Assalamualaikum..
Tetiba je ajak jadi Askar Wataniah (AW)..bukanlah sebab kena merentas hutan belantara (jungle trekking) sampai tiga kali di Taman Negara Pahang tempohari..tapi berkesempatan ke pameran promosi Askar Wataniah di Bangunan SUK, Shah Alam, tiga minggu lepas...untuk bunuh masa (to kill time) sementara menunggu kaunter dibuka..

Dah lama dengar tapi apakah Askar Wataniah ni? Askar Wataniah ialah satu pasukan dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Motto AW - Berkhidmat Untuk Negara.
pameran di main entrance Bangunan SUK, Shah Alam
Sejarah Penubuhan
Kalau ikutkan sejarah, pasukan sukarela telah lama wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela 'Penang Volunteer'. Kemudian beberapa pasukan sukarela baru ditubuhkan seperti 'Federated Malay States Volunteer Force' (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force' (UMSVF) dan 'Straits Settlement Volunteer Force' (SSVF).
Semasa perang dunia kedua, semua pasukan sukarela yang wujud telah sama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tetap menentang tentera Jepun di Malaya. Apabila tercetusnya darurat di Malaya pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan penting sepanjang masa darurat tersebut.
Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negeri telah dapat dikawal semula, Pasukan Kawalan Kampung telah dibubarkan. Tetapi ramai anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang tenaga sukarela mereka. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan The Territorial Army Ordinance pada tahun 1958 sebagai panduan perkhidmatan sukarela. Dengan kuasa Ordinan ini, pasukan sukarela yang baru dikenali sebagai Askar Wataniah ditubuhkan pada 1 Jun 1958 secara rasmi.
Askar Wataniah telah distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:
OK, mari kita lihat tugas dan peranan elemen-elemen diatas (sila bayangkan situasi semasa peperangan meletus):
Elemen Tempur
Rejimen Siri 500 Askar Wataniah
berperanan sama seperti pasukan infantri Angkatan Tetap - maknanya kena bergerak dibarisan hadapan, yang pegang senjata
Armor
Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor (AW) yang diintegrasikan dalam setiap regimennya.
Elemen Bantuan Tempur
Yang ni membantu Elemen Tempur terdiri dari Semboyan (sebagai barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD), Jurutera (melatih AW dalam aspek kejuruteraan medan), Artileri, Risik dan Polis Tentera.
Elemen Bantuan Perkhidmatan
Kor Perkhidmatan-Kompeni Angkut, Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara
Kor Ordnans
Kor Jurutera Letrik dan Jentera - mengendali workshop
Kor Kesihatan - kompeni ubat
Elemen Pakar
Kor Semboyan
Dianggotai oleh individu yang bertugas dengan Telekom Malaysia. Kesemua skuadron Semboyan DiRaja (AW) dibawah pentadbiran Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Kor Jurutera
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Pelabuhan
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Keretapi
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Air
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa
(dianggotai oleh kakitangan pekerja pelabuhan, KTMB, Bekalan Air dan TNB)
PALAPES
Untuk melahirkan pegawai-pegawai lepasan IPTA yang terlatih dalam ilmu ketenteraan sebagai sumber tenaga bagi Angkatan Tetap dan Simpanan. IPTA yang mempunyai unit PALAPES ialah UM, UKM, UPM, UiTM, USM, UUM, UTM, UMS, UNIMAS, UPSI, UTHM dan UNIMAP.
Syarat-syarat Penyertaan AW ialah warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan, kelulusan akademik sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (lain-lain pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia (pegawai) dan tiada rekod jenayah.
Kemudian ada latihan-latihan asas ketenteraan, kursus Asas Perajurit Muda, Latihan Kem Tahanan, dll. Ada elaun dan saguhati dan juga perkembangan kerjaya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur
Tel: 03-2071 2306/2283/3330/3322
laman web: http://army.mod.gov.my/web_kor/raw/index.html
Macamana, adik-adik semua, berminat? Kalau masih muda, nak juga masuk tapi tang latihan askar tu cam lemah sikit..hehe..
Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang,
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi
sebelum kami berjaya, jangan harap kami pulang,
inilah sumpah pendekar kita, menuju medan bakti
andai kata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara
semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti..
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung" (Ali Imran: 200)

pakaian-pakaian Askar Wataniah
Pasukan-pasukan Askar Wataniah
- Elemen Tempur
- Elemen Bantuan Tempur
- Elemen Bantuan Perkhidmatan
- Elemen Pakar
- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

Saya dah tua sangat nak sertai askas wataniah nohas...tak larat nak kawad dah...
ReplyDeletesaya pun sama, Sweetie..kena jungle trekking, dah semput..hihi..
DeleteDolu-dolu suka nak masuk tapi kalau sekarang mahu tanggal kaki lutut... hehehehehe
ReplyDeletesamalah kita..latihan asas tentera tu cam lemah sikit..hihihi..
DeletePerhhh sgt ber informasi...
ReplyDeletemcm best pulak bila baca pamphlet tu..rasa nk tulis semua..hihi...masa taip ni, teringat cerita perang...hehe..
Deleteorang muda mmg patut sertai askar wataniah ni...caril sedikit ilmu dlm bidang ketenteraan ia sgt berguna tika susah r senang tambah kala hadapi saat kritikal yg xdijangka...
ReplyDeletesokong 100%..bidang ketenteraan ni displin tinggi..
DeleteInfo ...Baca di blog saja tak payah cari di pps
ReplyDeleteada lagi info takde kt sini spt elaun (info penting ni..hihi)..
Deletekecik-kecik dulu confuse ingat arwah ayah ada 2 kerja,rupa-rupanya join askar wataniah,kena panggil duty ms tragedi 13 mei,mmg bagus pasukan ni..sokong ramai-ramai join wp diri sendiri rasanya tak fit dah nk g military training ni
ReplyDeleteramai jg yg jadi askar sukarelawan masa zaman perang dan darurat dulu...military training tu payah sikit..nak lari pun dah semput..
Deletetidaaaaaak !!! eheheh tak boleh la geng2 yang ni hehe..
ReplyDeletedulu lecturer masuk dalam palapes eh palapes eh.. nangis2 tamo.. lastnya kena buat
khidmat masyarakat 3 bulan.. xpalaaaaaa rela hehehe..
tak boleh geng..hehe..kalau akak pun pilih buat khidmat masyarakat..hihi...
Deletewahhh!! promote besar2an ni...
ReplyDeletekasi gegarr..takdelah, cuma seronok baca pamphlet AW ni, rasa nk share info tentang persediaan perang..walaupun ada istilah2 militari yg tak faham..hehe..
DeleteBagus ni. Untuk adik-adik yang minat nak jadi askar.
ReplyDeletekena minat, baru best masuk Wataniah..
DeleteDulu semasa di kampus, suka tengok rakan-rakan yang bersemangat sertai askar simpanan ni :)
ReplyDeletesuka tengok time kawad...segak bergaya dgn uniform..
Deletesaya nak tahu uniform askar wataniah tahun 1971
ReplyDeletemnta maaf, takde maklumat..kena check website askar wataniah..
Delete