Friday, 18 September 2015

Last Day in Chiang Mai

Selasa, 25 Ogos 2015. Hari terakhir di Chiang Mai. Flight petang, pukul 4.55pm, so ada banyak masa lagi untuk melebur baht..hihi..

Lepas breakfast, dah keluar berjalan kaki ke..hehe..Tha Phae Gate. Again?? yes, old city again. Kali ni nak pergi ke dua bangunan kolonial - Chiang Mai City Art & Cultural Centre dan Lanna Folklife Museum.

Moh, exercise pagi. Sampai di old city, tak ikut jalan besar, masuk ikut lorong Rachadamnoen Rd Soi 1, di antara the Coffee Club dengan Fruiturday ni.

 retail outlet

kawasan perumahan - banyak guesthouse, bed & breakfast 
yang dapat Certificate of Excellence dari Tripadvisor
ramai pelancong Mat Salleh duduk kawasan ni

guesthouse

Corner kanan, corner kiri, akhirnya sampai juga..the Lanna Folklife Museum.

dibuka pukul 8.30 pagi, malas pulak nak tunggu

Jalan ke depan, ke Chiang Mai City Arts & Cultural Centre, snap dulu bahagian depan bangunan. Bangunan ni dulunya office City Hall of Chiang Mai.

 Three kings tu ialah King Mengrai, founder of Chiang Mai, King Ramkamhaeng of Sukhotai dan King Ngam Muang of Payao


Cultural centre  ni pun dibuka 8.30 pagi, entrance fee THB90. Semasa sampai, lagi 10 minit nak buka, tunggulah juga, tapi bila tengok pelan layout tingkat bawah dan tingkat satu di dinding, depan reception area, rasa macam tak menarik je, tiba-tiba rasa malas lak nak masuk, terus cabut keluar.

Decided nak pergi Nimman area, kawasan hip & happening di sebelah Chiang Mai University's main campus. Ada satu lagi misi yang mesti diselesaikan..hehe..misi lagi. Nak jalan kaki, jauh juga dari sini. Tanya kat driver tuk-tuk, dia nak THB100. Rasa mahal, tawar-menawar, siap tunjuk map segala, dia tak berganjak, nak juga THB100. 

Kitaorang pun blah, pergi ke jalan belah sana pulak. Nampak wat kecik ni...begitu menyerlah sekali..black and gold colour. Di old city ni, memang banyak wat - Wat Phra Singh, Wat Chedi Luang, Wat Inthakin, Wat Pahn Tao, Wat Chiang Man, dll.
 
Wat Inthakhin
 
Tahan satu songthaew di tepi jalan ni, tanya kat driver, dia minta THB80 je, oklah, jimat 20 baht..hehe. Bila songthaew ni corner kiri je, pandang kanan nampak sesuatu yang menarik..nantilah lepas balik dari Nimman, kita story. Nak pergi Nimmana Haeminda Rd Soi 13..ada apa di sini? Ada nii..

Mango Tango
Sekali tengok timetable, hari ni buka pukul 11.00 pagi..huhu..keciwa..
sekarang baru pukul 9.00 pagi, lama lagi nak tunggu

Pergi sini semata-mata nak ke Mango Tango...mission accomplished. Baca dalam blog Zila Travel & Food, dia pergi outlet Mango Tango di Bangkok. Jumpa Mango Tango Chiang Mai ni semasa scan map kawasan Nimman untuk cari lokasi cafe-cafe yang menarik disini.

Tapi takde rezeki nak makan di sini, lambat pulak kedai ni buka, tak nak menunggu, kami pun jalan kaki ke main road.
 
Di sepanjang lorong ni, ada cafe, guesthouse, ada muzium juga..


Mango Tango di Nimman area

Pangkhon Cafe
Doi Chaang Cafe
guesthouse, ada gelongsor utk turun ke bawah

 Insect and Nature Amazing Museum
 
Dah sampai simpang, corner kiri, jumpa cafe lagi. Kawasan ni memang ramai student CMU, so kalau tengok dalam map, memang banyak betul cafes, food outlets..yelah kan, universiti sebelah je..


Kaweh Cafe - never closed, open 24 hours

Goat Coffee pun di sini juga

di seberang jalan - Roastniyom Cafe

Berjalan lagi sampai ke jalan besar Huaykaew Rd, ambik kanan, jalan terus menuju ke old city..


stesen basikal

bus route - tak faham, dlm bahasa Thai saja

Nampak shopping complex Kad Suan Kaew, teringin pulak nak tengok suasana shopping complex di Chiang Mai..terpaksa tunggu sebab baru pukul 9.30 pagi..

 Kad Suan Kaew


Duduk tunggu di tangga, nampak Starbucks outlet yang sangat tradisional ni..Lanna architecture..

