Thursday, 22 October 2026

Live Update : AI Real Estate Summit

 Assalamualaikum & good morning..


Seminar sehari di Hotel Armada, PJ

Semoga ada manfaat

Wednesday, 30 September 2026

Idli Kadai

 Salam semua..
 
Siapa ada layan drama Tamil, tajuknya Idli Kadai di netflix?
best kan ceritanya, sarat dengan kisah kekeluargaan
kisah masyarakat, pengorbanan 
 
 
tak sangka perkataan 'kedai' dalam bahasa melayu 
sama maksudnya dengan 'kadai' dalam bahasa tamil
bunyinya pun sama 
 
siapa tiru siapa ni hah!
cepat ngaku...hihi.. 
 
Baru kenal hero Tamil nih, nama glamer dia Danush
dulu kenal Vijay dgn hero citer Sivaji The Boss je
sekarang Vijay dah jadi YB, dah tak berlakon lagi  
sian...ada yang kena sidai dengan Vijay..haha.. 
 
kisah pengorbanan seorang anak bagi meneruskan legasi 
ayahnya menjual sejenis kuih tradisional India iaitu idli
kuih yang warna putih macam apam
 
appanya ada bistro jual idli, bangun pukul 3 pagi
giling beras selama 2 jam nak buat idli 
 giling cili,buat gulai, dah lama tak nampak batu giling 
anak dia siap bagi mesin kisar beras
tak sama, kata apaknya 
 
anaknya pun masuk industri makanan juga
tapi kerja di bidang perhotelan di luar negara
bertunang dengan anak orang kaya, anak boss
 
bila appa nya meninggal dunia, dia balik kampung
dua-tiga hari lepas tu, amma dia pulak meninggal 
dia dalam dilema, asyik teringat kata-kata amma appa
terus dia menetap di kampung, tak jadi kahwin dengan tunangnya
 
duduk kampung, meneruskan perniagaan apaknya
bermula dari mula, trial and error buat idli
tapi tak sama macam appa buat, kata veteran dah yang jadi pelanggan tetap
 
oklah, takdelah heavy sangat plotnya..
 
-------------------------------------- 
 
pertama kali makan idli
di Restoran Ali Maju, Wangsa Maju
 
tak banyak kedai mamak yang jual idli, teringin lah pulakkk..hehe..

Friday, 25 September 2026

Pekerja Yang Baik

 Salam Jumaat..sayyidul ayyam..

Apakah ciri-ciri pekerja yang baik?

Ayat 26 Surah Al-Qasas ada menceritakan 

 KUAT DAN AMANAH

Apakah maknanya kuat?

kuat bertaqwa kepada Allah
Mengetahui suruhan dan larangan
Mempunyai integriti yang tinggi
Mempunyai kesihatan dan ketahanan yang baik 
 
Apa pula Amanah? 
 
Mempunyai kemampuan untuk menjalankan tugas
Mempunyai skill dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah
Amanah dan boleh dipercayai
-----------------------------------------------------

 Setiap kali nak ke food court di Menara Bank Islam ni
akan ternampak plaque ni di dinding depan di foyer lif 
 
Semoga kita menjadi pekerja dan Muslim yang baik