Friday, 30 January 2009

Once upon a time

"Kuala Lumpur
senyumanmu di pagi ini
sungguh bererti
kerna cinta bersemi lagi
setelah kemarau panjang " - Alleycats


Berjalan-jalan di pagi hari bersama fzyfuzzy menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman ibarat walking back to history. Minda pantas menggambarkan kotaraya Kuala Lumpur pada kurun masehi ke-18. Deretan rumah-rumah kedai yang dibina sebelum perang dunia pertama menggambarkan betapa kukuhnya binaan bangunan yang berusia lebih 100 tahun.



Sebelum tahun 1884, rumah-rumah kedai di Kuala Lumpur dibina oleh pedagang-pedagang Cina dengan beratap nipah sebagai premis perniagaan mereka yang kebanyakannya berniaga untuk pelombong-pelombong bijih timah. 

Kejadian banjir dan kebakaran menyebabkan residen British untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federation of Malay States) iaitu Sir Frank Swettenham memerintahkan rumah-rumah kedai dibina menggunakan batu-bata dan beratap genting. Rekabentuk rumah kedai ini diadaptasi dari rekabentuk rumah kedai yang terdapat di selatan negara China.

Sir Frank Swettenham

Ciri-ciri tipikal rekabentuk rumah kedai:
 
* dibina berderet dengan mempunyai lorong belakang (back lane)
* dindingnya terdiri daripada load-bearing wall
* Bangunan 2-tingkat : tingkat bawah utk premis perniagaan dan tingkat atas untuk penginapan
* mempunyai lubang udara (air-well) untuk pencahayaan dan pengudaraan semulajadi
* mempunyai kaki lima di tingkat bawah (bahagian hadapan)
* bahagian depan tingkat satu mengunjur di atas kaki lima dan berfungsi sebagai atap untuk kaki lima
contoh rumah kedai pre-war
 
gambar dicuplik dari fzyfuzzy

Kuala Lumpur di zaman Jepun - wikipedia
 
Kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah penempatan terawal bagi orang Melayu, India Chettiar dan juga India Muslim yang mana dahulunya tinggal di Java Street (Jalan Tun Perak). Legasinya masih terdapat di jalan ini, Jalan Melayu dan Jalan Masjid India.

Jalan Melayu, off Jalan Tun Perak

Semoga sejarah ini tetap kekal untuk legasi generasi akan datang
"Selamat Hari Wilayah"

12 comments:

  1. Warga KL macam ambo berbangga amat sangat, bila mana orang Kuale bercerita tentang tempat lahir ambo. harharharharhar

    ReplyDelete
  2. salam..

    Bila melihat kota raya lama british di tanah melayu seakan kota Ramses Mesir..kerana di sini penjajah Perancis mereka bentuk bangunannya sebegitu juga. Cuma struktur binaannya lebih kepada bangunan berkotak-kotak. Bukan berbumbung seperti Malaysia. Memandangkan Malaysia sentiasa menerima hujan sepanjang tahun. Di sini hanya 3-4 kali setahun.

    Hari wilayah pun ada ya?

    ReplyDelete
  3. Pernah datang dan pergi. Kuala Lumpur juga tercatat beberapa kenangan manis dan pahit. Telah tiga tahun meninggalkan kosmopolitan ini. Selamat Hari Wilayah

    ReplyDelete
  4. fzyfuzzy,
    Dari Kuale utk Kuale, ambo ni anak rantau, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung

    ReplyDelete
  5. Ibnurashidi,
    Salam..legasi penjajah tu mesti ada di negara jajahannya..bangunan2kat Mesir & negara2 Arab yg lain memang mcm tu, boleh le buat BBQ kat atas bumbung..hehehe

    Hari wilayah is on 1st Feb, sejak bila ia disambut, kurang pasti pulak..

    ReplyDelete
  6. Pok Li,
    "Nobody can steal the memories"..Kuala Lumpur sentiasa berevolusi..belum tepu lagi pembangunannya..

    ReplyDelete
  7. ambo ore kapung jah...nati ambo ikut rombongan makcik kiah g kL..

    ReplyDelete
  8. To: wanhamery,
    Kita semua pun asal dari kapong juga..dah lame ambo tak ikut rombongan, naik bas ramai2...

    ReplyDelete
  9. akak ni anak rantau, merantau ke KL sehinga kawin sehinggalah anak pun dah jadi orang wilayah

    ReplyDelete
  10. To Crazy Beautiful88,
    Rezeki kita kat sini, apa2pun, kpg halaman tidak dilupa...

    ReplyDelete
  11. Lama dah teman tak merayap-rayap kat area KL nie... maksud teman, merayap-rayap kat lorong-lorong sekitar KL tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah-rumah kedai masih terpelihara..ada jg yang dah dibangunkan semula..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!