Friday, 17 December 2021

Drama Korea : Monthly Magazine Home (2021)

Annyeonghaseyo...

Review drama Korea genre hartanah dan office romance. Isu yang relatable dengan kehidupan, isu pemilikan rumah di kota metropolitan, strategi/impian anak muda untuk memiliki rumah, mismatch diantara gaji dan harga rumah.

Walaupun menampilkan isu yang dikira berat juga tapi drama ni berjaya mengolah masalah pemilikan rumah dalam bentuk yang ringan dan santai. Tak kering gusi menonton drama ni.

Sinopsis

Yoo Ja Sung, a self-made millionaire, rag-to-riches, lelaki yang berjaya dalam  pelaburan hartanah dengan kaedah jual-beli rumah dan bangunan komersil. Di awal drama, Ja Sung beli rumah lelong yang disewa oleh heroin, Na Young Won.

Young Won ialah editor majalah yang sedang cari kerja. Terjadi insiden kelakar bila Ja Sung bawa gangster dan paksa Young Won keluar dari rumah. Young Won kemudiannya dapat kerja di syarikat penerbitan yang buat majalah berkaitan hartanah - Monthly Home Magazine. Rupanya Ja Sung ialah owner baru syarikat tersebut.

Selepas keluar dari rumah kena lelong tu, berlaku beberapa insiden yang menyebabkan Young Won terpaksa menyewa apartment milik Ja Sung. Young Won bercita-cita nak beli rumah sendiri dan subscribe youtube channel Ja Sung. Walaupun Ja-sung ni bos yang kerek dan kedekut, tapi ada jugalah sisi positif, manusia kan..

belajar real estate guna youtube

Staff yang lain juga ada masalah rumah: ada yang menyewa rumah bapa sendiri sebab nak dapat perhatian bapa, ada yang tunggu rumah murah sebelum  kahwin, ada yang tunggu redevelopment..

Yang best dalam drama ni bila Ja Sung bawa Young Won dan photographer ke pelbagai jenis rumah dan bangunan komersil milik Ja Sung untuk dijual. Young Won kena jadi editor merangkap ejen hartanah untuk bos dia. 

Ada macam-macam jenis rumah - bungalow, rumah tradisional, multi-unit for pet owners, tiny house, suka tengok interior rumah-rumah ni. Rumah pertama yang Young-won kena tulis artikel ialah rumah banglo. Cantik sungguh interior banglo ni..

Ja-sung suruh Young-won convert luas tanah dari meter persegi ke 'pyeong'
pyeong ni orang Korea je yang guna, macam ekar lah kot
 
Ja-sung confront Young-won sebab guna kalkulator 
untuk convert meter persegi ke pyeong
bengap punye bos, dia dah lama dalam bidang hartanah
mestilah benda2 mcm ni dah kat dalam kepala je
 

 Dalam episod 3, Young-won dah hafal real estate terms, good girl!
you are a fast learner

Bagi saya ending drama ni ok, reasonable tapi ramai yang tak berpuas hati. Siapa yang tak malu bila bapa sendiri tipu dan songlap duit boyfriend. 

Ja Sung dan Young Won bertemu semula selepas 2 tahun Young Won menghilangkan diri. Dalam masa 2 tahun tu, Young-won berjaya capai impian bina rumah sendiri. 

rumah Young-won, rasa macam tak proportionate 
bumbung dengan bahagian bawah, nampak heavy

  Ending nya depa cuma bercakap tentang rumah.

What is a good home? 

Recommended, memang enjoy layan drama ni, office romance, slice of life and  general knowledge tentang hartanah.

22 comments:

  1. Ni kira spoiler ke macam mana ni...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi spoilt sikit2...hehe..plot cerita lg best..

      Delete
  2. tema pun rumah borak pasal rumah ja la heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..banyak cerita ttg rumah & masalah beli/sewa rumah..

      Delete
  3. seronok pula baca review ni haha

    ReplyDelete
  4. Suka juga tengok interior rumah, lokasi rumah, bapa songlap duit boyfriend, adoi senpat pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok interior rumah dalam drama ni..bapa heroin songlap duit hero masa hero belum kaya lg..sama2 kerja buruh binaan..cerita lama..

      Delete
  5. Ada tertengok sedikit tapi sebab tengok tengah cerita di tv tiada ikuti lepas itu. Menarik ya? Haha kena tunggu ulangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik sebab genre hartanah...hehe..tapi plot cerita pun ok jg..

      Delete
  6. Suka baca review akak.. Buat rasa nak tengok drama nie.. pelakon pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..seronok ..kelakar ada, serius ada, got general knowlegde also..

      Delete
  7. Rumah dia unik betul. Pernah tengok K Movie berkaitan dengan rumah jugak, Architecture 101 cantik design rumahnya. Jalan cerita pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..rasa bumbung tu nampak berat..ada jg tengok sikit2 episod2 awal, nmpk mcm slow..langsung drop drama tu..

      Delete
  8. Budak budak di rumah layan cerita ni

    ReplyDelete
  9. drama ni berapa episod sis? nampak macam menarik juga jalan cerita dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. spt biasa drama korea - 16 episod..seronok jg layan genre mcm ni..

      Delete
  10. Kdrama selalu citer tidak di jangka. Sebab tu lebih suka layan kdrama dari drama kita. Balik2 tema camtu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..drama depa byk genre, plot cerita menarik, sbb tu femes drama mrka..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!