Salam semua..
Sudah 23 Ramadhan..going strong..Ya Qawwiy Ya Mateen..
Masa baca entry Surat-Surat dari Maninjau di blog Titian Perjalanan, saya teringat kepada novel Faisal Tehrani yang berjudul Surat-Surat Perempuan Johor. Dah lama tahu novel ni, tapi saya belum membacanya. Hari Isnin, sebelum puasa haritu, saya order di shopee dan Alhamdulillah, buku diterima pada hari Selasa, hari pertama puasa.
Novel ni diterbitkan pada tahun 2016, ada 212 mukasurat. Belum habis membacanya lagi.
Karya Faisal Tehrani yang satu ni memang tidak mengecewakan. Terbaik! memang best sangat novel ni, memberi kepuasan minda dan hati. Harus dimiliki oleh pencinta buku dan sejarah. History revisited.
Sinopsis
Novel yang berbentuk naratif ni menghimpunkan surat-surat tulisan dua orang wanita kerabat negeri Johor yang hidup berlainan zaman.
Watak dan kisah kehidupan dalam novel ni hanya rekaan (fiksyen) tapi kisah sejarah adalah kisah benar. Kandungan surat menceritakan sejarah negeri Johor dan negara Turki dan juga kehidupan kedua-dua wanita tersebut. Nama-nama dalam kisah sejarah ialah individu yang wujud pada zaman tersebut.
Novel menceritakan kisah Ungku Nur, wanita Johor zaman milenium, yang mengembara seorang diri ke negara Turki demi mengkaji sejarah negeri Johor (terutama yang melibatkan Undang-Undang Islam) yang tidak dilaporkan dalam sejarah dan juga untuk merawat penyakit barah yang sudah tahap kritikal. Bapa dan bekas suaminya terlibat dengan politik.
Di waktu nak berangkat ke Istanbul, kakaknya Ungku Nurul memberi surat-surat Ungku Hamidah (yang mereka panggil Tuk Hamidah) untuk bacaan Ungku Nur. Surat-surat Ungku Hamidah yang dipanggil 'warkah' berkisar pada tahun 1895 - 1914 (zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar). Ungku Hamidah dikhabarkan berkahwin dengan lelaki Turki.
Persamaan kisah Ungku Nur dan Ungku Hamidah ialah kedua-duanya menulis surat ketika berada di negara Turki.
Novel yang sarat dengan sejarah. Novel yang penuh dengan motivasi untuk kita menghayati agama Islam yang syumul.
"Long, penjajah bertanggungjawab masuk ke wilayah ini lantas memperkenalkan sekularisasi. Sekularisasi ini mewujudkan, meminjam kata-kata Professor Naguib tersebut, "Pelbagai masalah dalam proses perkembangan akliah."
Kemudian berakhirlah urusan agama kita (malah undang-undang) dengan termeterainya Perjanjian Pangkor 1874 antara Sultan Abdullah dan si bangsat Inggeris Andrew Clarke. Kita pun mengambil peraturan yang tiada kena mengena untuk mentadbir diri kita, justeru usaha Sultan Johor untuk membawa Majalah Ahkam Johor sebagai benteng terakhir undang-undang Islam harus saya ketengahkan semula. Moga-moga usaha saya ini diterima dan dapat membuka mata generasi baru. Saya mengikhlaskan diri di dalam melakukan kajian ini dengan harapan kebenaran sejarah ini akan diketahui umum dan mencelikkan cendikiawan yang buta."
Warkah Ungku Hamidah mengkisahkan kehidupan dia di Turki serta usaha-usaha menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II (pemerintah Empayar Uthmaniyyah Turki).
"Musuh umat Islam terlalu banyak. Tentera-tentera kafir mara mengasak ke dalam negeri Uthmaniyyah. Tentera dan cerdik pandai banyak sudah dicemari fikiran mempertahankan kebangsaan. Apalah yang ada pada bangsa untuk dipertahankan. Bangsa menjadi mulia kerana Islam. Umat Islam hanya mulia kerana Islam, tidak kiralah bangsa apa pun."
