Tuesday, 31 October 2023

Turkiye 2023 | Spice Bazaar & Jalan-Jalan di Sirkeci

Masih di hari kedua di Istanbul..

Selesai aktiviti Bosphorus cruise, berjalan kaki ke Spice Bazaar (Misir Carsisi), dekat dengan Eminonu..

Spice Bazaar merupakan pasar tertutup yang terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar. Dalam bahasa Turki dipanggil Misir Carsisi kerana kos pembinaan bazar ni datangnya dari hasil pemerintahan empayar Uthmaniyah di negara Mesir (Egypt). Spice Bazaar adalah sebahagian daripada kompleks Masjid Baru (Yeni Camii). Hasil daripada sewaan kedai di bazar ini digunakan untuk menampung kos maintenance Yeni Camii.

suasana di tepi Spice Bazaar
disebelah kiri, kedai jual kacang², murah jg 
 
penjual dondurma (ais krim Turki) yang terkenal 
suka pekena pelanggan
 
anak saudara kena game
 
ais krim coklat
 
Toilet break dulu sebelum masuk bazar.
 
laluan ke toilet dibawah tanah. 
 
Tandas awam di Turki sangat ok, bersih dan ada disediakan tisu didalam dan diluar tandas. Tandas duduk kebanyakannya guna 'bidet' (built-in pipe). Bayaran masuk pula diantara 5 - 6 TL, ada disediakan kaunter untuk tukar duit syiling sebab nak masuk ke kawasan tandas, ada palang manual, kena masuk duit syiling baru boleh masuk.

ramai orang lepak-lepak
 
Dah masuk waktu zohor, berkumandang azan dari Masjid Yeni
 
Yeni Camii
 
Tetiba ada seorang perempuan Malaysia bagi salam. Dia tunggu anak dia solat Zohor dan tanya arah ke tandas awam. Bersembang-sembang sekejap, dia pun berlalu pergi tandas. Anak saudara dah selesai ke tandas, kami pun bergerak ke Spice Bazaar.

Spice Bazaar @ Misir Carsisi
 
kena scan beg
 
interior dalam bazar
 
Jalan-jalan tanpa tujuan, tengok apa yang menarik Kebanyakan kedai jual barang yang sama - teh, coklat, lokum, baklava, rempah-ratus, sabun
 
pelbagai jenis teh
 
baklava, teh, dried fruits, sabun
 
baklava, kopi, coklat
 

Kakak beli baklava, saya beli teh dan saffron. Beli juga souvenirs - keychain, fridge magnet
 
beli teh & safron di kedai ni
 
Dah shopping, moh le kita keluar. Dah tak tahu arah direction, keluar je ikut pintu yang ada, tetiba berada di kawasan kedai-kedai di belakang bazar. Ternampak kedai jual tantuni..terasa nak mencuba tantuni..

tengok ramai local makan di sini
kita pun duduk, nak makan tengahari 
 
Order 2 tantuni - satu ayam, satu daging. Tak tahu nak order minuman apa. Tengok orang di meja depan minum ayran, kita pun order 2 ayran.
 
suasana dalam kedai, full house
pelayan yang sabar melayan kami
 
Sementara tunggu makanan tiba, buka baklava yang dibeli tadi
 
besar-besar baklava pilihan tukang kedai
dia kata ini yang pilihan ramai, best seller
rasa sikit, huii..manehh..
 
tantuni ayam

tantuni daging dan ayam
sedap..lebih kurang doner kebab juga
 
ayran - minuman yogurt
 
overall, puas hatilah..harga tantuni daging 130TL, tantuni ayam 96TL
ayran 40TL
 
Sambung berjalan, nak ke kawasan Sultanahmet, menaiki tram di stesen Sirkeci. Lalu jalan-jalan di belakang hotel.
 
singgah beli souvenirs di kedai 'I love Istanbul'
 
Lalu depan kedai-kedai jual manisan, suka tengok susunan desserts 

 Ali Muhiddin Heci Bekir

Captain Candy
 
Presiden Turkiye - Recep Tayyib Erdogan
slogan AK Party - 'Hep Yeni, Hep Ileri'
maknanya 'Sentiasa Baru, Sentiasa Maju Ke hadapan'
 
Gerai jual kopi Turki yang menarik
 
walaupun gerai, ada disediakan kerusi meja
nampak 'class'  mcm sidewalk cafe
 
Kozde Kahve nama gerai ni
 
bergantungan alat penuang kopi
 
anak saudara beli simit di sana
 
Berjalan lagi sampai jumpa kedai Safa
 
 Kedai Safa sentiasa ramai orang
rupanya kedai jual tatlicisi yang popular di Istanbul

menarik pula tengok motor penghantar milik kedai Safa ni
 
comel je
 
 Lorong ni menuju ke jalan besar dan stesen Sirkeci.
ambik tram ke Sultanahmet.
.

8 comments:

  1. terima kasih bawak linda mengembara sama...hihihi...syok nya walaupun tgok gambar je...

    ReplyDelete
  2. waa bestnya baca. terasa sekali ikut pergi ke sana hehe

    ReplyDelete
  3. Banyaknya tempat menarik... teringin nak melancong juga nanti.. In Shaa Allah jika diizinkan :)

    ReplyDelete
  4. Terperinci maklumat dengan istilah Turki.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!