Wednesday, 13 December 2017

Clutch - pelengkap gaya wanita

Hey ladies!!

Let's talk about 'clutch'. 

Bukan 'clutch' kereta manual, yang kena tekan, kalau tak, enjin terus berenti tu. Itu pun dipanggil 'clutch' juga, tapi ni nak story tentang women clutch. Tas tangan genggam.

Women clutch. Sejenis beg tangan juga. Beg tangan wanita kan banyak jenis - tote, hobo, satchel, cross-body, shoulder bag, casual dan lain-lain. Wanita dan beg tangan berpisah tiada.

Digemari dan disenangi oleh wanita pelbagai peringkat usia, women clutch direka untuk pelbagai aktiviti, majlis dan keraian. Praktikal dan pelengkap gaya - dua kosa kata untuk woman clutch masa kini.

Women clutch pada asalnya berbentuk segi empat, besar sedikit daripada dompet, nipis dan hanya digenggam dengan tangan. Tetapi sekarang ada yang berbentuk bulat, boxy dan juga ada yang dilekatkan dengan tali kecil untuk tujuan keselamatan, yang ni dipanggil 'wristlet clutch'.   

Ada dua jenis women clutch iaitu 'day clutch' dan 'evening clutch'. Menurut ebay.com, kedua-dua jenis 'clutch' ni berbeza dari segi material dan perhiasan.

Material untuk 'day clutch' kebanyakan daripada jenis kulit, microfiber, kain kapas, kanvas, kain linen, anyaman etnik, sesuai untuk kegunaan harian, digayakan ke pejabat dan aktiviti santai di hujung minggu.

sesuai untuk digayakan ke pejabat
 
'Wristlet clutch' gaya ranggi oleh ZALORA


'Day clutch' bagi wanita macam mak saya, adalah untuk melengkapkan gaya santai ke pasar. Bila nak pergi pasar, mulalah mencari 'clutch'. Nak bawa beg tangan, nampak macam 'over'. So, bawa 'clutch', letak duit kertas dan kunci rumah. Masa berjalan, genggam dengan tangan, bila nak pilih-pilih barang, kepit bawah ketiak. Hassle-free...huhu..

 my clutch untuk ke pasar atau santai2 gi kedai runcit
atau gi isi minyak kereta

Saya rasa semua wanita begitu, termasuklah saya. Bila keluar makan tengahari, ramai yang bertukar ke 'clutch' samada bertali atau tidak. Mudah dan praktikal, untuk sekadar letak dompet dan telefon bimbit, mungkin juga gincu bibir atau bedak compak, untuk keluar lunch bersama rakan-rakan sepejabat.
'women clutch' tanpa tali - Something Borrowed


Umum mengetahui, 'evening clutch' sangat sinonim dengan majlis-majlis 'glitz and glamour' di sebelah malam/petang seperti majlis makan malam, majlis anugerah award filem, kenduri kahwin dan lain-lain majlis high-class. 

Material untuk 'evening clutch' berasaskan satin, lace, kulit yang dipaten, sutera, songket/broked, ditambah dengan perincian sekuin, batu hiasan, paku logam (stud), untuk tampak elegan dan mewah. Yang bling-bling, bersinar-sinar..




Ada juga 'women clutch' yang sesuai digayakan di waktu siang dan juga malam.
 
Jacquard Framed Clutch by ZALORA

Ramai socialites, fashionista dan keluarga diraja di dunia yang sangat bergaya dengan 'clutch'. Siapakah yang kelihatan sangat sopan, elegan dan feminin ketika menggayakan 'clutch'

Sudah tentulah 'the most photographed women in the world' - the late Princess Diana dan Duchess of Cambridge - Kate Middleton.

 gaya Kate

     gaya Diana    
 
  Bagaimana menggayakan women clutch supaya nampak manis dan elegan.

digenggam sebelah tangan

guna dua belah tangan




Walau bagaimana cara women clutch digayakan, aura anggun, menawan serta feminin tetap terserlah..

Happy clutching, gorgeous!!

30 comments:

  1. WAH BERGAYA DGN CLUTCH YG CANTIK LAGI SIMPLE

    ReplyDelete
  2. Oo, baru tau, hehe.
    Beg yg Ada Tali Kat hujung tu pun boleh panggil clucth ke? Simple, sangkut je di pergelangan tangan.

    ReplyDelete
  3. kalau nak pergi dinner mmg sesuai kalau pakai clutch

    ReplyDelete
  4. Baru akak tahu Nohas..
    itu rupa clutch ..
    akak panggil dompet duit her hihihi..

    Cantik bergaya kate dan diana menggayakan nya..
    Kalau akak mahu tercicir ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita panggil dompet duit lg mudah..
      utk kegunaan harian, beg bertali sangkut kt bahu, mudah nk bawa....kate & diana depa gi majlis2 rasmi..

      Delete
  5. Kate middleton memang gaya dia selalu jadi ikutan :) btw cantik-cantik clucth tu sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarga diraja british yang famous...gaya yg jd ikutan ramai..

      Delete
  6. Haha ingat clutch kereta td. Lurus budak ni. Tak berpesyen

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... hi kak... lama x dtg jengok akk disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...busy study...study hard ya!

      Delete
  8. Awww sis kelassss sangat kalau bawak women's clutch ni, mesti nampak exquisite je ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..nmpk exquisite...gaya feminin..

      Delete
  9. Kalau gi lunch memang bawak beg kecik utk isi purse dan handphone. Rupanya dia adik beradik clutch juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, adik-beradik..hehe..kategori clutch jg...

      Delete
  10. clutch santai2 kak nohas ke pasar tu dari vietnam ke...mcm sama corak dgn yg sy bli di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dari vietnam...souvenir dari ofismate..

      Delete
  11. beg bunga2 biru tu mcm dr vietnam je haha.. itu pun suka bawa. senang dan xbahaya dr bawa handbag

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, vietnam mari...siapa2 yg cepat lupa, bahaya gak bawa beg clutch ni, takut tertinggal kat mana2..hihi..

      Delete
  12. Sha pernah dapat clucth ini dulu.. Tapi sebab tak guna bagi kat orang.. Hehehe.. Kalau tak bawa beg besar, macma tak puas pula.. hehehe..
    Yang untuk malam tu cantik.. sebab glitter kan.. meghelip-ghelip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. clutch ni utk simpan satu dua benda je,kalu nk simpan byk barang mmg tak praktikal...dinner clutch bling-bling tu cantik2 design nya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!