Hari baru dimulai dengan sarapan pagi. Tak nak makan di hotel, nak makan nasi kerabu yang paling sedap tu. Adik receptionist tu cakap dekat je, jalan kaki pun boleh. Kami pun keluarlah berjalan kaki. Tapi tak jadi, sebab nampak macam jauh. Singgah di gerai dekat hotel ni, Warung Pak Tar.
Ada jual nasi dagang. Yeayy, Alhamdulillah. Datang Terengganu, mestilah makan nasi dagang, makanan wajib nih.
sedap weii, nasi dagang ikan aye nih
Pertama kali sarapan pagi makan nasi dagang. Memang sedaplah nasi dagang ni. Ramai pelanggan, yang datang makan, yang beli bungkus. Orang cina pun ada datang makan.
Dah makan nasi dagang, masuk hotel semula, sambung sarapan di hotel pula...hehe...ada nasi impit kuah kacang, mi goreng, lempeng tepung, buah tembikai, roti bakar. Dah bayar, rugi lak tak makan minum kan...isi minyak.
Dah makan nasi dagang, masuk hotel semula, sambung sarapan di hotel pula...hehe...ada nasi impit kuah kacang, mi goreng, lempeng tepung, buah tembikai, roti bakar. Dah bayar, rugi lak tak makan minum kan...isi minyak.
lempeng tepung cicah gula
Makan sudah, moh kita sambung aktiviti shopping Round Two di Pasar Besar Kedai Payang.
Bersua kembali
pencinta kucing
pilih-pilih
mother tengah pilih baju kaftan untuk anak-anak
Terus naik tingkat atas and the shopping spree begins..baju batik, serunding, keropok, fridge magnet. Lepas tu tunggu mother shopping pula, biasalah kan, nak beli untuk anak tu, anak nun, cucu sana, cucu sinun. Layan je lah, demi bonda tercinta.
pilih-pilih
mother tengah pilih baju kaftan untuk anak-anak
pemandangan tingkat bawah pasar kedai payang
beli keropok kering, kuih semang @ gula-gula sarang burung
kuih semang - rasa macam kuih sagon
setambung keropok
beli serunding ikan ni
Bersesak juga dalam pasar ni, ramai orang. Dah habis membeli-belah, balik hotel. Kemudian, gi solat zohor di Masjid Abidin. Untuk lunch, cadangannya nak makan nasi minyak john di restoran tepi jalan besar, tapi dah habis pulak. Gerai nasi minyak john di Warung Pak Tar tutup pula hari ni. Femes gak nasi minyak john nih.
Kakak telefon beritahu yang kawan dia ajak makan celup-celup tepung, nak datang ambik kami semua pukul 3 petang. Sementara menunggu, kami pegi makan mi & mihun goreng seringgit di gerai bawah pokok.
Kakak telefon beritahu yang kawan dia ajak makan celup-celup tepung, nak datang ambik kami semua pukul 3 petang. Sementara menunggu, kami pegi makan mi & mihun goreng seringgit di gerai bawah pokok.
Kawan kakak, suami isteri datang ambik. Depa bawa kami ke Pantai Teluk Ketapang, belah Seberang Takir. Banyak kedai jual celup tepung. Depa bawa ke kedai no. 8.
Kedai Pak Hashim, No.8
Depa cakap celup tepung di kedai ni lagi sedap dari gerai yang femes, yang kat Pantai Telipot Mengabang tu..huhu. Entahlah, teman tak pernah makan yang hok sana, tak boleh nak compare. Kita ikut je lah recommendation dari orang tempatan.
ABC & ABJ
air batu jagung
Order keropok lekor dan udang & sotong celup tepung. Celup-celup tepung ni rasanya macam sama je, yang lain cuma sos pencicahnya.
Lepas makan, ronda-ronda tepi pantai, tapi dalam kereta je lah. Ingatkan boleh lalu jalan baru tepi pantai, sekali tutup daa..
bola sepak pantai
bangsal-bangsal untuk membawang berehat di tepi pantai
Tak berlama-lama di sini sebab hari beransur senja.
--------------------------------
Pagi Isnin, lepas solat subuh, check-out dan amik grab ke airport. Tambang cuma RM14 je. Dah check-in beg semua, terus masuk ke ruang menunggu. Alhamdulillah, bagus airport Terengganu, ada banyak risalah tentang agama Islam dalam pelbagai bahasa di ruang menunggu (departure hall). Semoga usaha dakwah membuahkan hasil, aminn. #IslamMemimpin.
risalah-risalah tentang Islam
Sekian, kisah percutian di Kuala Terengganu. Thanks for reading.
Kalau dah ke T'ganu mestilah cari nasi dagang dan keropok.. yer dak? saya suka nasi dagang. Celup-celup tepung tu pun sedap!
ReplyDeleteya, mesti cari keropok & nasi dagang..truly Terengganu...celup2 tepung tu sedap..
DeleteSaya kalo balik teganung cari kepok leko goreng segera atau yg baru rebus, yg rebusan pertama tu, air dia tak keruh lagi, uihhh yg tu memang sedap betul2, pagi2 suruh anak pi beli buat sarapan, nasi dagang, nasi kerabu mak sedara biasa buat. Makanan kat terengganu memang the bestlah rasanya, haha..banding dgn tempat2 lain.
ReplyDeletekeropok lekor mmg favourite..dapat yg panas2, yg goreng/rebus, mmg layan..nasi kerabu & nasi minyak tx sempat makan..makan2 di Teganung mmg best..
DeleteIngat terengganu ingt keropoknya yg pure.
ReplyDeletekeropok lekor yg sedap..
DeleteSedap makan celup tepung.. Nasi dagang, kopok lekor.. semualah sedap.. hahaha
ReplyDeletesedap2 semua makanan..
Deletebetul tu.. hehehe
Deleteboleh repeat..hehe..
Deletekalo ke Pasar Payang memang CT suka beli kaftan. at least sehelai buat top up yang dah ada. memang tahan lama sangat. yang paling lama ade dalam simpanan dah almost 5 tahun rasanya. x koyak x reput.. lepas tu kalooo musim mangga kat sana ya Allah murahnya. tapi mangga thailand la hehe nak buat macam mana..
ReplyDeletegerai NO8 tu sedap !! tu antara yang suka pi. tapi CT rasa.. yang kat telipot tu sedap juga. style masing2 jadi sedapnya beza2 =D
tahan lama kainnya..akk pun beli buat top up yg sediada...
DeleteYg kt telipot belum try lg, dh viral, mesti sedap..in shaa Allah next time..
orang kata yang famous tu Nasi Dagang Atas Tol tapi tatau sebab tak minat nasi dagang. hehe.. kalo tanya kawan2 semua suggest situ.. famous kot.
ReplyDeleteAda nmpk kedai tu masa nk ke kpg losong..dlm blog pun ramai yg suggest kedai ni..maybe next time ke t'ganu leh gi sini..
DeleteMasuk list nanti nk g it nx month
ReplyDeletecuba jgn x cuba..sedapp..
Deletekena datang sekali lagi masuk pasor payang baru yang baru siap tu
ReplyDeleteitulah kena gi lagi..nak jg tengok pasar yg baru..
Delete