Friday, 6 January 2023

Restoran MamaRai @ Kiara Bay

Salam Jumaat, kisah makan-makan lagi..

Awal tahun 2022, ada site inspection di Kiara Bay, tengok retail mall masih kosong. Akhir tahun 2022, sekali lagi ke sini, yeayy..dah ada a few outlets yang beroperasi..

Kiara Bay di tepi Tasik Metropolitan Kepong

Kiara Bay ialah kawasan perumahan baru di Kepong, di tepi Tasik Metropolitan, di tepi Middle Ring Road II.

 jalan masuk ke Kiara Bay dari MRR2
ditepi tempat letak kereta bertingkat DBKL

Belum lagi berpenghuni, pangsapuri servis Residensi AVA masih lagi dalam pembinaan. Yang ada di sini Starbuck outlet, sales gallery dan retail mall the Beat namanya. Village Grocer masih dalam pembinaan.

The Beat
 
Tak banyak kedai yang buka. Ada bakeri, 7-E, kedai aiskrim dan restoran. Ada restoran orang kita, namanya MamaRai. Jom masuk, lihat-lihat di dalam..
 
Menarik juga, ada untuk sarapan dan makan tengahari
 
Konsepnya layan diri, ambil dulang, ambil makanan dan bayar di kaunter
 
Makanan ada dalam kabinet
 
dihujungnya kaunter bayaran
 
minuman dan puding
 
saya ambil nasi lemak ayam, kuih lapis jagung dan milo panas
 
my brunch

sambal & kacang dalam plastik
ada gunting disediakan di kaunter
 
kuih lapis jagung - comel je
 
sedap semuanya
 
total damage
 
Kali kedua saya ke sini, makan mee bandung Muar.
 
sedap - harga RM10
 
 
jalan-jalan di the Beat...ada 7-E, bakeri Yin's Sourdough dan Inside Scope (kedai aiskrim). Ada juga restoran jual makanan jepun. 
 

Secara keseluruhannya, kawasan ni masih sunyi lagi, tak ramai pengunjung.  Mungkin akan meriah suatu hari nanti. 

24 comments:

  1. price wise ok lagi tu kak. kalau kat area sini....mau double. apasal ntah mahal sangat makanan kat sini..bukan sedap pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia reasonable jg..kat sana dekat Putrajaya kot, sbb tu mahal...hehe..

      Delete
  2. waduhh mee bandung muar tu mcm sedapp je., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap wak...depa guna perencah dari Muar..

      Delete
  3. Seronok kerja Nohas, dapat tau tempat-tempat baru.
    Baguslah konsep kedai makan tu, senang tak perlu menunggu lama untuk dihidang. Makanannya pun nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nature kerja mcm ni...ok konsep mcm ni, cuma kena beritahu gunting ada disediakan kat kaunter (bagi yg beli nasi lemak)..mcm saya, tak tahu mulanya..

      Delete
  4. Semoga Mamarai terus sukses! Nampak macam okey kafe nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..kedainya ok, cuma tak ramai pelanggan yg datang ke tempat ni...mungkin kena tingkatkan hebahan & marketing..

      Delete
  5. OK lah harga untuk tempat macam tu.

    ReplyDelete
  6. Mee bandung muar tu macam mee rebus je sebab ada telur rebus. Kalau ori dia pecahkan telur dalam kuah bila last-last masak, jadi macam separuh masak telurnya. Mungkin pakai paste mee bandung rasa mee bandung le. Cam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...dah lama x makan mee bandung ori...hehe...adik selalu beli paste mee bandung kalau balik Batu Pahat...sbb tu rasa kuah dia familiar...rasa udang kering yg dominan..

      Delete
  7. Meriah apabila bangunan residensi suap.
    Berpatutan harga makanan. Ingat harga kayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, semoga meriah, tahun ni siap...oklah kan harga mcm tu...

      Delete
  8. Nampak macam best jaa kalau dapat dok kat Kiara Bay ni, macam² port best ada 🤓✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...mcm resort style housing area...dekat dgn tasik..

      Delete
  9. Aduhai...sedap plak tgok mee bandung tu ha...

    ReplyDelete
  10. kalau sedap tp harga mahal pejam mata bayar. kalau tak sedap. memang ke sudah menyesal haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, berbaloi beli kalau sedap...kalau x sedap mmg x dtg lagi lah...hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!