Starbucks

Tiba-tiba rasa malas pulak nak menunggu sampai pukul 10 pagi, decided patah balik ke Cultural Centre tadi, naik songthaew. Turun di tepi jalan dekat Cultural Centre, jalan kaki sikit ke simpang jalan besar, tadaa..


                                                 La Mango

La Mango..sepupu-sepapat Mango Tango..mak pak lain-lain..hehe. Inilah yang saya nampak masa songthaew corner ke kiri tadi. Dalam hati berkata-kata juga, yang ni pun sama juga kot dengan Mango Tango, makan kat sini pun ok juga. Tapi kesian pulak nak suruh driver songthaew tu stop, tak jadi pergi Nimman, lagipun..ehem, ehem..brand Mango Tango tu lagi kuat menarik saya ke sana..huhu..

OKlah, jom masuk, kita tengok apa yang ada..semuanya menarik..order Mango & Rice Crepes and Sundae Durian.


interior kedai

Yang diorder dah sampai..huh! drooling..

rice & mango crepes - ada buah mangga separuh

durian sundae - pulut & aiskrim durian yg marvellous
Semuanya sedap, jumlah semua THB220.

untuk dijual kot
diluar kedai, ada buaian bentuk buah mangga
boleh duduk posing sambil pegang buah magga plastik..hihi..

dekat simpang jalan ni..Intrawarorot Rd & Prapoklao Rd

Tamatlah sudah sesi di old city, misi terakhir dah diselesaikan, berjalan balik ke hotel, ikut main road.

Kad Klang Wiang

kedai yoghurt

on the way back, beli mango shake, THB50 je, lebih murah dari La Mango..


Jalan-jalan enjoying the old city, tapi di luar wall, melihat kanak-kanak beri makan burung-burung merpati..


Terakhir di old city - east moat

Balik hotel, berehat sebentar sementara tunggu check out time pukul 12.00. Lepas check out, my sister tunggu beg di lobby hotel, saya berjalan ke halal street untuk beli makanan, buat bekal ke airport. Nak makan rasa kenyang lagi makan di La Mango tadi dengan minum mango shake.  On the way balik hotel, nampak gerai jual shake lagi, beli dragon fruit shake pulak..sepanjang jalan memang banyak gerai jual fruit shake..shake it up..

 promosi memasak Thai foods untuk tourists

Sebelum pukul satu, songthaew pakcik tu datang bawa kami ke airport. Ramai juga naik songthaew ke airport, ada yang naik tuk-tuk..arrive in style at the airport..only in Chiang Mai..

Masuk je ikut pintu masuk ke bangunan, terus ada tempat scan beg, betul-betul depan pintu. Senang macam ni. Lama lagi nak check-in, lepak-lepak dulu, kemudian makan bekalan.

taxi counter

dah lepas imigresen, ke ruang menunggu

Di sini, tempat terakhir untuk shopping, melebur kepingan-kepingan, helaian-helaian baht terakhir. Jalan-jalan ke outlet OTOP Cottage ni..OTOP = One Tambon One Product..satu daerah, satu produk. Bagus Thailand ni, really promote industri kampung, sampaikan ada satu outlet di airport...packaging produk pun menarik..


Mari tengok produk-produk yang ada..semua buah-buahan ni ada di Malaysia, tapi tak terfikir lak nak buat macam ni..kreatif orang Thai ni..

 kerepek kelapa

kerepek durian

 durian drink

 durian & coklat - kena try buat ni

 pisang salai bersalut coklat

 kerepek nangka

 jambu air & strawberi kering

 wafer berperisa manggis dan mangga

Teruja tengok produk-produk ni, kalaulah halalan toyyiban, mau dibeli, mau dicobain..yang tak tahan tu produk-produk dari durian..macam-macam boleh dibuat..

Terbeli gula-gula durian ni, balik rumah, tengok ada gelatin..huhu..


Alhamdulillah, flight on time and smooth sampai ke KLIA2. Sampai di airport, dinner dulu di NZ Curry House sebelum ambil bas ke KL Sentral. Sampai rumah around kul 12.00 tengah malam. The journey ends here.
---------------------------------------
Alhamdulillah, dah habis. Sebenarnya masih banyak lagi tempat menarik di Chiang Mai dan Chiang Rai - Doi Tung, Doi Ithanon, Rajapruek Royal Garden, Underground City, Art in Paradise (3D Museum). Dari Chiang Mai juga, boleh pergi ke Lampang, Sukhotai..macam dalam rancangan Mad Markets tu.

Chiang Mai and Chiang Rai ialah kota tua, dibuka 700 tahun dahulu. Overall, kedua-dua bandar ni ada tarikan tersendiri - sejarah, budaya, alam semulajadi, cafe culture, sangat laid-back, dan akan jumpa ramai pelancong Mat Salleh di sini.  Mengikut maklumat, ramai foreigners jadikan Chiang Mai sebagai tempat persaraan.

