Salam 5 Syawal..
Kisah throwback hari Khamis 19.3.26...aktiviti membeli barang-barang mentah untuk juadah raya..well, ada yang kata raya hari Jumaat..so kita prepare awal..hihi..
Ada 4 persinggahan..yang pertama pasar basah..ini pertama kali teman pergi pasar ni sejak berubah lokasi ke tempat baru. Dulu lokasi dekat tengah-tengah bandar je, lokasi baru ni, jauh pulak..dekat kawasan industri Perak Tex dan Mariwasa..
Pasar Tani kekal rupanya..
Konsep terbuka, ada bahagian basah dan kering..oklah, mudah nak cari..
dekat sini beli ikan keli, ikan sardin, laksa tepung gandum (laksa kuale) dan bahan2 untuk mi kari. Kat kuala kangsar ni, hari raya mesti nak buat laksa kuala..
Persinggahan kedua ialah Econsave...
Kat sini beli ayam, sayur-mayur untuk laksa..murah2..
Persinggahan ketiga di kawasan lembah, pergi kedai FAMA, sebelum balik rumah, singgah kedai borong di Taman Chandan Putri..
beli sabun basuh (nak DIY basuh carpet)
gitulah kisah beli-belah sebelum raya, Alhamdulillah raya hari Sabtu..
Hari Jumaat, tak kemana-mana..petang masak rendang ayam..
Lemang beli jer...juadah raya - lemang & rendang ayam
Alhamdulillah, selesai..






Selamat Hari Raya 😊
ReplyDeleteSibuk kan, hari Khamis dan Jumaat tu, nasib baik raya Sabtu. Ada masa masak dan buat persiapan apa patut.
ReplyDeletebetul tu Ana pun berdoa sgt moga2 raya sabtu sbb byk lg yg blm siap ehehe
ReplyDeleteLamanya tak makan laksa kuale. Dulu masa pah husband masih ada selalu jugak balik sana.
ReplyDeleteLama betul tak makan laksa Kuala.
ReplyDeletePasar tani terbuka macam tu, puas hati..senang nak nampak apa nak beli..
ReplyDeleteSeronok pulak tengok tengok papan tanda dia ada tulisan jawi
ReplyDelete