Thursday, 6 August 2026

Pasar Malam di Bandar Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua...

Hujung minggu lepas, balik kampung. Ambil cuti hari Jumaat, balik semula ke KL hari Ahad.

Hari Jumaat ada pasar malam di bandar Kuala Kangsar. dah lama tak gi sini. Dah semakin luas pasar malamnya. Bangunan pasar dah dirobohkan, tapaknya dah dibaiki dan dibuat tapak pasar malam.

kawasan pasar malam
bangunan yang nampak dibelakang tu ialah bangunan pejabat
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
 
moh kiter explore, mother nak beli lemang
 
beli lemang di sini - Hadi Lemang Bakar 
 
 
RM10.00 for 5 ketul
 
mesti beli nih
 
selepas beli, berlenggang pergi
 
ada gak laksa macam nih..
tak pulak gi riki-riki
 
last day jual RM5.00, minggu depan dah naik RM6.00
beli 2 bekas laksa
 
 
murtabak legend Haji Midin 
  
berbaloi murtabak macam ni..inti tebal

 jalan-jalan tengok suasana..beli apam lenggang, lemang
laksa penang, nugget & bebola ikan..jadilah buat makan malam 
 
kalau kome ada di Kuala Kangsar hari Jumaat
 jangan lupa singgah pasar malam ni 

13 comments:

  1. Rondangan pasar malam Kuala Kangsar memang best! Murtabak inti tebal dan apam lenggang tu nampak sungguh menyelerakan, seronok balik kampung!

    ReplyDelete
  2. Best betul dapat pergi pasar malam. Macam-macam makanan dapat beli. Lagi best pasar malam area kampung kita. Tudiaaa macam-macam dibelinya. Terus kenyang makan malam. Tak payah makan nasi dah.

    ReplyDelete
  3. menarik.. banyak menu2 menarik dan sedap..

    ReplyDelete
  4. Macam2 makanan best kat pasar malam di Kuala Kangsar ye kak Nohas. Kalau saya mesti rambang mata bila pergi pasar malam kat kampung sendiri

    ReplyDelete
  5. Lemang dah takyah tunggu raya kan?

    ReplyDelete
  6. Lama tak ke Kuala Kangsar. Selepas opah husband meninggal tak ke sana dah.

    ReplyDelete
  7. Banyak yang menariks, Apam lenggang tu memang kalau pergi belah utara jer baru jumpa. Wajib beli kalau sy tu.

    ReplyDelete
  8. Sama kqt kg di perak ciknur pasar hari jumaat pg
    Mcm2 ada tp tu la kenalah cuti jumaat kalu nk ke pasar he hee

    ReplyDelete
  9. Apam lenggang tu teringin nak rasa!

    ReplyDelete
  10. makan lemang luar musim.. hehehe

    ReplyDelete
  11. menarik nampak murtabak tu

    kakLM dah tukar link blog ye

    ReplyDelete
  12. Nampak apam lenggang, sedapnya

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!