Friday, 10 May 2019

Bas Kite, Batu Bersurat & Muzium Negeri Terengganu

Hari kedua di Kuala Terengganu, aktiviti jalan-jalan ke tempat menarik di sini.

View dari bilik hotel

jambatan angkat dalam pembinaan
jambatan style 'London Bridge is falling down'

Selepas sarapan pagi di hotel, berjalan ke stesen bas. Perancangannya nak naik 'bas kite' - bas pelancong. Ada dua laluan - satu ke Taman Tamadun Islam, yang satu lagi pergi Pantai Batu Burok.
 
 Bas Kite

bahagian dalam bas kite


Dah naik bas. Dalam bas, bincang lagi. Tak jadi naik 'bas kite' sebab malas nak turun-naik bas. Cadang sewa teksi. Bincang dengan pemandu teksi tempat-tempat yang nak pergi, oklah setuju sewa RM70.

pemandangan depan stesen bas
masih bertahan kegunaan sebagai rumah kediaman
walaupun semua rumah yang lain dah bertukar menjadi kedai

Ok, jom ronda-ronda Kuala Terengganu. Mula-mula ke sini.


Batu Bersurat Terengganu

Malas nak keluar, cuaca panas, cuma snap dari dalam kereta je. Seterusnya, ke Kuala Terengganu waterfront di Pulau Kambing.

kuala - sungai bertemu laut

Next, ke Muzium Negeri Terengganu di Kampung Losong.

comel bakeri ni - the Cupcake Shop
 
suka tengok atap rumah ni
 
Dah sampai tempat dituju.


Ada event - Pertandingan Lukisan Citra Terengganu


Nak pi sini cuma nak tengok bangunan muzium ni je, malas nak masuk.

 senibina tradisional




Ada majlis apatah, ada jual2, pameran, open table


ada booth Palestine

gembira mereka menari

Tak berlama-lama di sini, ke destinasi seterusnya - Taman Tamadun Islam.

 rimbunan bunga kuning

- Bersambung -

8 comments:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!