Esok dah hari raya..
Bagaimana persiapan sahabat-sahabat semua? walaupun tak dapat balik kampung, hari raya tetap disambut seadanya...
#teamrayaKL
Pagi tadi, berkejaran pi beli ayam kat tempat proses ayam, di tepi jalan..kena ambik nombor, dapat no. 8..Alhamdulillah..
beratuq nak beli ayam
asap yang berkepul-kepul tu dari tempat orang bakar lemang
Alhamdulillah, ayam dah beli. Nak masak rendang. kita ke pasar pula, nak beli daun kunyit. Misi mencari daun kunyit. barang-barang lain kakak dah beli hari Ahad.
Pergi pasar di mini UTC Bandar Baru Sentul. Tak ramai orang. Alhamdulillah..
misi mencari daun kunyit adalah GAGAL. Semua habis!!
yang ada misi frontliner ni..huhu.
Rendang tanpa daun kunyit, ok kot..ke kena ada juga?
Balik rumah, tengok ada pokok kunyit yang daunnya sedang2 saja lebarnya, jadilah, Alhamdulillah..
Rendang ayam makan bersama nasi impit..
Meriah walaupun ada PKP..
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin
ya, betul...meriah shopping utk raya..
DeleteSelamat hari raya, maaf zahir & batin..
Masih meriah persiapan raya. Jenuh juga tu beratur ramai orang. Yang penting rendang kena ada. Syukur ada juga daun kunyit. Laris betul daun kunyit pun. Ada orang tak letak daun kunyit. Kalau saya jenis suka letak daun kunyit :)
ReplyDeleteSelamat Hari raya kak. Maaf jika ada salah dan silap :)
ramai yg membeli-belah utk persiapan hari raya..itulah kan..rendang mcm makanan wajib ada..laris betul daun kunyit time ni..hehe..letak daun kunyit bau wangi..
Deletesamalah kita, selanat hari raya, maaf zahir & batin..
Juadah raya mesti ada rendang.
ReplyDeleteSelamat menyambut 01 syawal
betul..tak lengkap raya kalau takde rendang..
DeleteSelamat hari raya WP..
Nasib baik ada tanam daun kunyit.
ReplyDeleteHaah sedap letak daun kunyit atau daun limau purut.
itulah..balik rumah baru perasan ada pokok kunyit kakak tanam..
Deletebau wangi rendang kalau bubuh daun kunyit..
Salam syawal... Meriah org sana sini cr bahan persiapan raya kan hehe
ReplyDeleteSalam Syawal jg..itulah..kesana ke mari org cari bahan termasuklah teman..hehe..
DeleteAlhamdulillah buat jugaklah ketupat. Since raya kali ni takde budak-budak so buat rendang extra pedas. memang team raya kl dari dulu pun walaupun tak pkp. hehe. selamat hari raya kak nohas, maaf zahir batin
ReplyDeleterendang & ketupat mcm hidangan wajib ada time raya..wahh..extra pedas..sedap tu..oo..mmg orang kl..
DeleteSelamat hari raya, Sal..maaf zahir & batin..
Alhamdulillah . Persiapan macam biasa . Ala kadar sahaja untuk tahun ni
ReplyDeleteAlhamdulillah..raya tetap dirai..
DeleteRENDANG TANPA DAUN KUNYIT DAP JUA SALAM AIDILFITRI NOHAS N FAMILI
ReplyDeleteSelamat hari raya Kak PI..
DeleteAlhamdulillah, ada daun kunyit tanam kt rumah..
Tengok rendang akak tu tiba-tiba jadi teringan nak makan kalio ayam.
ReplyDeleteNasib baik ada juga daun kunyit kan rumah kan... :)
itulah..nak jg bubuh daun kunyit, Alhamdulillah, ada ditanam..
Deletewalaupun rumah sy n nenek 10 min je jarak.. tapi di daerah berbeza. kalut beli brg2 dua hari sbelum raya sebab baru tahu kata xleh rentas daerah. haaaa banyakla brg2 da habis. redha jela hehe..
ReplyDeletebila last minit, barang byk dah out-of-stock..tapi best, terasa meriah nk sambut raya..hehe..
DeleteMana-mana nak beli kena beratur. Dah belajar tahun ni, santan kena beli awal-awal, simpan freezer. Daun kunyit pulak, kena tanam pokok kunyit, supaya senang nak guna. Hehe..
ReplyDeletebetul..kena beratur sokmo..samalah kita, santan dah beli awal2, hot item time nak raya..
DeleteDh tak boleh beraya, kena pantang pulak. Boleh tgk org makan jelah huhu
ReplyDeleteala kesiannya..takpe lepas pantang, boleh makan..
DeleteJenuh beratur ye kak.. Namun raya tetap diraikan walau dalam PKP..
ReplyDeleteha'ah..dimana-mana kena beratur..raya tetap raya..hehe..
Delete