Di sini juga kita dapat lihat industri pelancongan disokong oleh industri perbankan, yang membuka kaunter-kaunter money changer sampai ke malam hari dan juga di hari cuti. Memang banyak bank buka kaunter di sepanjang jalan di Chiang Mai dan Chiang Rai.

OK, perbelanjaan pula, 6H5M untuk seorang: RM1,630.00

Flight ticket : RM390; 
Hotel : RM240;
Duit belanja (transport, local tour, foods, dll): RM1,000 (tukar dapat THB8500, balance tinggal 5 baht je, last shopping beli candy durian tu la..hihi)

Perbelanjaan di M'sia: bas & teksi - RM38.00, makan-minum - RM15.00

Sekian, khap khun ka for reading.

22 comments:

  1. Banyak sungguh cafe. Tapi makan kat La Mango tu huh sedapnya..... Indonesia pun macam tu juga pandai mengolah produk buah-buahan mereka begitu kreatif menjadi pelbagai makanan kudap-kudapan. Banyak sungguh tarikan di Chiang Mai ni kan. Memang best sekali JJCM sambil cuci mata melihat rekabentuk bangunan mereka yang unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak cafe, rambang mata, pilih yg best...sedap2 menu di La Mango, tgk tourist Jepun order mango shake, perghh..pekat dan likat...ya, betul, Indonesia pun byk kerepek dan kudapan berasaskan buah2an...highly recommended Chiang Mai as holiday destination..byk tarikan..

      Delete
  2. 1. Menarik architecture bangunannya - basikal mereka pun menarik
    2. Walau buahan lebih kurang kita tapi ada yg specail seperti dijadikan kerepek tu
    3. Mereka manalah ada fikir halalan toyyiban.. gula-gula tersalah beli kasi aje kawan non-muslim
    4. Puas berjalan, letih tapi seronoknya sentiasa dlm ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Mmng menarik bangunan bercirikan Lanna architecture - hihi..tak jumpa basikal mcm tu kt M'sia
      2. mereka boleh pelbagaikan produk dari buah2an..kelapa pun jadi, dibuat kerepek..
      3. masa beli tu tak tengok betul2..hihi..dah bg pd ofismate non-muslim..
      4. pengalaman yang berharga..Alhamdulillah..

      Delete
  3. turut seronok mengikuti nohas travel walau sekadar mmbaca catatan perjalanan yg dikongsi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berkongsi pengalaman dan pengetahuan mngenai Chiang Mai & Chiang Rai..ada saudara seagama kita di sana..

      Delete
  4. Huh menariknya rice & mango crepes dan durian sandae tu.. deco dan warnanya menggamit selera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulut, mangga, durian & Siam memang takleh dipisahkan...

      Delete
  5. banyak melawat tapak pagi tu,nikmatnya nampak makanan kat la mango tu,thai memang sangat kreatif dgn local produce dia...dulu mmg minat makan kerepek nangka n dried mango from thai,sedap bangett

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak touch 'n' go je, tersampai awal lah pulak..hehe..byk menunya, rambang mata nak pilih..

      ya, betul, org Thai ni sangat kreatif, isi kelapa pun boleh jd snack mcm tu..tk pernah try lg kerepek nangka, dried mango tu pernah makan, memang sedap..

      Delete
  6. Best nya ...
    Sedap nya mango tu...

    Kita x pergi pun hatyai hrtu... huhuhu... sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap mango tu..

      kalau ada yg buat rombongan lagi, boleh join..in shaa Allah..

      Delete
  7. Sis nohas...

    jom gv support ... jawab soklan2 cepu cemas saya

    :http://hnr318.blogspot.my/2015/09/jom-berkenalan.html?m=1

    Tolong pomot skali if baik hati ...
    I really hope it can reach many heart of readers for the medicine awareness...

    Jazakallahu khayr ... tengs in advance ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca entry and jawab soklan cepu cemas tu..haha..

      baguss sekali, memberi kesedaran pada umum..in shaa Allah..

      Delete
  8. Dia orang ni kreatif betul buat pelbagai kraf dan makanan (especially yang berasaskan pertanian).
    Mesti best makan kat La Mango tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kreatif..macam2 mereka buat..utk kraftangan dan juga produk makanan...
      rambang mata nak pilih menu di La Mango..semuanya nampak best..hihihi.

      Delete
  9. memang teruja tgk produk mknn mrk tu ... kan bgaus klu ada cop halal ... bandar ciang mai memang cantik lah . sungainya pun bersih je . nak cari mknn halal pun senang je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak produk yg depa boleh buat dengan buah2an..dkt old city ni cantik juga, tempat lain kurang sikit...banyak jg restoran halal di sini..

      Delete
  10. nampak best je cafe-cafe tu, termasuk produk mknn tu...kalau halalan toyiban seronokla nk mencuba semua kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengopi di cafe2 best juga kan...dah terkena, beli candy durian, ada gelatin lah pulak..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!