Monday, 2 September 2024

Dua Kenduri di Kota Damansara

Assalamualaikum semua..kita mulakan bulan September dengan entri kenduri kahwin..

Bulan Ogos lepas, dapat 4 jemputan kenduri kahwin, Alhamdulillah. Kenduri bertarikh 3 Ogos, tak dapat pergi. Pagi ada hal, petang pula hujan..langsung malas pergi.

Pada 4 dan 10 Ogos, dua kenduri di Kota Damansara...menarik venue wedding..

 Kenduri 4.8.24 - Saerah Exclusive Event Hall @ Strand Garden Office

Wedding hall ni ialah unit pejabat (lot tepi) di tingkat bawah bangunan pejabat 
sedikit cramped, tapi just nice untuk small-scale wedding..

suka yang sweet2 cenggini
 
masuk je ke dalam dewan ni, tetiba MC announce pengantin dah sampai
tunggu pengantin masuk, nak snap gambar
 
pasangan pengantin yang dirai
 
Dah snap gambar pengantin, baru keluar ke tepi bangunan untuk ambil makanan
 
shoot dari tempat makan
 
selain jamuan nasi, ada apam balik crispy dan ais krim
sedap apam baliknya, guna nestum madu
 
jurukamera tengah setting kamera
 
cantik setting makan beradap
menyerlah dengan background hitam
 
------------------------------------

Kenduri 10.8.24 - Dealova Sky Garden, Bangunan Sunway Lexis
 
Lokasi di rooftop bangunan 

Keluar je lif, terserempak dengan rombongan pengantin

pengantin yang dirai
 
khemah utama
 
pandangan sisi khemah utama
 
Ada dua buffet banquet, Alhamdulillah, tak bersesak ambil makanan 
 
cucur udang panas dan cendol
 
bahagian kuih-muih dan buah
 
Dah habis makan, kita snap-snap gambar dulu sebelum balik, jarang sekali naik rooftop shopping complex
 
 


Best juga kawasan rooftop ni
 
Alhamdulillah, dapat bersilaturahim dengan sahabat lama.. 
 
-------------------------------
 
Satu lagi kenduri pada 24 Ogos di Bagan Lalang, Sepang.. 
kita cerita di lain entry lah ya..

20 comments:

  1. Dah lama tak pergi kenduri kawen.. ada dpt jemputan tapi setiap masa asyik tak berkesempatan jer hihi..

    ReplyDelete
  2. Tema outdoor mcm best tapi msti panas huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg panas, sib baik ada kipas yg keluar wap tu..

      Delete
  3. Seronok tengok wedding kat dewan cantik2 ni...bila la nak kahwinkan Dania..kena simpan duit dulu ni.ehhhhh...hahaha..jauh berangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kena simpan awal, kos kenduri semakin mahal...jangan lupa jemput ya...haha..

      Delete
  4. bila pi wedding ada mcm2 stall menu tambahan tu syok...disamping tgk hall wedding skarang cantik2...selamat pengantin baru utk pasangan mempelai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, mcm2 menu ada...cantik2 dekorasi wedding hall..menambah kemeriahan..

      Delete
  5. Kami pun tiap weekend ada jemputan kenduri kawin. Ada yg dapat pergi, ada yang tak. Seronok kan pergi kenduri ni apa lagi kalau saudara dan kenalan rapat. Yg best jugak food semua tu, nak snap foto segan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok gi kenduri kawan sekolah...lama x jumpa...ha'ah..segan nak snap gambo, curi2 snap..hihi..

      Delete
  6. Wah, jarang2 dapat sampai 4 jemputan kenduri kahwin. Wedding dekat rooftop garden tu unik betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan Ogos ramai yg buat kenduri...first time attend kenduri di rooftop..

      Delete
  7. Dua tiga minggu ni tak ada jemputan kenduri kahwin, kita tumpang tengok gambar pengantin kat sini jer la.

    ReplyDelete
  8. mcm best je buat wedding kat rooftop tu.

    ReplyDelete
  9. Best tu banyak dapat jemputan. Makan makanan kenduri kahwin lah paling seronok ada macam-macam menu sedap. Wahh menariknya konsep majlis kat rooftop mall tu. Tahniah buat semua pasangan pengantin baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki, time kwn2 kahwin kan anak...trend sekrg kenduri kahwin ada mcm2 menu...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!