Saturday, 5 July 2014

Singapore - Day 2 : Orchard Road

Assalamualaikum...

Masih lagi di hari kedua di Singapore, nak pergi Orchard Road. Dari Dhoby Ghaut, naik MRT ke Orchard station. Station ni bersambung dengan dua shopping complex, ION Orchard dan Wisma Atria. Ke kiri untuk ke ION, ke kanan ke Atria.

Kami ke kanan dulu, jalan-jalan window shopping. Manusia memang ramailah, sebab ada sale. Kemudian ke ION. Ada event apa tak tau, ada celebrity, tapi tak kenal.


Takde apa yang dibeli disini, cuma people-watching saja, cari exit, keluar ke Orchard Road.


ION Orchard
 
Hari dah nak dekat pukul satu dan cuaca sangat panas waktu ni. Decided to take a break..nak sangat ada tempat yang sejuk yang boleh duduk atas lantai sambil lunjur-lunjur kaki..dah penat..

Teringat ada baca dalam satu blog, dekat sini ada satu masjid tapi tak ingat pulak nama masjid tu..Alhamdulillah, ternampak satu neighbourhood map, mari refer kat map ni..nasib baik ada, itupun dah hujung2 map..Masjid Al-Falah, namanya. Kena jalan ke arah timur dan menyeberang Orchard Road...jom kita stroll Orchard Road..

shopping complex di sepanjang Orchard Road
Dikiri kanan Orchard Road ni memang penuh dengan high-end retail complexes..Ngee Ann City, Takashiyama, dan disebelah sana, Paragon, Tangs..apa yang best di Singapore ni ialah ada saja pokok-pokok yang menghijaukan suasana..disepanjang Orchard Road ni, memang terdapat pokok-pokok besar...redup saja..


Alhamdulillah..dah dekat..haiya'alah falah..inilah masjidnya..di bangunan ini..


pintu  masuk utama
Dapatlah kami duduk berehat, melunjur-lunjurkan kaki sebelum solat..memang lega sungguh..Alhamdulillah..masjidnya sangat selesa dan women-friendly..tempat wuduk dan toilets dekat dgn tempat solat di tingkat bawah..ada juga tempat solat wanita di tingkat atas..ada cafe, library..




Terdapat banyak mural-mural nasihat untuk menjadi seorang Muslim yang baik di masjid ni..."Building a Gracious Society"..be kind, help others, greet someone, etc..Juga untuk menjadi Muslim yang progresif..to be adaptive, to be religiously resilient and to be progressive..

bagus macam ni - ada fidyah box
Selepas menunaikan kewajipan, bergerak semula ke Orchard stn untuk ke destinasi seterusnya....

depan Paragon

OK, bersambung ke destinasi seterusnya...

18 comments:

  1. bermusafir melihat kemajuan dunia spore tetapi xlupa mencari rumah Allah...subhanallah perjalanan yg berkah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, banyak masjid di Singapore sekrg ni..senang nak jalan2..

      Delete
  2. assalam nohas.... saya pernah ke singapore tapi tak berkesempatan round orchard road

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..InsyaAllah, boleh pergi lg..akak gi sini sbb nak tengok apa yg famous Orchard Road ni..

      Delete
  3. pulau selalunya panas sikit ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..panas terik..tapi Alhamdulillah, hujan turun jg..

      Delete
  4. Madjid dalam bangunan...unik... tapi rasa macam kurang auranya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu usaha yang baik utk pekerja dan pengunjung Muslim di Orchard Road..memandangkan tiada surau di bangunan2 perniagaan (rasanyalah, tak pasti)..solat Jumaat jg diadakan di masjid ni...kat KL pun ada mcm ni, di Bgn Wakaf Bank Islam, Jln Perak..kwsn Golden Triangle..surau jumaat..

      Delete
  5. wow... siap ada fidyah box tu... impressive ( O_O )

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time tengok mcm ni...usaha yg bagus..

      Delete
  6. bagus dapat pergi jalan-jalan sendiri. sebab kadang2 cerita orang tak sama ngan pengalaman kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, setiap orang ada pengalaman/pemerhatian mereka sendiri bila travel...

      Delete
  7. tangs malaysia pun lama dah tak pi, tetingat pernah ambik pic kat patung patung tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah sekali masuk tangs kt pavillion...patung2 tu memang tempat utk photoshoot..ramai sgt yg menunggu giliran..

      Delete
  8. wow singapore bangunan yg dibina sangat futureristik...
    cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan ION Orchard ni memang nampak futuristik..sesuai dgn warnanya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!