Hari ni dah masuk hari raya ketiga..mula mencari menu yang lain dari menu hari raya..rendang masih ada dalam peti es..tak lalu dah nak mamam..
Turun ke pekan kuale..jalan² ditepi sungai, di esplanade..
Ditepian Sungai Perak
Banyak gerai beroperasi, peniaga dah mula berniaga..
Gerai jual laksa, bakso, cendol, ABC
Singgah makan bakso di gerai ni. Order cendol juga
pelbagai jenis bakso ada
dah habis makan bakso, jalan² ke gerai nasi campur pula, nak beli lauk untuk omma. Omma tak suka bakso, omma lebih suka makan nasi putih panas kat rumah...nak makan rendang ayam..
ada 3 gerai, semua penuh, ada yang lauk dah habis...yang popular ikan bakar, lauk-pauk kampung..
dah makan, dah beli lauk, jomlah balik, hari panas lit-lit..order piza kat kakak, dia makan piza di pizza hut..
Sepupu whatsapp nak beraya ke rumah, kakak masak pasta spiral goreng
mak tak suka, takde rasa apa katanya, mak improvise, buh kicap, buh sos, jadi versi ni pula
jamu versi gelap ke tetamu yang datang, Alhamdulillah, semua suka..
Sekian saja kisah di hari ke-3 Syawal..
Esok dah nak balik KL..InshaaAllah..
Selamat Hari Raya.. semoga sihat selalu ....👍
ReplyDeleteSelamat hari raya...aamiin..tq..
DeleteSelamat balik KL ye. Hati² di jalanraya. Sedap tengok bakso special, dan spiral yang mak masak. 😋 Haritu saya sekeluarga singgah kuala, pukul 8 malam, isi minyak. Jalan jem sana, raya kedua.
ReplyDeleteTq Nur...Alhamdulillah, selamat perjalanan balik...sedap bakso nya..sup dia tak byk aji..just nice..oo..malam2 pun jem ya, ramei benor perantau2 yg balik beraya..
DeleteLama kita tak singgah Kuala.. ikan bakar kat situ sedappp.
ReplyDeleteSelamat hari raya dan berhati2 balik ke sarang ya.
oo..ya ke..tak pernah makan ikan bakar kat sini, boleh try satu hari nanti...
Deleteselamat hari raya SK...Alhamdulillah, selamat perjalanan..
Fuh! Dia punya pilihan tajuk! Click bait betul! Hahahaha!
ReplyDeleteya, dah cari yg lain..dah tak lalu nak makan rendang...
DeleteCari makanan lain takpe, jangan cari orang lain.. Haha
ReplyDeletebetul tu, kena setia pada yang satu...
DeleteHehehee... apo nak di kato mem tak suka kenalah adjust semula kan...
ReplyDeletedah jadi mcm ketiau goreng pula...hehe...fusion..
Deleteya. sy pun raya ked2 dah start mkn nasi dgn celur petola dicicah dgn budu. Mkn lauk sardin gak. sedap!
ReplyDeletelari dari menu raya, sedapnya..
DeleteAlhamdulillah. Raya ketiga dah ada orang berniaga.
ReplyDeleteRaya kedua saya dah cari nasi putih dengan telur dadar kicap.
menu simple yg sedap...
DeleteWahhh..Saya, raya Ketiga, dah melaksa Johor, bubur Lambuk..nasi ujan panas..Makcik Masak.hahahaa..
ReplyDeletesedap2 menunya...laksa johor..feveret tu..
DeleteSedapnyaa bakso
ReplyDeletesupnya sedap..
Deleteterima kasih..
ReplyDelete