Thursday, 15 May 2014

Morning Talk, Sembang Petang, Diskusi Malam

Assalamulaikum...

Minggu lepas yang busy...menyempatkan diri untuk hadir beberapa talks..bertukar angin, mengisi minda..meeting new people..networking..

Bermula hari Rabu, 7 Mei, menghadiri Morning Talk organised by Fiabci (International Real Estate Federation) Malaysian Chapter..talk on new legislation..Personal Data Protection Act 2010..

The speaker with the MC
the speaker
Speaker ni seorang lawyer..well, yang well-verse tentang law mestilah lawyerkan..sebagai pengguna, kita kena ambil tahu Act ni sebab ia membabitkan data peribadi kita..dalam hidup, kita banyak bagi data-data peribadi dalam pelbagai urusan komersil seperti banking, insurance, beli rumah, beli kereta, beli tiket AA, MAS..isi borang ni, borang tu, online lagi..semua data-data tu dilindungi oleh Act ni..

Talk ni cuma dua jam saja, lepas tu, jalan-jalan menghirup udara segar di kawasan equestrian ni..sebelah hutan, ada anak sungai..

Japanese carp

the stable
miaw-miaw

Petang Ahad pula, hadiri Majlis Minum Petang Amal anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan di Dewan Burhanuddin Helmi, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak..makan-makan sambil mendengar pengisian yang tajuknya 'Kesukarelawan Dalam Perspektif Islam' bersama ahli panel Ustaz Hj Jamuledin Elias dari Yayasan Amal Malaysia dan Ustazah Salamiah Mohd Noor, wakil Pertubuhan Amal Khadijah (PERAMAH)..




Forum yang membangun jiwa dan minda serta memotivasikan diri untuk peduli dengan masalah masyarakat.  Mendengar secara langsung pengalaman Ustaz Hj Jamuledin yang menjalankan misi dakwah ke Sabah dan ke rumah-rumah panjang di Sarawak dan juga peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara di perairan Israel dalam misi bantuan ke Gaza.  Juga saranan dari Ustazah Salamiah mengenai pengurusan dana, masa dan tenaga di dalam menggerakkan aktiviti sukarela bagi badan-badan NGO Islam.


Sambil makan, tetamu dihiburkan oleh the Mekanika Band.

Diskusi malam...sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dalam program Temu Mata di Dewan Orang Ramai, Taman Gombak anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan PAS Kawasan Batu. Tetamunya Datuk A Samad Said, Sasterawan Negara (1986).


Hari Kebebasan Akhbar Sedunia atau World Press Freedom Day dianjur oleh UNESCO pada 3hb Mei setiap tahun.


"3 May was proclaimed World Press Freedom Day the UN General Assembly in 1993 following a Recommendation adopted at the twenty-sixth session of UNESCO's General Conference in 1991.

It serves as an occasion to inform citizens of violations of press freedom - a reminder that in dozens of countries around the world, publications are censored, fined, suspended and closed down, while journalists, editors and publishers are harassed, attacked, detained and even murdered"

Dato' A Samad Said sedang bercerita mengenai sejarah
Di dalam program ini juga, kami diingatkan mengenai peristiwa penubuhan negara haram Israel pada 15 Mei 1948. Tarikh itu juga berlakunya peristiwa Nakbah Palestin dimana rakyat Palestin diusir dari negara mereka, ada yang dibunuh, ditangkap dan dipenjarakan serta kampung-kampung mereka  dimusnahkan..



16 comments:

  1. salam pagi seharian mencerna ilmu dgn program2 brmnafaat ya...bagus tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kak..bukan dlm sehari program2 tu..lain2 hari..pagi Rabu, mlm Sabtu dan petang Ahad..pengisian minda..

      Delete
  2. Tajuknya best-best.... Salam blogging selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk2 yg kena dgn kehidupan kita..general knowledge..

      Delete
  3. Salam Nohas......... bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali..sekali sekala..satu kena byr, dua lg free..

      Delete
  4. Banyaknya acara... tapi buka semua orang mampu menyerap semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain2 hari, En Mie....program seminggu...

      Delete
  5. Dah tua betul A.Samad Said tu... Menariknya Samad Said tu... ialah pengetahuannya dlm dunia seni... maksud saya kalau kita cuma mengenali nama2 artis dan kumpulan band yang popular dan selalu meletop2 di media massa saja... tapi dia sekecil2 artis dan 'sekoman-koman' (maksud saya tak popular langsung dan tak pernah dengar nama2 mereka) A. Samad Said kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..baru tau..org seni jiwanya halus..masih ingat nama kwn2 masa mula2 bekerja di utusan dan berita harian..siap dgn nama bapa lg..kuat ingatan..

      Delete
  6. Wah... betul kena "brainwash" nie... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program seminggu, Idah..mkn dpt, knowledge pun dpt..hehe..

      Delete
  7. Sebuah pengisian yg penuh bererti..
    Personal Data Protection, Charity mengikut landsan Islam, jumpa A Samad Said
    oh... semuanya penuh dgn ilmu yg sangat berguna..

    ReplyDelete
  8. semuanya infornatif, data protection kita patut tahu kan, duk isi terlalu detail,, untung nohas dapat attend semua ni, interesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sempat hadir program2 ni...utk general knowledge..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!