Assalamualaikum..semoga sihat semuanya..
Sibuk sikit semenjak dua menjak ni, nanti kita blog walking ye..ziarah kawan-kawan..
Nak cerita kisah claim Wang Tak Dituntut (WTD)..ingatkan takde, rupanya ada. Ada 4 WTD, Alhamdulillah, tiga dah selesai pada bulan Julai 2022. Submit online di portal e-gumis, Kementerian Kewangan.
Satu lagi WTD yang masih belum selesai. Penat teman memikio, tak tahu nak buat macamana. Duit dari Reader's Digest, jumlahnya RM100, tertunggak sejak tahun 2011. Sapa suka baca Reader's Digest? bestkan Reader's Digest..
Disebabkan portal tu suruh upload Banker's cheque/bank draft/cashier's order yang ASAL, teman pun telefonlah Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut. Pegawai tu beritahu kena minta surat rasmi dari CIMB Bank, sebagai entiti pembayar, lepas tu kena pergi Pejabat Pendaftar WTD pula, kena tanya pegawai apa tindakan seterusnya.
Bila bank tanya ni duit apa, teman pun hentam je lah cakap duit menang peraduan. Sebenarnya tak tahu duit apa, seingat teman dulu ada masuk peraduan reader's digest..duit tu lah kot..
Dah dapat surat dari bank, teman pun pergi lah ke pejabat WTD di UTC Pudu.
Birokrasi itu melemahkan..tapi kalau WTD tu riban2 usaha keras juga la kak kan....
ReplyDeleteitulah..tak berbaloi dgn jumlah yg nak dituntut...apa salahnya bagi je terus, dah ada nama & IC no...huhu..
Deleterezeki
ReplyDeletealhamdulillah
Alhamdulillah...rezeki yg tak disangka...
Deletetksh perkongsiannya ada juga accaunt bank tutup tapi masih berbaki xtuntut pun
ReplyDeleteboleh try claim online Kak PI...
DeleteAduhai.... saya ada baki dalam bank tak dituntut. Kalau dikira dari zaman dulu sampai tahun 2019, tak silap ada 4.
ReplyDeleteboleh claim secara online Amie..
Deletebila tengok effort nak tuntut wang tu dgn nilai yg dituntut, rasa tak berbaloi je kan. saya pun suka baca readers' digest, tapi skrg baca versi elektronik je pinjam dari perpustakaan negara.
ReplyDeleteitulah..sbb duit peraduan, terlibat dgn LHDN...ha'ah, ada nmpk kt website reader's digest, sekrg ni semua dah tukar bentuk digital...
DeleteKalau banyak mesti tuntut tapi saya check dulu alahaiiii ciput je emm malas lah nak tuntut.
ReplyDeletebetul..kalau byk usahakan jg buat tuntutan...duit kita...hehe..
DeleteBanyak jugak RM100, tapi betullah…dengan lecehnya tu jadi tak berbaloi pulak.
ReplyDeletebetul..kalau company reader's digest tu wujud lg kat malaysia, InshaaAllah, bolehlah usaha telefon...tapi nak call singapore, idok le teman...tak berbaloi rasanya..
DeletePart nak isi borang...trun naik pejabat sekian sekian...tu yg jd malas...btul nak claim berapa je tp sok nnt tolak duti stem..ntah apa lg nak tolak..silap2 dpt berapa je klu berhasil claim tu hehe...
ReplyDeleteitulah kan...usaha tu rasa tak berbaloi, bila kena tolak itu ini, segala kos...dgn masa lg..biarlah..
DeleteSusah pula hendak dapat. Saya dahulu senang sahaja, pihak WTD yang buat. Saya cuma dapat duit masuk akaun.
ReplyDeleteLain sudah prosedur. Saya buat tahun 2017 atau 2018 tidak silap.
prosedur dia masih sama, 3 tuntutan yg lain saya buat online je, upload IC & no akaun bank, duit terus masuk akaun...tapi yg melibatkan banker's cheque/bank draf, kena upload yg original, tu yg jadi payah, kena contact syarikat yg bagi duit...lepas tu pula duit menang peraduan, lembaga hasil pun terlibat, kena isi bon gantirugi pula...huhu..
Delete