Tuesday, 30 September 2025

BUDI MADANI RON95 (BUDI95)

 Hari ni ramai yang bersembang tentang subsidi petrol BUDI95
teman pun buka app Touch n Go
Alhamdulillah, teman layak rupanya..
 
 

tak sabo nak isi minyak, 300 liter tu banyak juga
harga subisidi dari RM2.60 ke RM1.99 seliter
 
teman tak pernah kira setiap bulan berapa liter beli petrol
kereta full tank pun tak pernah tengok berapa liter...huhu..
yang biasa buat, bila tinggal satu takuk, terus pi isi minyak 
oklah lepas ni kena ambik tahu... 

28 comments:

  1. Ramai-ramai pakat guna subsidi harini. Alhamdulillah banyak jugak kurang tu dari harga biasa.

    ReplyDelete
  2. Tak cuba lagi. Esok la isi minyak motor balik dari appt kat klinik hihi

    ReplyDelete
  3. tula meriah smlm mcm2 cite..blum guna lg sbb minyak masih byk...tp dh check la dlm apps SETEL ada 300liter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ramai yg dapat manfaat subsidi bersasar nih...

      Delete
  4. Kita isi minyak kereta penuh 4 hari lepas. Masih bayar RM2.05. Hujung minggu depan baru isi nampak gayanya dengan harga subsidi.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki harga minyak turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat mengurangkan kos transport..

      Delete
  6. Haah selalu tidak tengok berapa liter tapi tengok jumlah harga untuk tangki penuh.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, akk pun jarang tgk brp liter...huhu...

      Delete
  7. InsyaAllah esok akan cuba memandangkan nak berjalan jauh.

    ReplyDelete
  8. Baru guna hari ni sekali bila tenguk resit Allahuakbar. Banyak juga bila tak ada subsidi. Tu yang terperanjat beruk napa mahal sekali bila di terangkan budak pam tadi emmm baru tahu. Selalu guna tak sampai macam tu punya harga. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. betul..selagi diberi subsidi, kita guna..

      Delete
  10. Dissel tak ada kan..ada berurusan rupanya untuk petrol ja..

    ReplyDelete
  11. tak apa lah..tak ada, rezeki minyak madani

    ReplyDelete
  12. Bulan ni tak banyak sangat bergerak dan tak ada outstation maka ada balance 200 liter lagi huhu..

    ReplyDelete
  13. Semua rakyat Malaysia yg ada IC dan lesen memandu sah dapat subsidi petrol ni. Setakat ni dah guna isi minyak motor dekat stesen Shell Jalan Pahang. Dapat la jimat RM0.61 😄

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!