Tuesday, 30 June 2020

Legal Drama Suits

Hola, drama review again..

Diantara legal, workplace drama yang saya suka tengok ialah drama 'Suits'. Asalnya drama US, kemudian ada remake versi Korea dan Jepun. Dah tengok semua versi, suka semuanya..memang best drama ni.

the US original Suits drama

Drama ni mula ditayang di US pada June 2011. Lepas tu ada ditayang di tv Malaysia. Ada la tengok dua, tiga episod, sebab tak berapa faham, tak sambung tengok. Lepas tengok yang remake versi Korea dan Jepun, baru rasa nak tengok semula versi US. 

 Suits versi Korea

 Suits versi Jepun

Masa cuti PKP haritu, tengok balik Season 1 versi US di netflix. Yang US dah final season, sampai Season 9, setiap season ada 12 episod. Meghan Markle yang bawa watak paralegal Rachel pun dah lama kahwin dengan Prince Harry. Versi Jepun, dah buat Season 2, baru 2 episod, stop shooting sebab Covid-19.

 Suits Jepun Season 2

Drama ni mengisahkan seorang college drop-out, lawyer wannabe, yang punyai photographic memory, secara tak sengaja lulus interview dan diambil bekerja sebagai junior associate di top legal firm. 
 
Selain dia, 5 watak utama yang lain ialah ladyboss tuanpunya law firm, senior partner yang ambik dia jadi associate,  setiausaha senior partner tu, seorang paralegal dan seorang peguam yang jadi archrival kepada senior partner tersebut. Kisah workplace, biasalah ada dengki-mendengki, tikam belakang, kipas mengipas, pilih kasih, dan juga suasana pejabat peguam dengan kes-kes yang perlu diselesaikan dan suasana dalam mahkamah.

Drama ni taklah terlalu berat. Walaupun bukan dalam bidang legal, bolehlah faham kes-kes  dalam drama ni. Ada probono case - welfare work, peguam bekerja secara percuma menyelesaikan kes-kes mereka yang tidak mampu bayar yuran guaman.

Bila dah ada tiga versi, tendency nak buat comparison tu adalah tinggi..haha..lain budaya kerja di US berbanding dengan versi Jepun dan Korea. Kalau di timur, ada rasa hormat pada bos, takde panggil nama, mesti ada honorific..Mr, Sir, Encik, Puan, Cik, Senpai, Sajangnim..tapi tengok drama US, panggil bos panggil nama je..

Walaupun remake drama US, versi Jepun dan Korea masih lagi mengekalkan budaya timur, masih sopan...takdelah sesak fikiran compared yang US original..tapi cari sisi positif..

16 comments:

  1. Ada tengok Suits US tapi tidak minat jalan cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok depa selesaikan kes2 legal..

      Delete
  2. Wah dah lama betul ceritanya dari 2011 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dah lama..tahun 2019-2020 baru tengok yg remake Jepun, Korea..

      Delete
  3. Replies
    1. ya, tengok genre..suka tengok genre doktor2, lawyer2, polis2..

      Delete
  4. Jemput join giveaway ya ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/07/giveaway-by-ejulz-mamapie.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Teman nie tak layan sangat drama korea... Lama dah tak update blog... kiikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni byk versi..versi Jepun pun best...semoga tak stop blogging..

      Delete
  6. Saya tahu drama suits pun pasal meghan markle. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni mmg femes di US, bertambah dikenali seantero dunia sbb meghan..

      Delete
  7. Panjang nya seasons dia.. ada 3 versi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg US mmg banyak season...semua versi best..versi US yg teruk sikit..lain budaya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!