Friday, 23 October 2015

This is Rantau Panjang

Assalamualaikum..

Jumaat malam minggu lepas sempat berjaulah ke negeri Kelantan Darul Naim. Ikut rombongan naik bas..huhu..rasanya dah lama, tak pergi jalan-jalan ikut rombongan ni..last tahun 2000..rombongan ke Kelantan juga, + Terengganu..

Kali ketiga ke Kelantan, selang masa 15 tahun lamanya..

 Alhamdulillah, bas selesa

Bertolak pukul 11.30 malam, singgah di Merapoh, solat subuh di masjid, tak tau masjid apa, then sampai di Rantau Panjang, lebih kurang pukul 8.30 pagi. 

 This is Rantau Panjang

Rantau Panjang, pekan kecil sebelum ke Thailand, ditepi Sungai Golok..memang femes tempat shopping dari dulu hingga sekarang.

 Pekan Rantau Panjang

Itinerari pertama di sini, cari makan, sarapan pagi di gerai di tepi stesen bas kecik di tengah pekan. Kelantan-style, order nasi berlauk..dapat nasi putih dengan nenas masak lemak ikan masin..perghh, pepagi dah makan ikan masin...

 ada mihun kaler pink dan mee goreng

 tepung bungkus dan lepat

Lepas makan, start jalan..tak tau nak gi mana, memang tak study langsung, ikut orang je. Nampak ramai orang pompuan keluar dari satu jalan, bawa toto bagai, kami pun menuju ke sana..

 bestnya takde jerebu langsung, langit biru

 Jalan Besar
rupanya jalan ni menuju ke imigresen nak ke Thailand

 dah start shopping toto, tikar getah

Memang kalau shopping di sempadan Thailand ni, toto, tikar getah lembut, periuk, kuali cap buaya, memang jadi pilihan ramai..

Menyusuri Jalan Besar ni..hairan juga tak ramai orang..kedai pun banyak yang tak dibuka lagi..huhu..

 Masjid Mahmoodi

 imigresen - nak masuk Thailand

Jumpa Jasa duty free di sini, masuk beli coklat Daim dan Whittaker, kemudian patah balik, tanya orang kat mana bazar yang banyak-banyak tu..oo..belah sana rupanya..hihi...

 nampak signage ais krim kelapa ni
bila tanya, belum siap lagi...huhu, takde rezeki

 kawasan bazar..ramainya orang

 nenas kecik!! teringat kat Chiangrai
sebungkus ni RM10, adalah 6 ketul, beli dua biji je RM3.00

buah mangga dan ais krim (macam ABC)

Ok, jom start meronda..dari bazar ke bazar..

 beras pulut

 beras siam

 toto

kuali-kuali cap boya

beli asam jeruk ni, nama tak tau, mula-mula tu cuma tengok-tengok je
terpengaruh dgn ada seorang kakak yg tunggu..sedap katanya
 semangkuk RM5.00..campur buah macam2, kemudian bubuh kuah pekat
pedas giler..buah kelubinya pahit..

buah warna merah tu tak tau buah apa


berjalan semula ke tempat turun bas tadi

pekan Rantau Panjang

Tiga jam di Rantau Panjang..cuma beli coklat, fridge magnets dan keychains..lain-lain JJCM..

Sekian, have a nice weekend..

48 comments:

  1. Waaahhhh... banyak ni kakak nak komen:-
    1. Bas selesa mesti lena punyalah tahu-tahu dah nak solat subuh kan:)
    2. masjid di sana tak ada masalah - baaanyak
    3. makanan usah dikata tak terpilih kan semuanya sedap belaka
    4. barang jualan murah - pilih ajelah - toto mesti ada
    5. yg pasti bangga yg berniaga org kita
    6. balik penat tapi happy kan.
    7. nak tengok org melayu pandai berniaga di sanalah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. susah sikit nak lena dlm bas, tido-tido ayam je..lepas berenti di Merapoh, langsung x leh tido..
      2. ya, betul..sepjg jalan ada masjid..
      3. mknan mmg sedap, tapi air nya mahal, air limau suam harga RM2.50 secawan, huhu..kat KL baru RM1.50..
      4. ramai yg beli toto dn tikar lembut mcm tilam tu..
      5. betul..ramai org melayu yg berniaga
      6. penat but happy..
      7. ramai peniaga melayu di sana..

      Delete
  2. wah dh sampai ke rantau panjang...musim cuti sekolah mmg sesak tempat ni la ni lengang lagi...shoppinglh apa yg patut nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari minggu ramai orang datang berbas-bas..semuanya rombongan..sesak jg..takdelah shopping sangat..cuma nak jalan2..

      Delete
  3. Wahhhh bestnya.......
    Dah 3 kali kesana tapi tak pula jumpa kedai bebas cukai yang jual coklat. Pernah beli coklat kat duty free Pengkalan Kubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai bebas cukai tu sebelum imigresen nk masuk thailand, sebelah kanan, betul2 depan pejabat imigration..

