Assalamualaikum..Salam Israk Mikraj..
artikel copy paste dari e-mail sebelum dilupuskan..mengenai daging kambing..makanan kegemaran Rasulullah SAW..baginda juga semasa kecil menjadi pengembala kambing..satu tarbiyyah direct dari Allah swt untuk menjadi pemimpin agung..
Firman Allah yang maksudnya:
"Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang benar" Surah Al An’am 6:146
"Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang benar" Surah Al An’am 6:146
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing samada memakan dagingnya, meminum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. (Ohh..ada pulak terapi kambing..)
Pengurai Kolestrol Tepu
Salah
satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit
darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti
berikut;
|
Daging
kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali
daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan
seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan
kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah,
tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk.
Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh
menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu,
kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang
bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Monosodiumglitumate (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang.
Sekiranya anda menghadapi masalah
sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah
amalkan memakan daging kambing.
Wallahua'lam..
Wallahua'lam..
perkongsian info yg sgt bermnafaat..tq ramai yg xtau...
ReplyDeletesaya pun tak tahu..hehe..sebab beratus-ratus email..ada yg dibaca, ada yg skip saja..email tahun 2009..
Deletegood sharing, jarang makan kambing tapi tahu ada bagusnya, biasa grab ayam ja tahu ada chemical, macam mana tu. mmm
ReplyDeletedulu tak suka kambing, tapi sekrg dah jd favourite..ayam pun favourite jg..ada ayam organik yg mkn habbatussauda'..tapi mahallah pulak..supply pun kurang..
Deleteya allah banyaknya khasiat daging gambing..walaupun saya bkan pnggemar daging kambing nampaknya lpas ni bleh start balik cuba2 mkn masakan basaskankambing yg bleh diterima tekak...
ReplyDeletememang banyak khasiatnya...kambing panggang is the best...cicah dgn black pepper sos...
Deletenanti nak cari la..
Deletetambah bulan puasa banyak buffet kambing panggag,,
klikx3
kambing panggang tarikan hebat menu berbuka...tapi poket mesti lebat..sekali-sekala, bolehlah kan..
Deletetq, nak gi isi tabung..nak sambut puasa..
dah lama tak dapat daging kambing... hehe, menarik info :)
ReplyDeletesharing is caring..rasa lebih bersemangat nk mkn kambing..
DeleteBunda sebenarnya bukanlah penggemar daging....apa lagi daging kambing yang selalu bunda dengar ada kaitan dengan darah tinggi....
ReplyDeleteLepas bunda dengar dan baca banyak info tentang daging kambing terutama susu kambing...bunda pun kini sedang berjinak makan daging kambing....
Seperti lambchop...kari kambing ...sate kambing dan susu kambing....walaupun jarang2 sekali bunda ambil...
Mmg byk khasiatnya..slowly InsyaAllah, boleh terima..
DeleteDulu2 idah tak suka makan kambing... tapi setahun dua nie tiba2 tersuka lak... especially kalau dipanggang... :D
ReplyDeleteKambing panggang mmg terbaik..all time favourite..
Deletesinggah petang isi tabung nuff nohas... :D
DeleteSyukran..rezeki di ptg hari..sama2lah kita bersedekah..
DeleteAssalamualaikum...:)
ReplyDeletePetunjuk dari Nabi bahawa daging kambing berkhasiat...
Wa'alaikumussalam...Rasulullah saw contoh teladan terbaik..
DeleteNice sharing
ReplyDeleteSemoga bermanfaat..
Deleteoooo..i like the explaination about kambing n darah tinggi..good info...
ReplyDeleteYa, betul..apa yg boleh dimkn, kita mkn..apa yg tak boleh, kita pantang...
Deletebaru jumpa emel ni..tgh spring cleaning emel2 semua..
Hurmmm.. kambing kegemaraan tu.. bila ada BBQ mesti kene ada kambing baru lah sedap.. Sunnah Rasulullah :D
ReplyDeleteKambing panggang is all time favourite...rasa meriah BBQ, kalau ada kmbing golek...ya, betul, sunnah Rasulullah saw..
Deleteapa yg rasulullah suka mkn , kita juga perlu ikut ... sunnah . sudah tentu byk kebaikannya .
ReplyDeleteIkut cara mkn, minum dan sunnah2 yg lain demi rasa cinta dn sayang pd Rasulullah saw..untuk kebaikan kita jg..
DeleteDaging Kambing kegemaran kami sekeluarga..buat bbq
ReplyDeleteBBQ kambing kegemaran ramai..
DeleteKala family kakak memang lebih suka kambing dari lembu sebab texture dagingnya lebih lembut tapi ada org yg alahan. Nasib baik kakak tak ada darah tinggi.
ReplyDeleteAda cerita masa kakak pergi Haji satu pakcik kata dia tak boleh makan kambing sebab darah tinggi. Tapi sebab di sana rata-rata hidangan di hotel adalah daging - dia pun hairan walau tiap hari makan kambing tapi syukur darah tingginya terkawal berbanding sewaktu di M'sia.. semua org ketawa dan kami katakan padanya kambing Arab kurang dosa berbanding kambing M'sa semua ketawa hahaha....
ya, betul, texture daging kambing lebih lembut dan senang dikunyah, sbb tu cepat hadam..baik utk kesihatan..
ReplyDeletekuasa Allah SWT...menyembuhkan sakit pakcik tu..berkat mengerjakan Haji..Alhamdulillah..