Wednesday, 5 June 2013

South Korea : Day 3 - Nami Island

Hari ketiga, selesai breakfast (mushroom sup & roti), kami keluar around 6.30 pagi, ambil Line 3 ke Jongno 3(sam)-ga, kemudian naik Line 1 ke Cheongyangni, untuk naik ITX (intercity express train) ke Gapyeong. ITX ni cuma boleh naik di stesen Cheongyangni dan Yongsan sahaja.

Kami sampai di Cheongyangni dalam pukul 7.30 pagi, terus beli tiket di ticketing machine, nasib baik ada instruction dalam English. Malangnya semua seat dah fully-booked, terpaksa beli tiket yang berdirinya. Tambangnya KRW3,400 sehala. Sebenarnya, tiket ITX boleh dibeli secara online untuk mendapat seat. Kami naik train yang pertama, iaitu pukul 7.45 pagi. Perjalanan dari Cheongyangni ke Gapyeong mengambil masa 37 minit dan train ini cuma berhenti di dua, tiga stesen sahaja. Memang laju.

comfortable seats
Walaupun beli tiket berdiri, tapi sebenarnya di antara koc ada kerusi lipat, untuk mereka yang gelandangan (takde seat). Memandangkan penumpang tak ramai, dapatlah kami conquer semua seat. Selesa juga. Tepat pukul 8.27 pagi dah sampai di Gapyeong station. Memang on time train ni.

Sebelum keluar dari bangunan, beli 'cooked white rice' di convenience store. Mula-mula cadangannya nak makan nasi goncang yang famous di Nami Island ni, tapi cancel, tak berapa nak jalan. Selepas ambil brochures, planning nak ambik bas Gapyeong Tour dalam pukul 9.15 pagi (sebab cadangannya nak pergi dua tempat lagi) tapi G-bas (bas kecik) berhenti kat bus stop, driver dia jerit 'Namiseom, Namiseom', kami pun naik le bas ni. Tambang KRW1,200 sorang. Pukul 9.00 pagi, bas ni pun bergerak ke Nami wharf, excitednya..

Ticket kaunter dan immigration
Entrance fee ke Nami Island ni untuk foreigner KRW8,000 tapi untuk local KRW10,000. Ini sudah bagus, di kebanyakan negara, selalunya foreigner yang kena bayar lebih. Yelah, negara maju. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami sampai di Namiseom dengan Namimaid, memulakan aktiviti menjelajah pulau..

Gambar wajib

Masa ni di Nami Island, ada acara Nami World's Children Book Exhibition. Mungkin sempena Children's Day on May 5. Pameran ditayangkan di sepanjang jalan. Dari Malaysia pun ada.



Dari Malaysia, Sdr Mohd Yusof bin Ismail atau nama gelaran Yusof Gajah dengan cerita bertajuk ' The Black Birds and the White Birds'. Sebenarnya, saya tak pernah dengar nama Yusof Gajah ni, di Nami Island tahun 2013, baru dapat tahu.

Di Nami Island, kita bertemu
Dari Pakistan, dengan carpetnya
Sebenarnya, Nami Island ni takde lah apa sangat. Famous sebab cerita Winter Sonata, bagi mereka yang tak minat, takde le feeling lebih-lebih. Setakat jalan-jalan ambik gambar scenery, tengok 'work of art'. Rasanya, Mawi pun ada produce satu drama di sini, tajuknya 'Seruan Pulau Nami'..seruan, bukan panggilan ye..haha..

gambar last - sky bike route
Boring takde aktiviti, nak sewa basikal rasa segan pula, lastly, try naik sky bike, nampak macam best. Bayarannya KRW3,000 sorang. Bila dah diatas dan mula mengayuh, rasa takut, gayat pun ada, mulalah kayuh laju-laju, lepas tu gelak-gelak (rasa nak nangis), nak hilang rasa takut. Taubat, tak nak naik dah, kalau roller-coaster dia laju, ni perlahan, tinggi lak tu..

Yeonga Cafe - nasi goncang
Jalan lagi ke arah timur (Gingko Tree Lane), ada macam-macam surprises.

Mengejar ostrich
siapalah ni suka conteng-conteng kat mulut ........

dia ni..
Ada banglo nama 'Dahlia'..
Dahlia?

Post office & hotel
Art exhibition

batu-batu
The famous photo spot - icon Namiseom


ambik juga pokok ni - pokok ginko kot

Ada acapella band buat persembahan
close-up - not bad, suara sedap, lagu pun OK
our lunch - berpiknik

Musolla at the Baplex

Namimaid untuk pulang
Hampir empat jam juga kami di sini, dalam pukul 1.30 tengahari bergerak pulang ke wharf.  Menjelang tengahari, orang semakin ramai di Nami Island dan di wharf. Luarbiasa ramai.

Orang beratur sampai ke jalan besar. Suasana sangat sesak, cuaca panas, parking penuh, jalanraya sesak dengan kenderaan, jalan 'jam', bumper-to-bumper, rupa-rupanya hari ni 17 May, ialah 'public holiday' di South Korea, sempena Buddha's Birthday (kiranya Hari Wesak). Mereka menyambutnya seminggu awal dari Malaysia (ikut kalender cina).

Bersambung ke destinasi seterusnya dan more adventures..

8 comments:

  1. Selamat melancong. Dulu saya duduk di Appartment Dahlia di Bukit Beruntung

    ReplyDelete
  2. Assalam nohas,

    Saya ke Nami Island pada 20/5, jadi macam tak banyak beza dengan masa yg nohas pergi. Ke Nami wharf dengan teksi, tak sampai 3K won utk 4 orang...

    ReplyDelete
  3. Pok Li,

    Nama Dahlia ni famous, sampai ke Nami Island pun ada..

    ReplyDelete
  4. W'salam Mie,

    Ramai yg suggest naik teksi ke wharf, tapi pagi tu teksi sikit, orang ramai, so kami pun naik mana yg ada..

    ReplyDelete
  5. wahh dag berdaun penuh pokok tu.hehe

    ReplyDelete
  6. zila,

    kalau autumn lagi best, daun-daun colourful..

    ReplyDelete
  7. Bangga ada pelukis Malaysia seperti yusuf gajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusuf Gajah ni famous kat Nami Island..tengok dlm blog org lain, selalu ada exhibition dia di pulau ni..dgr khabar famous jg kat Malaysia, saya pun baru tahu..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!