      Delete
  4. wah tak menahan sungguh tenguk macam-macam ado. Kuali besor tu huh kalau beli mau di tenggek kat mana ya. Dulu pernah ikut rombongan naik bas biasa. Masa tu bas ekspress rombongan macam sekarang ni belum banyak lagi. entah tahun bila nun dolu-dolu. hehehe.Orang shopping toto banyak sampaikan tempat pemegang tangan atas bumbung tu berikat toto. Beli letak kat abs nanti driver tukang ikatkan atas tu. Jadi bila dah sampai rumah tali tu gunting je. Bawah kaki jangan cakaplah memang penuh semata dengan macam-macam belian orang rombongan. Hai kenangan sungguhlah. Kalau pakai bas rombongan macam nohas naik tu tak banyak barang boleh di beli sebab ruangan yang sempit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 pergi rombongan memang guna bas cam tu kan..hihi..dekat siling, atas lantai orang letak barang. Bas yg saya naik ni walopun nampak sempit tapi ada ruangan letak barang kat bawah bas, mcm bas express..

      Delete
  5. wah..tempat shopping kegemaran saya...kuali besar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..selalulah MKL gi sini ya..kuali besar2..

      Delete
  6. Last saya ke Rantau Panjang 10 tahun dulu... mmg kalau ke Kelantan paling best makanan sedap-sedap... pagi2 sarapan nasi berlauk, nasi kerabu dan nasi dagang. Dan kalau ke Rantau Panjang tak boleh tidak mesti membeli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan paling best di Kelantan..sarapan pagi byk pilihan nasi..mesti nak membeli kalau ke Rantau Panjang..ramai sungguh yg angkut macam-macam..

      Delete
  7. Selalu orang tak cukup tangan memborong kalau ke sini,tmpat letak barang kat bas tu sure penuh dengan toto,kuali,periuk belanga,termos nasi etc...hehe tu pengalaman saya la naik bas rmbongan dengan makcik pakcik g kenduri kahwin lps tu menyinggah sini,tapi saya pun beli barang ringan jgak,sllalunya cari cashew nut n pistachio klau ke bazar smpadan siam mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..tempat simpan barang kt bawah tu penuh dgn toto, periuk dan kuali..ramai yg beli periuk dan kuali besar untuk kegunaan surau..cashew nut n pistachio tak jumpa lak sbb gi bazar jual2 barang je..hihi..

      Delete
  8. Saya tak pernah sampai Rantau Panjang lagi...macam best aje shopping kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat shopping yg famous di sempadan Siam..murah2 barangan esp periuk, kuali, toto..

      Delete
  9. Boleh menyeberang ke Siam naik sampan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyeberang Sungai Golok..tak bawa pasport..

      Delete
  10. Bihun pink ... ni kalau JM tau ni dia beli 10 paket ni... hihi... jgn marah JM... gurau2 pagi minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..takde pulak yg beli bihun ni..semua nk rasa makanan kelantan..pepagi makan laksam n nasi berlauk...huhu..

      Delete
  11. Mana hasil shoping akak? Hihihi... kepochi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi saya pun nak tanya benda yg sama. Hasil shoppingnya? :)

      Delete
    2. nnhas and Farrah, lupa lak nak snap gambar..shopping coklat Daim and Whittakers, FM and key chains Kelantan je..

      Delete
  12. Kalau dah ke sini memang haru memborong toto! :)

    ReplyDelete
  13. saya gi rantau panjang tahun 1988 . ikut rombongan sekolah . lama gila kan ... wah itu kuali ternganga di tengah2 jln ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..lama giler...kuali cap buaya, memang famous..

      Delete
  14. Replies
    1. ya, betul..Klate best..*menunggu entry Klate ni*..

      Delete
  15. Last pergi rantau panjang 12 tahun lepas.. itu pun terus beli toto, pastu balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma beli toto je, lps tu balik, wahh..lagi dramatik..tapi mmg ramai yg beli toto kt sini hot item..harga murah..

      Delete
  16. uwaaa.. rinduuu Kelantan... last pergi pun masa tahun 2001 kot..huhu
    mendamaikan.. makanan sedap & murah.. org baik2... toto, tikar getah lembut, periuk, kuali cap buaya memang jadi pilihan utk dibeli kalau ke rantau panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang samalah kita, saya last pergi tahun 2000..mknan sedap..memang betul, semua tu hot items kat rantau panjang..hihi..

      Delete
    2. harap dapat ke sana lagi suatu hari nti... nak makan budu... hehe

      Delete
  17. Lama tak ke sini.. Awesome semua.. Barang & makanan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pilihan makanan & barang2..awesome..

      Delete
  18. mana gmbr rombongan cik kiah tu makk? hehe2 ade singgah mesjid beijing tak? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dlm whatsapp group, tk download..mula2 plan nak singgah, tak sempat..kena repeat ni, gi sendiri2 pulak..

      Delete
  19. akak tak pernah pergi pun mesti best sbb barangan disana murah kan nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangan murah di sini compared dengan tempat lain...terutama barangan Siam..

      Delete
  20. bestnya, dah lama tak jalan area pekan-pekan macam ni ... belum sampai lagi di rantau panjang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke Kelantan memang kena gi Rantau Panjang..tapi skrg dh banyak tempat shopping kt sempadan Kelantan-Thailand..

      Delete
  21. terbaik..saya orang kelantan pon dah bertahon tak jejak rantau panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang jauh yg ramai yg datang sini..berbas-bas..huhu..

      Delete
  22. wajib shopping kalau datang ke sini. brang murah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbondong-bondong tengok orang shopping..rambang mata...

      Delete
  23. uihh lepat dapnya. dok mengidam dari hari tu lagi tapi ramai buat lepat ubi/labu je. nak lepat pisang T_T. and jeruk tu macam mengancam jiwa pepagi ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk selalu jumpa org jual lepat pisang je, lepat ubi/labu jarang beno jumpa kt KL ni..jeruk tu,telan ai lio..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!