Tuesday, 1 March 2022

Masuk UTM Jalan Semarak

Sebab nak makan kenduri...hehe..first time masuk kampus UTM ni...selama ni lalu-lalang je..tengok dari jauh je..

pintu masuk utama UTM Jalan Semarak
ehsan Google map
 
Hari Sabtu awal bulan Februari, ada jemputan kenduri di dewan dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak. Ini kali kedua hadiri majlis kenduri sejak dibolehkan selepas PKP..

Pukul 10 lebih dah gerak dari rumah, sebab jamuan makan mula pukul 11.00 pagi. Tak nak bersesak-sesak, kita gerak awal lah..
 
 
Alhamdulillah, parking banyak, tempat luas

di sini majlisnya..Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid

Seperti biasa ikut SOP, imbas mySejahtera, ambil suhu dan sanitize jari-jemari

pengantin yang dirai

menuju ke dalam dewan

singgahsana di atas pentas
 
kuih-muih 
 
tunjuk gambar kuih je, makanan lauk-pauk kenduri
 
Dah habis makan, bergerak pulang..
 
ibu pengantin lelaki - kenal kan?
 
Seronoknya masuk menara gading, tempat menggali ilmu
 
Perpustakaan Sultanah Zanariah


 Cenderahati kenduri
 
cantik tasbihnya
 
yang ni cenderahati dari kenduri yang lain di hari yang sama, mak & kakak yang pergi...
 
butter cookies
 
pelbagai cenderahati kenduri zaman sekarang..
rindunya nak dapat bunga telur
 
ada lagi ke orang bagi bunga telur zaman ni?

20 comments:

  1. Wa.. bagusnya dewan universiti pun boleh buat majlis perkahwinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 tengah cuti..ibubapa pengantin pensyarah disini, boleh kot utk staff..

      Delete
  2. wah, Nohas dapat jemputan dari ustazah.

    Dah jadi rare pulak ya kalau ada yang bagi bunga telur. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenal dlm aktiviti NGO...mcm dah takde orang bagi bunga telur kan..

      Delete
  3. kenduri kat U nampak grand n class gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dewannya, settings, dekorasi nampak grand..

      Delete
  4. saya pernah pergi majlis di sini. memang selesa, parking pun banyak. rasanya jarang dah dapat bunga telur. di kampung mungkinlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan luas, tetamu yg hadir pun selesa...kt kpg pun dah tak bagi bunga telur, byk bagi jajan2 jg..

      Delete
  5. Kenduri daripada Ustazah Hafizah.
    Hehe alhamdulillah dapat undangan.

    ReplyDelete
  6. Lama tak masuk UTM KL, banyak betul perubahan. Bestnya cenderahati butter cookies tu. Dulu duduk dekat Johor asal pergi kenduri kawen je dapat telur pindang. Telur pindang Johor pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor femes dgn telur pindang...dulu2 tak suka sbb bau dia, sekrg boleh jg lah telan..hehe..ha'ah first time dapat butter cookies..sedap..

      Delete
  7. Bunga telur dah jadi rare.. hehehe..
    Sedap butter cookies tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah sedap cookies tu..dah semakin pupus bunga telur...bunga pahar masih bertahan..

      Delete
  8. Tak pernah masuk UTM Semarak mahupun Johor. Dapat jugak merasa masuk ada jemputan kenduri. Ohhh majlis anak Ustazah Datuk Dr Nurhafizah Musa rupanya.
    Bukan biasa biasa doorgift butter cookies tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 pernah masuk sekali..masa rombongan sambil belajar ke Singapore, duduk kt kampus UTM Johor..kenduri anak lelaki ustazah..anak sulung perempuan dah kahwin jg..

      pertama kali dapat doorgift butter cookies..

      Delete
  9. cantik dewannya kan
    ciknur penah zaman sblm PKP melanda
    kenduri kawen ank jiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..cantik..kwsn pun besar & selesa..

      Delete
  10. Bestnya pi makan kenduri...terus ngidam lauk kenduri kawen...mak pwngantin tu macam Ustazah tu kan..allah lupa nama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kenduri anak lelaki Ustazah Datuk Dr Nurhafizah Musa..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!