Beberapa hari lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Perginya Ramadhan bermakna syaitan yang dibelenggu akan dilepaskan.
Akan bersatulah syaitan dan nafsu kembali untuk memerangi manusia agar tunduk
pada kemahuannya.
Hari raya merupakan saat yang paling strategik bagi syaitan memasang
perangkap untuk menjerumuskan manusia ke dalam Neraka kerana di hari ini banyak
umpan-umpan yang syaitan boleh gunakan untuk tawanan manusia. Dengan TV, kuih-muih, pergaulan bebas lelaki
perempuan, dedah aurat dan berhias-hias, mempamerkan kehebatan peralatan rumah,
leka berhari raya hingga lupa sembahyang dan lalai mengingati Allah kerana sibuk
berhari raya dan bersuka-ria.
Oleh itu pada hari ini perlu banyak persediaan dan kekuatan untuk menentang syaitan. Syaitan takut pada kalimah-kalimah Allah. Maka sebutlah nama Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya syaitan tidak boleh tunggu lama dalam diri kita. Tundukkan nafsu dengan menginsafi bahawa di tengah-tengah kita bersiap-siap dengan kuih-muih, baju baru dan hidangan yang lazat-lazat di hari raya, ada orang yang tidak dapat merasa semua itu.
Anak-anak yatim dan fakir miskin jangan dilupakan. Mereka juga punya hati dan perasaan untuk bergembira dan menikmati sesuatu yang baik di Hari Raya. Berilah perhatian pada orang yang tidak bernasib baik ini. Allah SWT sengaja hendak menguji kita untuk lihat apakah kita sensitif pada saudara kita sesama Muslim. Sesiapa yang dapat menggembirakan saudaranya dan berjaya menyampaikan hajat orang maka Allah akan tunaikan hajatnya 70 kali ganda.
Hari Raya bukanlah hari kemerdekaan atau hari kemenangan yang hakiki. Kemerdekaan atau kemenangan yang sebenar hanya ada di Akhirat. Orang yang merdeka adalah orang yang apabila dijalankan pengadilan ke atas dirinya maka Allah putuskan tempatnya di Syurga. Itulah kemenangan dan kemerdekaan yang boleh dirayakan serta dibanggakan. Selain dari itu, belum tentu ada kemenangan dan kemerdekaan dan belum ada jaminan selamat untuknya.
Di waktu orang dunia bergembira menyambut hari raya, ahli-ahli kubur bersedih hati. Tempoh untuk mereka dibebaskan dari seksa kubur telah berakhir bila mentari Syawal muncul. Maknanya mereka akan kembali diazab sekiranya mereka orang-orang yang banyak dosa. Kembali bertemu malaikat Mungkar dan Nakir yang akan membelasah tubuh badan mereka hingga terbenam ke perut bumi. Api, ular akan memenuhi kubur mereka. Alangkah deritanya mereka.
Tapi ini akan jadi lebih derita dan menyeksakan sekiranya pada hari raya itu anak-anak yang ditinggalkan sedang buat maksiat. Didunia anak-anak terloncat-loncat menari, sedangkan di kubur mak bapak sedang bergelut dengan malaikat Mungkar dan Nakir. Dosa-dosa anak akan terus mengalir ke dalam kubur ibubapanya kerana dimasa di dunia dulu, dia tidak mendidik anak-anak untuk mengenal Allah. Maka makin azablah penghuni kubur di ketika mana penghuni dunia sedang berpesta gembira.
Sebaliknya jadikanlah suara takbir, tasbih dan tahmid di hari raya itu dapat memberi ketenangan dan kenyamanan pada penghuni kubur. Tenang kerana anak-anak dan kaum keluarga membesarkan Allah. Buat ibadah di hari raya di mana penghuni kubur boleh tumpang sama pahalanya. Terlepaslah mereka dari azab kubur dan boleh mereka turut bergembira di hari raya.
Sumber: Risalah Qariyah Ramadan 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

tidak lama jer lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita... mohon maaf andai ada terkasar bahasa ye kak...
