Monday, 1 June 2020

Bacaan Surah Al-Fath di dalam Hagia Sophia, Istanbul

Hello, Juni..dah masuk bulan Jun 2020...

dah start musim panas, suasana pun panas - panas dengan isu politik Malaysia, panas dengan isu global..

Dua tiga hari ni, bila on internet di handphone, di antara news feed yang selalu muncul ialah bantahan negara Greece kepada Turki mengenai bacaan Al-Quran di dalam Hagia Sophia (Aya Sofya), pada hari Jumaat lepas, 29 Mei 2020.

  Hagia Sophia

Hagia Sophia dibina pada tahun 537 diatas arahan Justinian I, Emperor of the Eastern Roman (Byzantine) Empire. Selama 900 tahun, Hagia Sophia menjadi pusat kepada Kristian Orthodox sehingga tahun 1453 apabila Constantinople (Istanbul) jatuh kepada Kerajaan Uthmaniyyah yang diketuai oleh Sultan Mehmed II (Mehmed Al-Fatih). Selepas jatuhnya Byzantine Empire, Hagia Sophia ditukar menjadi masjid selama 500 tahun lamanya sebelum dijadikan muzium pada 1935 oleh Presiden pertama negara Turki, Mustafa Kemal Atarturk.
 
Hagia Sophia dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 1985. Hagia Sophia dianggap sebagai satu monumen penting bukan sahaja di negara Turki tapi di dunia berdasarkan kehebatan senibinanya dan kekayaan sejarahnya.

Pada hari Jumaat, 29 Mei 2020, acara memperingati 567 tahun kejayaan Sultan Mehmed II menakluk kota Constantinople, diadakan di Hagia Sophia. Seorang pegawai agama membaca dua ayat dari Surah Al-Fath (Pembukaan), iaitu ayat 8 dan 9.

 Pegawai agama mengalunkan Surah Al-Fath 
di dalam Hagia Sophia di Istanbul, Turki

Ayat 8


Ayat 9

Acara ini dihadiri juga oleh Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan melalui video conferencing. Selepas membaca dua ayat dari Surah Al-Fath, pegawai agama tersebut membaca doa.  tekan disini untuk melihat acara berkenaan.

Acara di Hagia Sophia (sumber: Iqna)
 
Penaklukan Kota Constantinople ialah satu peristiwa penting kepada umat Islam kerana peristiwa ini membenarkan sabda Nabi Muhammad saw,

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit semasa peperangan Khandaq: "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kenapa Greece membantah? 
 
Kita sedia maklum kenapa Greece membantah, sebab hubungan Greece-Turki tidak pernah baik semenjak jatuhnya kota Constantinople (Istanbul) ke tangan orang Islam. Kota Constantinople ialah ibunegara kepada Empire Byzantine. Kejatuhan Kota Constantinople merupakan sejarah pahit kepada Empire Byzantine.
  
Apa kaitan Greece dan Byzantine Empire? 

The Byzantine Empire was the predominantly Greek-speaking eastern half continuation and remainder of the Roman Empire during Late Antiquity and the Middle Ages. Its capital city was Constantinople, originally founded as Byzantium (hence the term Byzantine). Under the reign of Heraclius (610-641 AD), the Empire’s military and administration were restructured and adopted Greek for official use instead of Latin. Historians distinguish Byzantium from ancient Rome so far as it was oriented towards Greek rather than Latin culture, and characterized by Orthodox Christianity rather than Roman polytheism.
 
Greece menuduh Turki tidak patuh kepada UNESCO Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage.

Turki menganggap ketidakpuasan hati Greece sebagai “intolerant psychology”.

“The fact that Greece, the only remaining European country without a mosque in its capital, is disturbed by the recital of the Holy Quran in Hagia Sophia is a case in point illustrating the intolerant psychology of this country, especially at a time when calls to prayer can be heard from minarets in Europe and the importance of principle of mutual respect is increasingly valued,” said the written online statement by Turkish Foreign Ministry spokesman, Hami Aksoy.

"Turkey has acted neither against the monumental status of Hagia Sophia, nor the 1972 UNESCO Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage. On the contrary, thanks to Turkey's care and attention to the Historical Sites of Istanbul, these sites have survived for present generations as cultural heritages," Aksoy underlined.

source: Daily Sabah

Baru ku tahu, Athens, satu-satunya ibunegara di Eropah yang tidak mempunyai masjid. Barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain.

18 comments:

  1. Dah masuk aya sofia tu, dlm tu kt tingkat atas ada potrait nabi isa yg masih kecil di pangkuan ibunya siti maryam., ada kaligrafi yg besar2 juga nama Allah, rasullullah dan 4 khalifah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tak berkesempatan nak smpi Turkey wlpn segala telah dipersiapkan..
      Allah SWT jua sebaik-baik perancangan..

      Delete
    2. Alhamdulillah, dah jejak kaki di Hagia Sophia..bangunan bersejarah..

      Delete
    3. Cahayahidupku, samalah kita..blm ada rezeki walaupun dh siap semua perancangan..semoga Allah memakbul hasrat kita ke turki..

      Delete
  2. Greece takde hak campur urusan negara lain.
    Takde kesempatan masuk Hagia Sophia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..biarlah Turki nk buat apa pun, dah jd hak dia...kena gi lagi ni..hehe..

      Delete
  3. good info, semoga ada reaeki untuk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..semoga sampai hajat jejak kaki di sana..

      Delete
  4. haiga sophia sarat dgn sejarahnya moga berkkekalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..berganti zaman, bertukar-tukar kegunaan..

      Delete
  5. terima kasih info bermanfaat untuk kita semua..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah syukur...
    Presiden Turkey berhasad utk menjadi Kan Haiga Sophia sebagai masjid semula..
    Semoga dipermudahkan niat Erdogan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..semoga dipermudahkan..

      "Walau karihal kaafiruun, walau karihal musyrikuun"
      walaupun dibenci oleh golongan kafir, walaupun dibenci oleh golongan musyrikin

      Delete
  7. perkongsian yang ohsem.. tq kak..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!