Monday, 4 September 2023

Hujung Minggu di Melaka

Salam semua...lama juga menyepi, bizi dengan kerja...bizi layan tik-tok...hehe..

Dah  masuk bulan September, meh le kita update blog...kisah ke Melaka hari minggu terakhir bulan Ogos..ada dua majlis sebelah keluarga bonda..majlis bertunang sepupu dan majlis doa selamat & tahlil..

Pukul 7.30 pagi hari Sabtu, bertolak dari KL, bawa bekal lepat liat dan kuih peneram...tradisional sungguh...haha...lepat liat mak saya buat, kuih peneram beli di pasar malam..buat makan-makan..

Keluar tol Jasin, terus ke rumah homestay tapi check-in pukul 12, kita terus ke rumah baru pakcik di Kampung Tedong...meraban juga cari rumah, biasalah kan takde nombor rumah, pakai batu je, Batu 20..

satu lot ada 4 buah rumah
 
rumah pakcik baru siap, nanti pencen nak duduk sini
dari Putrajaya ke Melaka
 
barang-barang hantaran majlis tunang
 
yg berbaju maroon tu sepupu yang nak bertunang
anak pakcik yang sulung
 
jom kome kite gi meminang

Ramai ahli rombongan meminang, semua adik-beradik mak ada, 5 orang semuanya, dengan anak-anak, cucu-cucu lagi..dah lama benor takde kenduri dalam famili...jom konvoi..

Tak berapa jauh...di Taman Merlimau Emas..dekat dengan homestay yang kami booked..
 
 
sedia menanti
 
yang bertunang dengan ibubapa & mak-mak saudara
 
dah habis makan tengahari, terus je ke homestay, berehat, malam ada majlis lagi
sesat lagi, sebab lampu jalan kurang, susah nak cam dalam gelap
 
kariah masjid tengah baca Surah Yasin

 Makan time! lauk yang sama dengan jamuan di rumah tunang
ada lauk-lauk sampingan yang lain - bubur jagung, rojak buah, bihun goreng

kuih Ku, peneram, cara berlauk, koci labu
 
tapai & rojak buah
 
rojak buah (kuah rojak by makcik)
 
makan durian pula, durian dari Pahang
Paklong bawa, makan dengan sepupu-sepupu
 
tetamu beransur pulang
 
bergerak pulang ke sarang
 
Alhamdulillah, dapat berkumpul sanak-saudara di Melaka
InshaaAllah, berkumpul lagi untuk kenduri di tahun 2024

40 comments:

  1. Hai! Hehe... Kadang saya juga ralit tengok video2 dekat TikTok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, mmg ralit layan video tik-tok...haishhh...hehe..

      Delete
  2. Ramai ke Melaka cuti Merdeka ye. Kiteorang pun baru balik dari Melaka semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh..ya ke...ha'ah..jem Melaka time cuti sekolah...

      Delete
  3. Kami pun ke Jasin hari tu. Selamat bertunang utk pasangan bertunang tu, semoga sampai ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya ramai geng blogger jenjalan Melaka cuti Merdeka 😀

    Alhamdulillah…seronok Nohas dapat berkumpul dengan saudara-mara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ramai jg sanak-saudara yg dapat hadir

      Delete
  5. Dulu selalu ke uitm Jasin... Sekarang tak lagi. Anak dah tamat di sana

    ReplyDelete
  6. wah gi kenduri ke Melaka rupanya ye..!

    ReplyDelete
  7. Saya tak ade account tiktok lagi.. Berkumpul sanak saudara mmg meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan tik tok org lain...seronok sesekali berkumpul...

      Delete
    2. Tak mampu rasanya nak ada account tiktok ni hahahaa..

      Delete
    3. bolehlah nak tengok trend & isu semasa..

      Delete
  8. Seronok nya kumpul sedara mara, makan sama2.

    ReplyDelete
  9. Seronok kenduri. Makanan sedap. Memang kenduri saudara-mara dinanti-nantikan.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. mcm2...semua layan, yg x best kita swipe...

      Delete
  11. Selamat bersilaturrahim dengan orang Melaka. Insya Allah orang Melaka baik² saja.. Hihi

    ReplyDelete
  12. wah keluarga berkumpul di melaka seronok tu

    ReplyDelete
  13. Bestnya kumpul ramai-ramai.
    Lagi best makan sedap-sedap.
    Erat ukhuwah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sesekali dapat jumpa & berkumpul sanak-saudara..

      Delete
  14. Teringat pernah prrgi ziarah teman sebilik arwah abah mentua masa gi haji… landmark rumahnya adalah TIANG TNB no. 50. Ya ampunnnn jadi kerja ok pandang no tiang tnb sepanjang jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..takde no rumah susah nak cari, landmark pun very general...berpinau bijik mata nak mencari...

      Delete
  15. Kuih koci tu. Payah nak jumpa sekarang. Dulu masa zaman budak selalu makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. koci labu jarang org buat..Alhamdulillah, sedap2 kuihnya..

      Delete
  16. Melaka ini memang tempat wisata yg banyak juga didatangi ya kak. Rasanya ramai bloggers Malaysia yg ke Melaka saat libur ogos kemarin 😁. Tapi memang vibe kotanya menarik dan bikin betah. Sayapun saat ke Melaka, rasa kurang 3 malam di sana. 🤣. Pengen lebih lama tapi ingat ada kerjaa hahahah.

    Nantilah nak balik lagi dengan keluarga.

    Tradisi tunang di sana, tak jauh beda lah dengan saya dulu saat bertunang. Mungkin Krn saya orang sumatera, jadi mirip tradisinya dengan Melayu Malaysia. Tapi kalo pakai tradisi Jawa (suami saya Jawa), itu bakal beda sangat 😄. Acara adatnya lebih banyak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka mmg tempat wisata yg menarik, banyak tinggalan sejarah...adat bertunang di Malaysia ringkas sahaja..cuma bawa hantaran & cincin tunang/merisik...more to perbincangan antara 2 keluarga...

      Delete
  17. wahhh 1 lot tanah ada 4 buah rumah.. puas hati dpt buat rmh atas lot ada tanah blh bercucuk tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah pusaka...adik-beradik sama2 bina rumah...ya, betul, ada tanah, boleh bercucuk-tanam..

      Delete
  18. Tik tok? SA ralit bab shopping..muahahaha...beratus2 dah abis...x pernah serik2 lagi ni...bestnya orang Melaka buat kenduri memang meriah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan video tik-tok..hehe...belum lg membeli di tik-tok, facebook...ada barang menarik, kita beli, bantu ekonomi peniaga..

      Delete
  19. selamat bertunang..
    Kat Melaka mesti tak tinggal kuih ku ...suka kalau dapat yang inti kacang kuning tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih tradisi baba & nyonya....rasanya kt Melaka je jumpa kuih ni time kenduri, tak pernah lg jumpa di tempat2 lain..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!