Sabtu, 4 Jun 2022..semua 5 yang perempuan dah ada, tinggal adik lelaki je yang belum sampai, dia datang esok, hari Ahad..
OK gais, sambung next entry ya..
Lengkap semua kemudahan ye. Dan menarik juga tidur dalam bas tu
ReplyDeletebolehlah..lengkap jg kalau nak merehatkan minda...sempit dalam bas tu...hehe..
DeleteSeronoknya gathering!
ReplyDeleteAlhamdulillah, first time gathering ramai2 semua ada..
DeleteAda dua benda yang menarik perhatian saya, iaitu tidur dalam bas dan "peti ais yang kurus tinggi." Hehehee
ReplyDeletehehe...first time tengok peti ais kurus mcm tu...nampak sempit je ruangan bas..
Deletetempat ni tak terjejas banjir ke kak?
ReplyDeletetak kena banjir haritu..sebenarnya booking Inai Cottage yg tepi main road, tapi terjejas banjir, owner bagi kantan cottage ni...owner ada banyak resort kat sini..
Deleteboleh pacak kemah rupanya.. ni yang besttt
ReplyDeletekwsn luas...boleh pacak 2-3 khemah..
Deletemahal jugak ek 650 semalam.. kalau beramai2 ok la kan
ReplyDeleteha'ah..share ramai2 oklah..
DeleteSeronoknya tengok 😍
ReplyDeleteBest dapat tempat di bahagian hulu sungai, insya Allah masih bersih, tak tercemar.
betul, takde orang mandi-manda sebelumnya..
Deleteaman damai jer tempat ni
ReplyDeletetak ramai orang, yg 2 bas tu orang sewa 1 malam je..
DeleteJANDA BAIK TEMPAT PERCUTIAN YG CANTIK
ReplyDeletesungai dia yg best...suasana kpg pun menarik...
DeleteMenarik tempat ni untuk family gathering. Ada ke aktiviti macam ATV tu
ReplyDeletekt cottage ni takde...mungkin ada di tmpt lain..
DeleteOh! ok
DeleteWah, seronok ni. Dapat berkumpul satu keluarga. Siap berkhemah lagi. :)
ReplyDeletefirst family gathering lepas pkp...hihi..
Deletemenarik gak chalet ni. memang seronok ke Janda Baik ni asalkan cuaca elok. Rindu nak mandi sungai
ReplyDeletebetul, kalau cuaca baik, syok je mandi sungai..
Deletebest nya dapat together2 ngan family camni... part pasang khemah tu memang menarik hehehe.. teringin betul nak bawa bdk2 gi camping, belum berkesempatan lagi
ReplyDeleteoo..peralatan camping dah ada kan...hihii..kena gi ni, dekat2 pun ok..
DeleteBesar juga bilik tidurnya. Eh rasa situ nyamankan kalau tiada penyaman udara?
ReplyDeleteComel gila rupa bas itu.
ha'ah, besar biliknya...ada 2 tilam extra lg...nyaman jg, ada kipas siling..
Deletebermalam dlm bas tu rare... mst budak suka... tp mak budak ni pun dh mcm excited dh tgk ada service mcm tu
ReplyDeletetengok gambar2 mereka yg tidur dlm bas tu, mmg nampak best..excited je semuanya..
DeleteBest juga tempat dia.. Boleh mandi manda..
ReplyDeletebest area ni sbb tak ramai orang...kita2 je..
DeleteBestnya! Rasa nak selitkan diri bersama-sama di situ.
ReplyDeleteberada di kwsn kpg, penuh kehijauan mmg seronok..
Deleteaida ni sedang carik tempat camping di janda baik, nohas.
ReplyDeletememang cari tepi sungai :)
nice la tempat ni. aida da bookmark dah. sebab kakak aida x minat tido dlm khemah.
kami gi camping di gopeng, dia dok hotel kat pekan gopeng :) ha ha ha ah ha...
tq for sharing.
you're welcome...ok bolehlah consider cottage ni..kat Janda Baik byk pilihan, semua tak jauh dari sungai..
Delete