Dari Hallim Park, kami ke Yongmeori Dragon-head coastline. On the way, singgah di gerai tepi jalan, untuk membeli Hallabong. Kalau di Korea, hallabong ni hanya terdapat di Jeju. Namanya berasal dari Mount Halla dan ianya pelik sikit, ada bump di bahagian atas, Subhanallah..
|
Hallabong |
|
sweet, seedless and juicy |
Tempat yang nak dituju, Yongmeori ni terletak di selatan Jeju-do. Ianya berlatar belakang Mount Sanbangsan, sebenarnya gunung ni yang stretch ke laut, membentuk seperti kepala naga. Entrance fee KRW2,000. Mari bermesra dengan alam ciptaan Ilahi..di tengahari..
|
baru permulaan |
|
di pertengahan |
Di sini terdapat beberapa haenyo (penyelam wanita) yang berjualan produk laut seperti abalone, siput dan entah apa lagi. Fresh from the sea, ditangkap sendiri..Ramai tourist yang makan fresh mentah-mentah kat situ juga, Ada haenyo yang panggil ajak makan abalone mentah-mentah, siap buat demonstrasi lagi..hee..idok le teman nak cuba.
|
haenyo sedang berjualan |
Ada juga menjual benda yang sedang hot di Malaysia sekarang ni iaitu rumpai laut. Saya dengan my sis dok berkira nak beli ke tidak rumpai laut tu..rasa macam nak beli, bukan senang nak jumpa fresh macam ni, kat Jeju pulak tu, tapi fikir-fikir balik, leceh pula nak simpan, nak bawa naik flight, payah juga sebab rumpai laut ni hanyir baunya..
|
abalone (kanan), yang kiri tatau apa |
Pemandangan memang cantik dengan lapisan batu-batu yang terbentuk secara semula jadi akibat hakisan air laut.
|
akhirnya - Mount Sanbangsan di kejauhan |
Tempat ni memang berbaloi pergi, kecantikan semulajadi, di tepi laut lepas. Di sini juga ada kapal Hamel yang hanyut ke kawasan ini pada tahun 1953. Siapa Hamel? Seorang Dutch yang nak ke Japan tapi terkandas di Pulau Jeju sebab kapal rosak dipukul ribut.
On the way back to the parking lot, ternampak kebun bawang putih ni..luasnya..
|
kebun bawang putih |
Di sini juga terdapat gerai-gerai menjual souvenirs Jeju Island dan yang paling famous ialah coklat Jeju yang pelbagai perisa - hallabong, mandarin, kaktus dan lain-lain. Di sini yang paling murah - KRW10,000 untuk 6 kotak.
Kemudian meneruskan perjalanan ke Jusangjeollidae di Jungmun Daepo Coast. Masa ni rasa happy sikit sebab pergi tempat yang ada dalam itineraries, tapi sedih juga tak dapat pergi Seopjikoji dan Seongsan Ilchubong..huhu..trip lain kali, InsyaAllah..
|
formed by basaltic lava |
Di sini juga terdapat ahjumma menjual hasil laut yang fresh dan disaran makan mentah-mentah (untuk menambah zat besi)..
|
tourists mengerumuni ahjumma ni - nak tengok saja, bukan nak beli |
|
siput sedut |
|
haenyo baru pulang |
|
pokok palma |
Sementara menunggu Mr Gim makan tengahari, kami jalan di kawasan di bahagian atas. Lunch untuk taxi driver, kena bayar KRW10,000. Kemudian pergi ke Oedolgae rock.
|
oedolgae rock |
Kemudian ke Cheonjiyeon waterfall. Cheonjiyeon maknanya 'God's pond', tinggi 22 meter and lebar 12 meter.
|
cheonjiyeon waterfall |
|
itik pulang petang |
|
dolharuebang |
Masa balik beli jagung rebus yang colourful ni, sedap manis.
|
jagung colourful |
Dah pukul 4.30 petang, kami pun bergerak ke arah utara, menuju ke Jeju-si. Mr Gim membawa kami melalui the Mysterious Road. Sebelum ke airport, singgah di Yongduam Rock, the dragon head rock. Masa ni ramai haenyo yang sedang berjualan hasil laut untuk sesi petang pula.
|
Yongduam Rock |
Kemudian ke airport untuk flight pukul 6.20 petang, off to Seoul. Sampai di Gimpo, naik airport limo ke GH. Berakhirlah perjalanan tak sampai sehari di Jeju-do, sekadar di pinggiran. InsyaAllah, mungkin ke sini lagi dengan perancangan yang lebih teliti, jika ada rezeki..
1 hari je jeju??? pulun habis habisan ni
ReplyDeletebestnyer :3 nak pegi jugak :c
ReplyDeleteSupermeng,
ReplyDeleteYa, sehari je, pergi mana yg sempat saja..touch n go..
miss fifi,
Jeju memang cantik, a must visit place before we die...hehe..
Supermeng,
ReplyDeleteYa, satu hari je. Pergi mana yang sempat saja, touch n go..
miss fifi,
Jeju memang cantik, a must visit place before we die..hehe..
Nohas,
ReplyDeletewah best nya pergi jeju..Hari tu plan nak pergi..tapi bila buat kira-kira, terlebih bajet..so terpaksa cancel...memang kene pergi Jeju ni...geram tengok limau tuh.hihihi :)
cantiknya tempat tu...nampak bersih dan nyaman ja...dgn angin tepi laut..hehe bila la dapat kesana..
ReplyDeleteAmanda,
ReplyDeleteJeju memang best, InsyaAllah, usaha tangga kejayaan..
Kamsiah,
Jeju ni diantara pulau tercantik di dunia..InsyaAllah, akan sampai juga di sini..
salah 1 pulau dlm wishlist sy...hrp2 dpt smpi ke sini 1 hari nnt..aminnnn
ReplyDeleteAminn..make it happens..
ReplyDeleteBatu2 di Jungmun Daepo Cost tu sama macam di Giant Causway, Norhen Ireland..
ReplyDeletemenarik tgk orang jual sesiput kat situ..
So ke ne letak Jeju Island ni dalam list kalau ke kore nnti :-)
Time Traveller Boy,
ReplyDeleteJeju ni kena pergi 3-4 hari, baru berbaloi, boleh pergi keseluruhan pulau..timur, barat, utara, selatan.
cantiknya permandangan kat cni....subhanallah....
ReplyDeletepenyisir rambut,
ReplyDeleteJeju memang cantik..alam ciptaan Allah SWT..
sgt2 teringin nak ke korea..:)
ReplyDeleteAsyik Izas,
ReplyDeleteKalau pegi sendiri, tak berapa mahal..reasonable & affordable..