Assalamualaikum...
Kisah trip tertunggak ke Taman Negara Pahang. Sepatutnya pergi bulan Ogos, tapi bulan tu 'peak time', full occupancy, takde bilik kosong, terpaksa tunda ke bulan September. Tapi apa kaitan bilik hotel dengan trip ni? Sebabnya pergi sini atas urusan kerja, klien pun dah setuju, bilik hotel as complimentary, free of charge. Takde bilik kosong, takpe, kita tunggu, boleh adjust time..hehe..Alhamdulillah, klien pun boleh tunggu. Takdelah, kejar-kejar nak report...
Maka, pada pagi Jumaat, 11 September 2015, berangkatlah ke negeri Tok Gajah. Naik LRT ke stesen Taman Melati, bos & family datang jemput and off to Karak Highway. Bos yang drive, so rileks lah sikit. Hampir 4 jam juga untuk sampai di Kampung Kuala Tahan + berenti buang air, beli pisang tepi jalan. Nak ke Taman Negara, boleh juga naik bot, 2 jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling, di bandar Jerantut.
Dari jalan besar, belok kanan dan masuk lorong ni, kemudian belok kanan lagi, untuk parking kereta di tempat letak kereta awam JKKK, charge RM5 sehari. Bawa beg-beg semua, menapak ke jeti di Sungai Tembeling.
Tengok banyak betul restoran terapung di sepanjang tebing Sungai Tembeling. Ada beberapa restoran ni menyediakan servis bot tambang untuk menyeberang sungai ke Taman Negara. Tambang bot RM1.00 je. Yang terapung ni bukan saja restoran tapi juga ofis ejen-ejen pelancongan.
Maka, pada pagi Jumaat, 11 September 2015, berangkatlah ke negeri Tok Gajah. Naik LRT ke stesen Taman Melati, bos & family datang jemput and off to Karak Highway. Bos yang drive, so rileks lah sikit. Hampir 4 jam juga untuk sampai di Kampung Kuala Tahan + berenti buang air, beli pisang tepi jalan. Nak ke Taman Negara, boleh juga naik bot, 2 jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling, di bandar Jerantut.
Kampung Kuala Tahan
depan sekolah ni, kena belok kanan, masuk lorong ni
kalau jalan terus akan sampai di tepi Sungai Tembeling
Dari jalan besar, belok kanan dan masuk lorong ni, kemudian belok kanan lagi, untuk parking kereta di tempat letak kereta awam JKKK, charge RM5 sehari. Bawa beg-beg semua, menapak ke jeti di Sungai Tembeling.
Tengok banyak betul restoran terapung di sepanjang tebing Sungai Tembeling. Ada beberapa restoran ni menyediakan servis bot tambang untuk menyeberang sungai ke Taman Negara. Tambang bot RM1.00 je. Yang terapung ni bukan saja restoran tapi juga ofis ejen-ejen pelancongan.
Restoran terapung di Sungai Tembeling
merangkap jeti bot ke seberang sana, ke jeti Taman Negara
boleh juga bawa kereta sampai ke tebing sungai
tapi tak boleh parking sini, sebab kalau air pasang, tenggelam kereta
atau hanyut dibawa arus sungai..ehehe..nangis tak berlagu..
ambulans saja boleh
Sebelum menyeberang, lunch dulu di restoran terapung. Pilih restoran ni..
Family Restaurant
dalam restoran
identiti bos harus dirahsiakan..hehe..
Sebelum menyeberang, lunch dulu di restoran terapung. Pilih restoran ni..
Family Restaurant
dalam restoran
Bila tengok menu, semuanya ada terjemahan ke Bahasa Inggeris. Kenapa ya? Sebabnya, memang ramai betul pelancong Mat Salleh yang datang ke Taman Negara. Dalam restoran ni pun, selain daripada kami berempat, pelanggan lain semuanya foreigners. Yang dalam gambar atas tu, saudara-mara tuanpunya restoran yg pakai baju putih disebalik tiang..
walaupun terapung, Astro tetap ada
tapi aerial parabola letak atas darat mcm ni
Dah order makanan, tunggu punyalah lama, rengsa sungguh, dahlah lapar. Alhamdulillah, walaupun lambat tapi sedap masakannya..masak dengan penuh kasih-sayang kot. Dah makan, jom kita naik bot..ke seberang..
