Berdiri depan pintu Fully Hong Mini Hotel, hati berbelah-bagi. Nak makan nasi ikan bakar di sini dulu ke atau nak makan sujebi di Insadong. Bau ikan mackerel bakar menyusuk kalbu...tak tahan wehh..
Since destinasi pertama hari ni nak pi jalan-jalan di Insadong, baiklah kita makan sujebi yang femes di sana. Jom mengorak langkah, berjalan kaki ke Insadong yang ada banyak kedai-kedai tradisional jual souvenirs truly made in Korea dan juga art gallery.
permulaan Insadong-gil di bahagian selatan
Insadong-gil
Sukaa!! suasana di Insadong ni. Menyusuri Insadong-gil, melihat pelbagai hasil kraf yang cute2, comel2...yippuda..
traditional hanji fan
Lalu depan dua, tiga gerai jual manisan 'dragon beard candy' atau kkul-tarae, nampak je orang Malaysia, mula le penjual tu cakap....''sedap giler" sambil tunjuk candy...adoyai, malas nak layan, hahaha..
banyak juga galeri & art shop
si pinky naik basikal..haha..tak perasan..
si pinky naik basikal..haha..tak perasan..
Jalan sampai ke Ssamziegil, bangunan komersil dibina daripada kayu. Malas nak naik, nampak tangga je, macam takde lif. Cuaca panas, nak cari tempat ada air-cond.
Tengok jam dah pukul 11 lebih, perut dah terasa lapar. Dah ada di Insadong, haruslah cari restoran sujebi yang femes tu. Dah plan nak ke sini bila baca dalam blog Azra and budgettravel2korea.
Masuk jalan Insadong 10-gil, nampak signage Insadong 8-gil, masuk lorong Insadong 8-gil tu, menonong je jalan ke depan, tak pandang kiri pun, melilau dalam tu, keluar balik. Pening, banyak sangat restoran Korea kat lorong tu.
Last-last tanya kat gerai jual kkul-tarae tadi..haha..depa yang beritau, restoran tu ada kat dalam. Jumpa juga akhirnya..
Lokasi restoran sujebi (lebih kurang)
Insadong 8-gil tu lorong kecik je, untuk pejalan kaki
suasana dalam restoran
ruang untuk makan bersila
Tengok buku menu. ada terjemahan dalam bahasa melayu. Ada macam-macam jenis sujebi. Order sujebi biasa dan haemul pajeon (lempeng seafood).
semangkuk sujebi dalam peralatan tradisional korea (earthenware)
semangkuk besar kimchi. ada juga water radish
kimchi ahjumma ni memang terbaik..sedap giler..
sujebi dan lempeng yang sedap
sujebi ni tepung liat dalam sup ikan bilis
sujebi ni tepung liat dalam sup ikan bilis
Jenuh juga nak perabihkan lempeng tu, mula-mula tu ok je makan begitu saja, lama-lama rasa muak, mulalah craving for sos cili. Alangkah bestnya kalau makan dengan sos cili. Sos cili ada dalam beg luggage, yang ditinggalkan di hotel. Akhirnya, berjaya juga menghabiskannya..Alhamdulillah.
Harga :
sujebi = 6,000 won
pajeon = 12,000 won
jumlah semua = 18,000 won (RM65.70).
Harga :
sujebi = 6,000 won
pajeon = 12,000 won
jumlah semua = 18,000 won (RM65.70).
Dah kenyang, hati riang, kembali sambung berjalan ke Gyeongbokgung, istana lama tinggalan Dinasti Joseon.
ke hujung Insadong-gil bahagian utara
landmark Insadong bhg utara
Berjalan ke Sejong-daero untuk ke Gwanghwamun Gate, pintu masuk utama ke Gyeongbokgung
Twin Tree Towers - bangunan pejabat yang ada pleat mcm skirt
Gwanghwamun Square - masa ni pukul 12.25 tengahari
panas lit-lit, matahari memancor-mancor
tak masuk dalam kawasan istana, cuma snap gambo pengawal je
ada gak yang berhanbok bagai dalam cuaca panas
Dari Gwanghwamun Gate, berjalan ke dataran yang ada patung King Sejong dan Admiral Yi Sin dan terus ke Cheonggyecheon, sungai kecik yang jernih airnya.
menyejukkan diri di Cheonggye Stream
ada orang tengah shooting..dokumentari kot..
Bersambung..lepas ni ke KTO Seoul Center.
Bersambung..lepas ni ke KTO Seoul Center.
Sukalah tengok suasana kat kedai makan tu.
ReplyDeletesuasana tradisional korea..
DeleteHehee... teringat kat mamat korea yang buat kkul-tarae di Myeongdong last year, pandai jugak dia cakap Malay sikit2 sambil melawak... tarik perhatian pelancong dari Malaysia :D
ReplyDeleteWaaa nampak sedapnya sujebi tu... harap one day dapat try sujebi :'3
yang jual kkul-tarae ni ramai yg pandai ckp Melayu, kt Namdaemun pun ada jg..
Deletemmg sedap sujebi, kena try..
i miss sujebi T____T
ReplyDeletekimchi ahjumma sujebi tu mmg terbaek lahh, tempat lain tak dapat rasa sesedap itu
ya, betul..kimchi ahjumma tu memang sedap, tmpat lain biasa2 je..non-stop makan, buat wrap dgn pajeon..banyak betul dia bagi, satu pot..
DeleteSo tak jadilah makan ikan bakar yang sedap giler tu..
ReplyDeletetak jadi..dan tk makan ikan bakar kt depan hotel, mkn kt namdaemun..
Deletemenarik Sujebi.. tak penah cuba. kalo pegi kena kongsi2 je kot rasanya kan..
ReplyDeleteportion besar..mmg kena kongsi2..lagipun first time cuba, tk tau rasa mcm mana..
Deletemenarik baca pengalaman nohas.. rasa macam joint jalan sama.. part makan tu memang kena kongsi kongsilah kan..
ReplyDeletepart makan tu yg best, mencuba mknan tradisional korea..
Deletetravel backpacking rileks je..hehe..