Alhamdulillah, dah lunch-cum-dinner di Kervan Turkish Restaurant di GFC Mall, jom kita mulakan aktiviti berjalan. Evening walk dari Yeoksam station ke Gangnam station. Masuk ke underground mall di Gangnam Station, tujuan utama nak cari kedai handbag yang pi 5 tahun dulu.
Memang meriah di bawah tanah ni, tambahan ada 'summer sale', time gaji lagi. Jumpa Paris Baguette, masuk beli roti untuk sarapan pagi esok.
wahh..Mr Sunshine..Paris Baguette salah sorang sponsor citer ni
Jalan-jalan, tak jumpa kedai handbag, keluar exit 10, menyusuri jalan ke Sinnonhyeon station. Nak ambik Line 9 untuk ke stesen Express Bus Terminal.
bahagian belakang, tengok patung ni,
teringat tarian John Travolta, banyak language school di sini
Menghampiri Sinnonhyeon station, ada kerja-kerja membaiki jalan, suasana sesak, tinggal satu lorong je.
dah sampai Sinnonhyeon station,
kelihatan Urban Hive building di seberang jalan
The Urban Hive is a building designed by architect In-Cheurl Kim. The building is called the Urban Hive because of its unusual honeycomb
exterior structure. This honeycomb motif is not simply aesthetic, this
unique method of supporting the structural weight of the building with
the honeycombed concrete exterior imparts unique benefits for the
interior spaces of the building. There are 3371 holes total in the outside wall of the Urban Hive.
singgah CU beli air kopi hazelnut
sedap...ada pelbagai perisa
iklan British Council
Di Sinnonhyeon, naik line 9 ke Express Bus Terminal, keluar exit 8-1, untuk ke Banpo Bridge (Rainbow Bridge) nak tengok pertunjukkan lampu di jambatan ni. Berjalan di sepanjang jalan besar, nampak signage Rainbow Bridge, jalan lagi, tiba di Sinbanpo station..rasa macam dah jauh berjalan..
Hangang Park lagi 500m, Banpo Bridge takde
disinari mentari petang
Sampai di satu simpang, nampak signage Hangang Park & Sebitseom, corner kanan, kena jalan lagi 1km. Bila nampak tulisan Sebitseom, dah dekat dah dengan Banpo Bridge. Tanya kat one couple, depa pun tak tau Banpo Bridge kat mana.
Ikut gerak hati, jalan ikut mereka yang nak gi beriadah, tetiba couple tadi berlari kejar kami sambil tunjuk handphone lokasi Banpo Bridge. Kamsahamnida, bersusah payah kejar, aiseyy, baru teringat kenapa tak google je tadi lokasi Banpo Bridge..terlupa sungguh. Aje je nak suh kami evening walk, exercise petang. Lalu bawah terowong..tadaa..
Masih ramai lagi beriadah di Hangang Park ni, yang bawa anjing jalan-jalan, yang berbasikal, family piknik, suasana nyaman, tak panas. Kami pun berjalan menuju ke Sebitseom, tiga pulau terapung ciptaan manusia di Sungai Han. Dipangil juga dengan nama Some Sevit.
senja nan merah di Sungai Han
entrance ke Some Sevit
Sebitseom ada tiga pulau: Gavit, Chavit dan Solvit. Ada juga performance area diatas air yang dipanggil Yevit. Dibuka kepada umum secara rasminya pada November 2014. Antara lokasi shooting movie Avengers: Age of Ultron.
Di pulau-pulau ni ada restoran, muzium, wedding hall
Hampir pukul 8.00 malam, tunggu show kat Banpo Bridge. View dari Sebitseom.
dah nak start
nampak le sikit. sebaiknya tengok dari sisi baru nampak pelangi
oklah, dah habis pertunjukan. Berjalan balik ke Express Bus Terminal, ikut jalan yang betul..hehe. Masuk ikut Gate 4, terus masuk ke shopping mall yang dipanggil Goto Mall.
Kalau ikut gate ni, lagi mudah kalau nak ke Banpo Bridge. Caranya, dalam stesen Express Bus Terminal, ikut signage ke Goto Mall dan cari Gate 4. Naik ke atas, ke aras tanah, ikut kanan ada eskalator, belah kiri kena naik tangga. Dah sampai atas, berdiri di tepi jalan, akan nampak jalanraya bertiang, belok kanan, jalan terus je ke Banpo Bridge.
Kalau ikut gate ni, lagi mudah kalau nak ke Banpo Bridge. Caranya, dalam stesen Express Bus Terminal, ikut signage ke Goto Mall dan cari Gate 4. Naik ke atas, ke aras tanah, ikut kanan ada eskalator, belah kiri kena naik tangga. Dah sampai atas, berdiri di tepi jalan, akan nampak jalanraya bertiang, belok kanan, jalan terus je ke Banpo Bridge.
Dalam Goto Mall
Signage ke Banpo/Hangang Park, Sebitseom. Gate 4 yang paling dekat
besar gak underground mall ni
Masa untuk balik, naik Line 3 ke Seoul National University of Education, then Line 2 ke Yeoksam station. Huh! hari yang panjang, lebih kurang 23,000++ langkah perjalanan hari ni. Hari ini dalam sejarah, paling tinggi..boleh kurus kalau hari-hari macam ni...bhaha..
Dah refresh, masih kenyang lagi, nak supper juga, makan roti dengan sambal bilis Che Nor. Lepak tengok TV, citer Mr Sunshine, ditayang hari Sabtu dan Ahad di Korea.
Mr Sunshine tanpa sarikata
Home shopping mesti ada
jual ikan kering pula
stew sayur + ikan..nyum, nyum..
End of Day 3. Esok hari untuk tunggang terbalik di Lotte World Theme Park dan juga jumpa Baby Shark..dududu..okbai..
Architecture bangunan2 sana memang sangatlah power dan mengasyikkan untuk diperhatikan atas bawah... leka dibuatnya, hahah :3
ReplyDeleteSis cecah 23k plus steps hari tu... power tu sis, daebak... *thumbs up* ;3
bangunan2 moden di sana menarik architecture nya...suka tengok..
Deleterasa nak tercabut kaki berjalan hari tu dgn backpack berat seblm check in hotel..training askar..hihi..puas lah jelajah Gangnam...huhu..
MEMANG SERONOK JLN2 HALA KESITU WALAU PENAT SEDAR2 DH SAMPAI SEBAB SUASANA SEKITARNYA MENARIK
ReplyDeleteberjalan sambil menikmati suasana petang di korea..
DeleteKopi Hazelnut tu macam sedap je. Perisa apa yang best. Underground mall kat seoul memang best. Ralit mata memandang barang-barang...huhuhuhu berjam-jam pun tahan. hehehehe
ReplyDeletecuma try perisa hazelnut je, yg lain strawberry, americano..ya, underground mall ni jual mcm2 benda..harga reasonable jg..mmg ralit window shopping..
DeleteJauh kan kalau nak berjalan ke sana dari stesyen Express Bus Terminal... rasanya lebih satu km...
ReplyDeletemmg jauh dari exit 8-1..tapi masa balik masuk Gate 4 Goto Mall, mmg ralit window shopping..hihi..
DeleteKalau jalan macam ni..tak terasa walau dah 23000 langkah..
ReplyDeleteCantik gambar langit senja
tk terasa sbb jalan sambil menikmati pemandangan baru di sekeliling..
Deletefirst time tgk senja di kwsn sungai..