Tak sampai pun 3 minit, dah sampai di jeti Mutiara Taman Negara. Ini macam kalu, berenang pun boleh..hehe..
jeti Mutiara Taman Negara
di seberang sana jeti Kuala Tahan aka Floating Restaurant
dah sampai di Mutiara Taman Negara
Inilah tempat penginapan kami selama dua malam di sini..sebab tu lah sanggup tunggu. Boleh je sebenarnya nak check-in kat hotel lain di seberang sana, tapi sebab klien dah janji...hehe..lagipun nak buat kerjanya di sini, di Mutiara Taman Negara ni. Lebih mudah duduk sini saja..ambik feel..
Dari jeti, nak naik ke atas, perghh..mendaki tangga, tingginya, dengan bawa beg lagi, semput. Rupanya takyah penat-penat bawa beg naik tangga, letak je dalam kotak troli depan jeti tu, dan akan ditarik naik menggunakan hydraulik ni. Dah tulis besar-besar kat kotak troli tu..'PUT YOUR LUGGAGE HERE'..tapi nak jinjing juga..hehe..
lif untuk tarik beg, di bawah tu jeti bot
Ambik nafas dulu..Alhamdulillah, ada welcome drink dan tuala sejuk. Register di kaunter dan dapat kunci chalet. Jom kita bergerak. Beg-beg semua dibawa naik buggy. Beg plastik memang dilarang dijinjing begitu saja, nanti monyet-monyet nampak, dia terkam, dari atas pokok pun dia boleh nampak..heee.
jalan-jalan cari chalet suites
Di sini ada standard chalet, chalet suites, banglo, hostel dan tapak untuk berkhemah. Alhamdulillah, klien provide dua chalet suites. Chalet suites ialah chalet berkembar.
chalet suites
chalet suites
Chalet suite besar juga, ada ruang tamu, bilik tidur dan verandah. Boleh muat dua, tiga keluarga.
bilik tidur dan bilik air
ruang tamu
verandah
Facilities, OK - ada tv, peti sejuk, seterika, hairdryer, coffee/tea, cerek, dan toiletries. Ada shower dan hot water system.
Jom tengok penginapan yang lain dan facilities yang ada di sini.
Kadar sewa: standard chalet: RM300++, chalet suites: RM500++, banglo: RM900 - RM1,000 dan hostel RM150 per person.
Jom tengok penginapan yang lain dan facilities yang ada di sini.
banglo 2-bililk
banglo 3-bilik
standard chalet
family chalet/connecting room
hostel
camp site - ada toilets, dapur & luggage room
Kadar sewa: standard chalet: RM300++, chalet suites: RM500++, banglo: RM900 - RM1,000 dan hostel RM150 per person.
mini market
Restoran Seri Mutiara
Dewan Bayan Nuri
Serba-sedikit info tentang resort ni, sesuai untuk buat aktiviti lasak sekeluarga, team building, kursus motivasi, honeymoon pun boleh..
---------------------------------------------------
Dah masuk chalet, berehat dan solat, kemudian keluar melawat kawasan. Tetapi awas..
kawasan monyet melintas
Alhamdulillah, sepanjang berada disini tak terserempak
dengan cik nyet berkeliaran di sini..
dengan cik nyet berkeliaran di sini..
Mutiara Taman Negara ni dah sebahagian dari Taman Negara. So akan jumpa ramai pelancong yang ikut private tour, rombongan-rombongan sekolah, datang berbot-bot, melalui kawasan resort ni untuk buat aktiviti dalam hutan seperti night jungle walk, canopy walk, ke Lubuk Simpon dan banyak lagi.
Bersambung..
Bersambung..
menikmati keindahan alam semulajadi di taman negara Phg ya...nampak mudah menyeberang ke sini melalui kuala tahan...belum pernah sampai sini walau dekat juga dgn kampung sendiri..
ReplyDeletedari Kuala Tahan dah dekat sangat, tambang bot pun RM1.00 je...dah habis buat kerja, buat jungle trekking dlm hutan sekali..
DeleteMenarik sangatlah No. Kakak teringat ada satu program tv tunjuk floating restoran tersebut
ReplyDeleteCuma itulah kakak nak cabar No cuba berenanglah ke seberang sungai tu agak-gak boleh sampai ke hihi... Nampak aje dekat kan tapi kalau tak pro baru sampai tengah sungai dah tenggelam haha...
banyak betul floating restoran di tepi sungai tu...hehe..tak sampai tengah sungai, kat jeti pun dah tenggelam..hihi..kalau pakai pelampung, bolehlah kot sampai..haha..kalau tak hanyut..