Pembukaan surat Ungku Hamidah sangat menarik, banyak menggunakan bahasa Arab.
----------------------------------
Memang sangat recommended buku ni untuk bacaan semua. Buat menambah ilmu pengetahuan.
Check it out..
Saya dah baca novel ini. Lama dulu, sebaik sahaja terbit. Gaya bahasanya sangat indah, penuh hemah dan sopan. Entah di mana novel itu saya letak.
ReplyDeletebetul..gaya bahasanya indah, tenang fikirn membacanya..
DeleteIndah bahasa penulisan beliau. Cover buku simple menarik 3D nampak tu.
ReplyDeleteya, betul..gaya penulisan yang menarik..sampul surat tu mmg 3D..
DeleteHarus didapatkan kak...
ReplyDeleteTeringat kat sarsabila..pengusaha ladang betik di kaki gunung..berkahwin dengan pekerja yang jauh lagi muda dari darinya...
Ada juga baca tajuk 'Tunggu Teduh Dulu'.
Deleteoo..tak baca lg novel Tunggu Teduh Dulu..tapi karya FT ni mmg best2 semuanya..
DeleteApabila baca mesti dapat sama merasa perjalanan sejarah.
ReplyDeletedapat tahu sejarah yg tk pernah diketahui sebelum ni..
DeleteMenarik ni Nohas 👍
ReplyDeleteBetul la..sama macam Surat-surat Dari Maninjau. Novel yang sarat dengan pengkisahan sejarah.
Surat-surat Dari Maninjau pun khabarnya akan disambung - Surat-surat Dari Edinburgh, penulis sedang menyiapkannya.
mmg menarik novel ni, harus dimiliki..
Deletenovel yg sarat dgn sejarah membuka minda..semoga dpt baca novel Surat-Surat Dari Maninjau & Edinburgh..
Kulit buku tu nampak menarik. Selamat membaca.
ReplyDeletesimple tapi menarik..sudah hbs membacanya..
Deletewalaupun kak nohas hanya tunjuk 1 muka surat, gaya bahasanya begitu puitis sekali! 😍
ReplyDeletegaya bahasanya mmg menenangkan jiwa & minda..
Deletemenarik dibaca novel ni
ReplyDeletebetul Kak PI..garapan yg menarik..
Deletetgk gmbr cover pon dh mcm real ., ;p
ReplyDeletegambar 3D..nmpk real..
DeleteSaya suka juga baca buku yang dalam bentuk tulis surat ni. Biasanya, buku Inggeris. Ni pertama kali tengok dalam bahasa malaysia. Selamat membaca, ye. :)
ReplyDeleteboleh try buku ni..menarik, sarat dgn sejarah..
DeleteSepertinya buku tersebut bagus juga dibaca oleh pria.
ReplyDeleteSelamat membaca, kak Nohas.
ya, betul..bagus utk semua, pria & wanita..
DeleteGaya penulisan novel ini sedap dibaca. Lama tak baca buku style macam ini :)
ReplyDeletemmg minat gaya penulisan FT...sarat dgn ilmu..highly recommended buku ni..
Deletejika ada kesempatan, nak beli n baca novel ini yg sgt unik.
ReplyDeleterecommended Abam Kie..menarik novel ni..
DeleteKreatif sangat cover novel ni simple but nice.
ReplyDeleteTeringin jugak nak baca
betul..simple je cover dia..mmg kena dgn judul novel..
Deletehighly recommended..
Menarik utk dibaca, bahasa pun mudah difahami
ReplyDeletebetul..tapi utk bahasa Arab, ada terjemahan utk mudah difahami..
DeleteMenarik buku ni, classy gitu.. ada kesempatan nanti teringin juga cheq nak baca 😎👍🏻
ReplyDeleterecommended Cik Sue..utk pengetahuan am mgenai sejarah..
DeleteTertarik plak tengok tajuk tu sebab orang johor. Hehe
ReplyDeleteorang Johor mesti baca ni..hehe..
DeleteWow.. tajuk dan sinopsis dia menarik.. InsyaAllah ada peluang akan dicari untuk baca..
ReplyDeleterecommended buku ni bacaan..menarik sgt..
Delete