Assalammualaikum, saya menyampaikan salam saudara seIslam di Semenanjung Gaza, tanah yang subur untuk para syuhada'.
Peperangan dengan Yahudi Laknatullah bukanlah perkara baru, ianya adalah pertembungan yang lama antara hak dan batil. Peperangan kali ini benar-benar menapis siapakah umat Islam yang benar-benar beriman dan menyokong perjuangan menentang musuh-musuh Islam.
Realiti umat Islam di bumi Palestin kini, ditindas oleh tentera-tentera Israel, dari darat, udara dan laut. Ketika pihak HAMAS memperjuangkan dua perkara iaitu:
1) menegakkan syiar Islam di Palestin;
2) mengambil balik hak mereka yang dirampas oleh Yahudi,
namun sikap dan pendirian pemimpin-pemimpin Arab adalah sangat mendukacitakan. Tekanan demi tekanan, serangan demi serangan daripada pihak zionis, namun pemimpin-pemimpin Arab masih berdiam diri.
Keadaan di Semenanjung Gaza adalah sangat melarat ketika ini, kami terputus makanan, air bersih, elektrik dan juga ubat-ubatan. Ditambah pula dengan musim sejuk melampau, bantuan masih belum tiba. Kami adalah umat yang tertindas dan ditindas, namun sunnah perjuangan Islam, mereka yang tertindas dan ditindas akan bangkit dengan jihad yang tinggi supaya dapat mati syahid.
Hikmah dari peperangan ini, mengejutkan sahabat-sahabat di Semenanjung Gaza berkumpul dan bersolat subuh berjemaah, ramainya seperti solat Jumaat. Kanak-kanak bercita-cita untuk mati syahid dan ulama'-ulama' sangat bekerja untuk perjuangan Islam. Kami yakin dan optimis dengan kemenangan untuk umat Islam. Kami ada Allah dan mereka, Yahudi Laknatullah itu tidak datang ke Gaza untuk menang tetapi mereka berkumpul untuk mati.
HAMAS akan menentang kamu, HAMAS, HAMAS - beruntunglah umat Islam di Gaza, pesta jihad menentang zionis.
Ketika pemimpin-pemimpin Arab enggan membantu Palestin, kami terperanjat dengan kebangkitan seluruh dunia mengecam keganasan Israel, baik orang Islam dan juga bukan Islam. Kami sangat memerlukan pertolongan anda - doa, harta benda, jiwa kerana keadaan di sana sangat daif. Rumah mereka hancur, tiada makanan sehingga terpaksa mencabut rumput-rumput dan direndam dalam air untuk dimakan. Semoga kalimah Allah "LailahaiLLah" tetap kekal di bumi Palestin.
Marilah sama-sama kita menghayati satu hadis Rasulullah s.a.w. "Bandingan orang-orang yang beriman itu seperti satu badan, jika sakit salah satu anggotanya, semuanya akan merasa sakit".
Sebutlah isu Palestin ini di mana-mana saja kamu berada, di pejabat, di rumah, di waktu siang, di waktu malam, semoga ianya terus hangat dan menjadi doa bagi kami di Palestin. Semoga kita sama-sama dapat bersolat di Semenanjung Gaza dan di Masjidil Al-Aqsa..Allahu Akbar..
Semoga Allah membantu umat Islam..
ReplyDeleteMuhasabah
Bersatu
Bina kekuatan
Defensive
Attack!!
Berdoa, menyumbang dan berjihad menentang setiap kezaliman Yahudi laknatullah
ReplyDeleteIslam akan menang, tidak kira bagaimana Sialan Zionis itu cuba menghancurkannya.. Semoga Allah menempatkan para Syuhada di tempat yang mulia.
ReplyDeletesemoga Allah menempatkan para syuhada di tempat yang mulia
ReplyDeleteTo Ibnu Rashidi:
ReplyDeleteBersatu itu rahmat. Sirah Rasulullah saw dan para sahabat dlm menghadapi musuh adalah contoh terbaik..
To Pok Li:
Itulah yg sepatutnya dilakukan oleh umat Islam
To Civic Power:
ReplyDeleteItulah janji Allah tapi kemenangan itu mestilah didahului dgn pengorbanan & jihad yg tinggi
To Crazy Beautiful88:
Amin..Allah Maha Pengasih kpd hamba-hambaNya
salam...Semoga Allah membantu umat Islam walau di mana mereka berada...sama2lah kita berjihad...
ReplyDeleteItulah doa kita, BurungBelatuk..semoga umat Islam bersatu & berjihad..
ReplyDeleteTeruskan berdoa... sama-sama kita memberikan sokongan untuk membantu umat islam yang di tindas...
ReplyDelete