Deletecantik-cantik la chalet dia..thanks share,sis!
ReplyDeletecantik chalet di sini...nanti boleh check-in sini..
DeleteWaaa.... best nyer dia dah sampai taman negara tu.. kita ni kene cuti berjalan sekejap tunggu baby lahir huhuhuu :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, datang sini pun atas urusan kerja, sambil-sambil tu sempat2 kan diri berjungle trekking..
Deletetahniah! tahniah! Alhamdulillah..bakal jadi bapa, nanti travel bertiga lah ya..kalau dapat kembar, lg meriah..
wah chalet dia best juga. Kalau lah air sungai tu jernih lagi best kan. Dulu masa banjir teruk tahun lepas nampak teruk juga kawasan Taman Negara tu.
ReplyDeletebest chaletnya..besar dan selesa...air Sungai Tembeling keruh tapi Sungai Tahan, jernih airnya..
Deletemasa banjir tahun lepas, memang teruk kawasan ni,,hotel guests kena angkut naik heli ke Jerantut..
Yoo ko so... hehe. Lawak pulak baca diorang tulis Welcome in Japanese language pakai romaji macam tu. Nice chalet suits n banglos, interior and exterior look nice :D
ReplyDeletehehe..asalkan ada bunyi-bunyi cam Japanese..hentam sajalah..hihi..menarik chalet n banglo nya, konsep tradisional..
Deleteharga chalet tu boleh tahan mahal., huhu2
ReplyDeleteconsider mahal juga...sbb tu sanggup tunggu yg FOC..hehe..
Deleteuntungnya sambil kerja sambil ber ecotourism...sure rasa tenang lari dari metropolitan dan menghayati alam ,nice chalet..tapi kalau nak bawak org tua mcm tak ssuai plak ya sbb kena mdaki
ReplyDeletelari dari kesibukan kotaraya tapi takleh lari dari jerebu...memang tak sesuai, kena mendaki, berjalan kaki, melainkan orang tua yg fit, ramai jg mat saleh yg tua2 datang sini..
Deletemahal gak sewa chalet tu tapi berbaloi jugak sebab tempat tu memang cantik, indah dan jauh dari bandar
ReplyDeleteberbaloi jg duduk sini..dengan rate yg mcm tu..huhu..
Deleteada buat ke aktiviti hiking2..? eh.. kalo cem tu CT dok dalam chalet je..
ReplyDeletedasar berat montot i ni ahaha..
jungle trekking sampai 4 kali...tapi takde panjat-memanjat sgt, sbb mostly dah dibina wooden platform, part naik bukit, depa buat tangga..semput jugak nak naik..yg berat montot pun boleh naik...hihi..no excuse..hehee..
Deleteahahaha alaaa xleh ke ngelat duduk chalet je..
Deletebest jg dok chalet je sbb cam dok rumah kpg..hehe..
DeleteKembali kepada alam...Cantik lah chalet dia.
ReplyDeleteback to nature...chalet the kampong style..mmg cantik, baru diupgrade..
DeleteWow nice... mcm rumah rehat kt kenyir...
ReplyDeleteTapi kak ... air sungai tu mmg kaler teh tarik ea?
mmg kaler cam tu sbb hujan, naik lumpur..
Deletedapat melihat keindahan alam tu yg mahal . rasa bahagia je bila bangun tidor nampak gunung ...
ReplyDeletedapat lihat kehijauan hutan..tapi tak berapa sejuk sangat..mungkin sbb jerebu..
Deletejeti mutiara tu nmpk dekat je, rasa nk berenag je ke sana, tapi hakikatnya jauh jugak kalau berenang lenguh tangan..
ReplyDeletedgn arus sungai yg laju, letih nk melawan arus...
DeleteKalau saya pergi sorang terus ke resort mutiara ni boleh terus pilih pakej kat sana ke?..atau kena booking awal2
ReplyDeletekalau nk ikut tour organised by resort, tak yah booking..boleh walk-in je..
DeleteAssalamualaikum..nk tnya..klau floating restoren tu dibuka setiap hri ke? Buka pukul berapa tutup pukul berapa yee?😊
ReplyDeleteWaalaikumussalam..floating restoran ni banyak, ada yg buka dari pagi sampai malam, ada yg buka petang..
Deletesaya pun tak check buka/tutup pukul..pagi dah ada..