Friday, 28 October 2022

Sudut Membaca di Shopping Complex

Bila baca entry Abam Kie mengenai cadangan wujudkan perpustakaan di kawasan perumahan, teringat kat sudut membaca di Sunway Putra Mall ni..

Sudut membaca di tingkat 4, Sunway Putra Mall
 
Menarik juga ada sudut ni, jom tengok buku apa yang ada
 
taklah besar, tapi oklah juga, buku-buku lama
 
menarik buku ni, baca a few pages
 
buku mengenai akupunture Korea
 
boleh derma buku di sini

 
Bagus idea ni, ada aktiviti alternatif selain jalan-jalan, shopping-shopping, tapi daripada pengamatan, kebanyakan yang singgah di sini untuk tengok handphone, sembang-sembang, berkumpul ahli keluarga, dah jadi waiting area dan tempat lepak...mungkin dimasa lain, ada yang membaca (bersangka baik)..hehe..
 
Semoga usaha murni ni mendapat sambutan di kalangan pengunjung..

40 comments:

  1. Usaha yang bagus. Takpelah walau nampak takde sambutan baik. Sekurang-kurangnya dah berusaha mewujudkan suasana untuk masyarakat membaca. Tak kenal maka tak cinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus usaha shopping mall ni...semoga ada yg sudi membaca di sudut itu...

      Delete
  2. pernah gi ke hotel seri malaysia, kuala terengganu bln lps. mmg disediakan reading corner kat lobi. ada novel n buku2 non-fiction. cuma buku2 tu yg lama la sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus, boleh membaca sambil2 menunggu di lobi...

      Delete
  3. saya pun perasan ramai duduk sini untuk bermain handphone sahaja. kalau di hospital atau taman lebih bermanfaat ada ruangan sebegini. Di mall banyak tarikan lain macam karaoke,wayang dan tempat makan sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, di mall ni byk tarikan lain, nak duduk membaca tu susah sikit..

      Delete
  4. betul kak! people rather tgk phone dan menyembang. Rasanya kena letak signage "feel free to read' atau "silalah baca"

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bahan bacaan tak sesuai dgn jiwa...

      Delete
  5. tapi kan di shopping mall yg pengunjungnya ramai melayu payah nak tgk orang membaca...kalau shopping mall tu ramai bangsa cina, dalam kedai buku pun dorang bersila membaca. agak respect lah pada budaya membaca dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ada pernah nmpk budak2 cina bersila baca buku...kena pupuk budaya ni kat budak melayu..

      Delete
  6. Membaca jambatan ilmu. Saya pun ikut bersangka baik jugalah, di masa yang lain mungkin ada yang sudi membaca di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 masih ada lg yg suka membaca di sini..

      Delete
  7. Bagus ni sambil tunggu mak ayah anak2 shopping boleh duduk baca kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rehat2 sambil belek2 & baca buku..

      Delete
  8. Menarik sudut bacaan ni. Dekorasi pun cantik dan selesa duduk sambil membaca. Good idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bagus idea mcm ni..lg bagus kalau ramai yg manfaatkannya..

      Delete
  9. cantik sudut membaca
    Wahh bagus kan , didik supaya rajin membaca.
    Putra Mall rasa nya Baru dua kali jejak

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ramai yg manfaatkan buku2 yg ada di sini..

      Delete
  10. Depa belek smatpon sambil membaca blog KakNO di tempat reading corner tu 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...kalau baca buku2 yg ada di situ lg baguih..

      Delete
  11. Bagus la cam ni.... rasanya kat publika pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...ya ke, kena pi check, dah lama tak gi sana...

      Delete
  12. betul zmn skrg ni mmg org lebih belek phone drpd belek buku hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tarikan handphone/internet tu sgt kuat...

      Delete
  13. Elok kalau diperbanyak lagi sudut membaca begini.. sambil tunggu orang shopping boleh belek buku dengan anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak byk shopping complex yg buat...mungkin sbb kurang sambutan..

      Delete
  14. harap boleh memupuk masyarakat membaca.. idea yg bagus tp ambik masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, semoga ramai yg duduk membaca di sini..

      Delete
  15. Bagus kan inisiatif SPM ni...SA plak suka stay kat hotel diorang...connecting ngan mall..memang x kelaur jenjalan tempat lain la selain kat situ je..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada yg menyambut inisiatif ni....tak pernah stay hote sini, tapi selalu gi mall, best jg mall dia..

      Delete
  16. Bagusnya ada sudut membaca. Boleh derma buku lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inisiatif utk galak org ramai membaca...

      Delete
  17. Haah pondoknya nampak lebih kepada pondok rehat. Masih lagi tidak tengok perubahan Sunday Putra Mall. Rindu dahulu memang lepak sini masa belajar di universiti atau pergi pests buku di PWTC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg berehat-rehat di sini...mungkin ada yg baca buku jg...dah jauh beza sejak Sunway group takeover..

      Delete
  18. sunway putra mall ni bagus sbb ada autisme awareness gituuu., tapi jamni org dh x rajin baca buku., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bagus aktiviti di sini, melibatkan org awam...ha'ah, jarang org nak baca buku ditempat mcm ni..

      Delete
  19. Tak perasan bole derma eh buku2 kat situ... Bole la bawa buku2 lama esp novel2 lama ni derma kat situ

    ReplyDelete
  20. usaha yg wajar dipuji.. utk memupuk sifat suka membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, usaha murni yg sepatutnya disambut baik oleh para pengunjung...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!