ReplyDeleteYa, betul..pecutan terakhir..
Deleteakak pun sama...maklumlah menulis tak sama dgn brkata-kata, jika terguris perasaan, ampun dan maaf dipinta..
Salam kak nohas... mana lama menyepi... rindu laaa... :)
DeleteSalam, acik idah...alamak..ada yg rindu, TQ...tak kemana..tengah cari mood..sambil makan kuih raya...hehe..
DeleteBetul Nohas, thanks atas peringatan ini, kadang-kadang untuk menjaga hati, berisyarat tolak tangan sambil cakap ada air sembahyang..
ReplyDeleteYou're welcome..semoga Allah memberi kekuatan utk kita mnjaga syariat..
Deletesentiasa menantikan bulan Ramadhan setiap tahun :) Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance
ReplyDeleteMenanti bulan yg penuh barakah..selamat hari raya to you too..
DeleteMOGA RAMADAN YG BAKAL BERLALU PERGI MENINGGALKAN BERKAHNYA YG BERKESAN DI HATI KITA...
ReplyDeleteYa, betul..semoga kita mnjadi hambaNya yg lebih baik setelah sebulan mnjalani tarbiyah Ramadan..istiqamah..
DeleteSedihnya ramadhan semakin meninggalkan kita.
ReplyDeletePecutan hari2 terakhir Ramadhan 1435H..semoga bertemu lg di tahun2 hadapan..
DeleteSatu tazkirah yang baik...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin nohas...
Semoga bermanfaat...
Deleteselamat hari raya jg..maaf zahir dan batin..
Thanks Nohas atas peringatan ini........ mohon maaf andai ada terkasar bahasa...... selamat hari raya........
ReplyDeleteyou're welcome...selamat hari raya..maaf zahir batin..
DeleteSebab itulah bila usia meniti tua ini kakak rasa bila tiba nak raya rasa sayu dihati tidak terkata. Kalau boleh mahu ramadhan itu berpanjangan. Tak sama masa zaman kanak-kanak.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kakak ucapkan dan mohon maaf andai ada salah silap kakak.
ya, betul...rasa sayu bila Ramadhan berakhir...entah bertemu lagi, entahkan tidak..
DeleteSelamat Hari Raya dan maaf zahir batin..
Betul tu sis, saya setuju betul dgn pandangan sis. Mari kita manfaatkn sama2 sebaiknya hari2 terakhir bulan Ramadhan pd tahun ni. Salam 0-0 sis, saya mohon maaf kalau ada mna2 komen saya yg inappropriate, salam Aidilfitri :D
ReplyDeleteada lagi tiga hari..InsyaAllah, mari tingkatkan ibadah..
DeleteSalam Aidil fitri..maaf zahir dan batin..
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..teman tahun ni tak tau lagi nak beraya di kuale atau tidak. Ikut kata pilot...(dolu-dolu teman yg jd pilot..hehehehehe)...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya dan maaf zahir batin...best le jadi co-pilot..hehe..nanti buat le open house..
Deletesungguh indah dan bermakna erti lebaran..
ReplyDeleteinilah kemenagan yg hakiki :P
selamat hari raya sis LO
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
Deletekemenangan hakiki di akhirat dambaan setiap muslim
Ufuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : "Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya :)
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, maaf zahir batin..semoga bergembira bersama keluarga..
Deleteterima kasih mampir ke sini..
selamat hari raya ;)
ReplyDeleteSelamat hari raya utk cik neto jg..tq
Deletesalam idilfitri maaf zahir batin..
ReplyDeleteSalam Aidilfitri Kak PI..maaf zahir batin..semoga bergembira bersama anak cucu..
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Nohas sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :) kosong2 yer...
ReplyDeleteSalam Aidilfitri..maaf zahir batin..kosong2 kita..
DeleteSelamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..
DeleteSalam lebaran dan maaf zahir dan batin ..
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri juga pada Bunda, maaf zahir batin..
Delete